Menu

Tuesday, July 14, 2009

...coretan tunas wira...



ini merupakan beberapa catatan yang telah aku coretkan sepanjang latihan tunas wira selama 6 minggu yg lalu....
catatan ini mrupakan catatan mengenai beberapa xtvt dan peristiwa yg berlaku sepanjang latihan tunas wira...
www.tips-fb.com

Sunday, July 12, 2009

..1st PT...

SALAM..
hye semua.. rini Ahad so, hari2 minggu camni cam biasa la rilek2 je kat dlm umah nie smbil mengadap laptop(hari2 kerja pon sama gak pantang ada masa ngadap laptop gak..haha)
so kali nie nak cita sket pasal hari 1st Physical training...

masa tu kalau x silap 17/18 hb 5 kowt.... kalau x clap gak sebelum angkat sumpah...
pagi macam besa bangun pagi lebey kurang kul 5.00pgi.. mandi2 semua pas2 solat.. bawak pinggan terus ke wisma pegawai kadet(wpk) wah.. makan kuetiaw hari nie.. sedap ne.. amek la kuetiaw kat kaunter pas2 isi air lak lam cawan...
duduk je kat meja makan la sarapan pgi tu dengan penuh tertib..hehe...

abeh ja mkn berbaris balik ke penginapan...
siap2 n kmas2 bilik dlm kul 6.40 berlari ke padang untuk Pt pgi..
mula2 check strength semua pas2 warm up..

ada la kena wat push up sit uup n aktiviti2 lain..
yg paling bestnya pgi nie..
4 da 1st time kena wat side roll n 4ward roll...(sblum ni guling2 besa ja)haha
huh.. dah la tdi sarapan makan kuetiaw dah kat padang makan lagi
kuih gulung plak.. huhu...
satu padang kena roll... sampai termuntah-muntah la....
tapi masa hari 1st tuh bley ttahan lgi la walaupon rasa nak termuntah tpi tahan gak
kwn2 yg len rmy gak yg mntah byk gla.. bgi dak2 boy besa la diaorang besa ngan benda2 tu so x ksah sgt la..
masa hari 2nd kena mkn kuih gulung tu dah x leh nak tahan dah.. termuntah gak sikit.. huhu...
hari2 seterusnya pt pgi merupakan kebiasaan bagi aku..
semua ni untuk kebaikan je.. pada mula2 tu terpikir gak la apsal la kena buat bende2 ni semua pas2 bila tgok satu demonstrasi yg senior wat mengenai kawad tempur seksyen baru la taw.... mmg ada gunanya lathn tu semua masa perang.. lgpon kita bkn taw bila kita nak prang.. so kena la prepare untuk mempertahankan negara kan.. haha (ayat x leh bela)
semua ni akan jdi pengalaman yang sngat berharga bagi diriku..
itu saja la dulu untuk kali ni yea...
pasni tulih lagi..
bubye...

message:
1. pgi hari pertama,kedua,ketiga ja makan mknn bergoreng untuk sarapan... seterusnya mkn rooti mentega n sando je.. huhu.. Alhamdulillah..
2. pt ne untuk fitness... aku ne slalu tuang pt.. haha
3. pasni nak cita pasal EKS HARIMAU JEMPOL lak... www.tips-fb.com

Friday, July 3, 2009

my life...

hye... salam buat smua..
tetiba malam ni tergerak hati nak menulis sikit.. walaupun mata dah mengantuk tapi tulih gak la sikit yer... lgi pon blog ne pon dah penoh ngan sarang lelabah kan.. hahah

sedar tak sedar dah tujuh minggu aku mmasuki alam universiti.. alhamdulillah aku telah brjaya menempuh latihan tunas wira dengan jayanya tanpa sebarang masalah....
cuma pada hari pertama mendaftar iaitu pada hari guru yang lalu pagi tu aku x sarapan pagi sedangkan dalam surat sudah dinyatakan agar calon sarapan terlebih dahulu..
akibatnya semasa sedang berbaris kat padang setelah membawwa turun kit beg n beg civilian yang berat dari dewan tun templer mataku terasa gelap seketika.. huhu... first time dalam hidup aku rasa pengalaman nak pitam.. masa tu aku tengok senior2 yang handle R day tu muka semua xda kaler cam tgok tv zaman dulu2... pas2 senior bawak duduk jap kat tepi padang n then ok balik la... sehari hari tu diaorang kat cni wat pendekatan baru ala2 WEST POINT...

rasanya sampai cni ja dulu kowt.... lepas ni nak cita pasai hari 1st wat PT pgi lak....
rajin2 lgi nnti aku tulih ye.. huhu
salam... gud nite.... www.tips-fb.com

Sunday, June 28, 2009

...i'm back...

assalamualaikum n salam sejahtera semua
rindu giler kat blog aku ne... huhu...
malas lagi nak post cita kat blog ne.. lpeas ni ada masa saya post cita2 menarik
kehidupan saya ok.... www.tips-fb.com

Thursday, May 14, 2009

...sedey+gembira+terharu+macam2 da...

assalamualaikum..


mungkin ini merupakan post terakhir aku sebelum aku menjejakkan kaki ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia....


tika ini diri ini mempunyai perasaan yg bercampur baur.. ayat jiwang karat.. haha


wahahahahahahaha.. aku dah nak masok u.. zaman aku sebagai lepasan SPM bakal berakhir..


gembira+sedeh bercampur baur sebaba syok nak masok u sdey nak tinggal umah keluarga kawan kawan... hari-hari terakhir aku di rumah aku habiskan bersama kawan2 aku..


huhu..


keja?/ bernega? aku mintak cuti ngan bos(abah n mak la)

tadi pon kluar ngan hasrul,hakim akmal ngan dol...

tgah makan2 ptg tu.. dato n mgt lak mai.. huhu..

so jadi la mini reunion sket tadi haha....



malam lak kwn2 asetaq ne ajak kuaq ghani lak...

tpi oleh kerana x packing barang lagi

tiba2 timbul idea nak suh mak goreng2 apa2 n ajak kwn2 mai umah ja
masa tu pon dah petang nak magrib dah
kebetulan lak hari khamis ada pasar malam kat tanah merah..
so,
aku pon amek kunci keta viva kak
n ajak adik pi beli barang2..
sambil2 2 inform r kekwan yg dekat2 untuk mai umah
h0h0..

mlm 2 yg mai umah antaranya...
pak dol, amalil, akmal, cipak, gmey, x ingat dah ma....
azim ada gak kowt...
pak abu lak xleh nak mai
hakim besa la...

yg len2 tu x sempat nak jemput
sori na...
h0h0.... www.tips-fb.com

Sunday, May 10, 2009

..pelbagai...

salam
masa dok berniaga kat depan k-ceria tu.. mcam2 benda dok pikiaq nk tulih dalam blog nie...
pertama sekali beberapa hri lalu aku ada nampak bdak MRSM 2 3 orang lalu bawak beg besaq kat depn pasaraya tu... teringat masa aku masih bersekolah dulu... tpi ada benda sket yang kurang menyenngkan aku... sebab bdak2 yang aku agak baru form1 ataw form 2 ne jalan kat depan 2 atas tile ar.. pas2 ada la dngaq bunyi ssreeet sreeet sreet.... bnyi tapak kasut bergesel dengan lntai.. aduish. baru la aku sedaq mmg hudoh sungguh kalau jln seret kasut ngan lantai ne.. pas2 aku pon teringat la cakap sir suki masa kat asrama dulu dia pernah kat yang dulu2 la mas form2 form 2 ulu lepas solat subuh terus pi makan lalu belakang bilik sir so dia pon taw la bdak2 dah naik dari surau melalui bunyi tapk kasut yang diseret-seret semasa kami jalan belakang bilik dia.... sir gak ada ckap kalau x silap malam2 kalau dia duduk kat dalam bilik 2 dengaq bunyi sret kasut dia x takut sebab sir taw tu mesti student bukan hantu sebab hantu mna da seret kasut masa jalan.. hahahahha..(ku x sure la sir ada cakap dak cam2.. hehe)
harapnya lepas ni bukan sahaja bdak2 mrsm malah bdak SBP pon jalan jngan la seret kasot mmg hudoh sngat.. skrg ni baru aku sedar. haha

yng kedua,
2 3 hari nie aku ada tengok ada seorang lelaki india ne mengayuh basikal kat depan pasaraya tu dngan memakai baju yang kemas seperti bliau baru pulang drpda pejabat.. aku pon terpikir.. alangkah bagusnya kalau ramai yang bersikap macam lelaki india ni... naik basikal ja untuk melakukan aktiviti harian.. mesti dapat mengurangkan pencemaran dan bumi mesti tak terancam sangat tika ini...

yng ketiga..
lagi 2 3 hari ja lgi aku akan berada di kedah ne.. lepas ni aku akan bertolak ke UPNM untuk menyambung pelajaranku di sana. doakanlah kebahagiaan dan kejayaan aku kat sana nanti..
tq

apa lagi nak tulih yea?
sebenarnya byk nak tulih tapi cam biasa la bila dah ada kat depan pc ne jadi blank
k,lah
nak chow dulu ar na.. nnti aku update lgi blog nie..
semekom.. www.tips-fb.com

...HaPpY MoThEr's dAy...

SELAMAT HARI IBU MAK....
www.tips-fb.com

award kedua.... tq2..






baru skarang aku mampu menulis dan mengambil award yang diberikan oleh malil n tece..
ada dua award neh.. tapi sama jenis cuma dua pemberi award...
jadi saya satukan dua menjadi satu la yea... hahaha
pertama sekali terima kasih banyak2 kepada Misz Maizurah Mansor n Mr. Ben kerana memberikan anugerah yang tidak tenilai ni.. hahahaha ayat cam dok lam dewan besaq dapat award abpbh lak.. haha



1. Write a short story bout this award giver (not less than 50words, not more than 100words)

MISZ MAIZURAH MANSOR


Cik Maizurah Mansor merupakan guru english saya semasa saya di tingkatan lima excellent di Saina. beliau merupakan seorang guru yang penyayang, pnyabar, sporting, happy go lucky dan yg paling penting beliau memahami perasaan setiap pelajar beliau. contohnya beliau paham akan kehendak kami warga 5e 08 yang ingin masok ke makmal bestari dan beliau dengan sedaya upaya beliau akan mencari ruang membawa kami masok ke makmal tersebut. ini dapat dibuktikan apabila pada satu hari semasa itu waktu english 2 waktu tetapi ada org menggunakan makmal bestari pada masa kedua kmi tetap juga dibawa beliau untuk ke makmal bestari walaupun hnya untuk satu masa sahaja... walaupon beliau tahu tindkan beliau membawa kami ke mkmal tersebut akan menyebabkan kami akan melyari internet frenster dan sebagainya... apapon trima kasih tce..
(amboi. macam buat komsas pasal perwatakan n nilai murni la pulak..hehe.. sori ye tice.. jgn marah)
AMALIL ASMAR @k@ MR. BEN
amalil asmar ataw lebih dikenali sebagai mr ben atau abg dewa merupaka alah seorang roomate saya dalam kamar perwakilan.. beliau merupakan seorang yang hensem+kacak+dewa dlm segala bidang.. ketka berada di asrama boleh dikatakan setiap hujung minggu ibu beliau akan membawa makanan seperti mee goreng dan sebagainya kepada kami i kamar perwakilan dan kamar2 sekitarnya.... amalil asmar juga merupakan Ketua Pengarang majalah SEnada 08. beliau tinggal di kepala batas... beliau juga merupakan pemuda yang tinggi dan berpotensi menjadi model pakaian...
2. Describe 3 things about greening the earth in your neighbourhood.
*tanam lah lebih banyak pokok di atas muk bumi ini...
*jangan lah melakukan pembalakan haram...
*contohilah ayah saya yang mengerjakan sawah padi untuk menghijaukan bumi ini...
3. Describe about another 7 receiver you want to give this award
*xtaw dah nak bagi kat sapa la.... jadi sesapa aja yang singgah kat blog saya nie boleh la amek award ni tanpa rasa segan silu yea....
tq2..
www.tips-fb.com

Saturday, May 2, 2009

...wah3.. dapat AWARD la.... tq2..







::PERATURAN::

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..


:..:MEGAT RIDHWAN:..:


*mempunyai sifat pemimpin...MT Pengawas kat skolah...
*tegas....
*handsome+kema
*rakan satu sekolah + satu batch
*ketua form masa form 29welvegenoza) banyak gak kenangan masa form 2 dulu....


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..


1. suka akan perniagaan n keusahawanan.... hahahaha.. bisnes beb..

2. mcm mgt gak slalu tdo lam kelas masa kat skolah dulu... masa f5 pernah kena ketuk ketampi dlm kelas ustazah naimah sebab terlelap masa ustzh tgh mngajaq kat depan.... hhahaha

3.suka menulis tapi malas nak menulis...ada faham?? maksudnya saya ne minat la penulisan tapi malas nak pegang pen atau nak menagdap pc untuk menaip ... hahahaha...

4.suka membaca.. majalah faveret MASTIKA.. xpernah miss la beli mastika.. tapi dulu kkdang miss gak.. la xpnah miss la... pas2 la ni mastika wat kerjasama dgan AL-ISLAM... so baca MASTIKA n AL-ISLAM la pulak....

5. bakal melapor diri di UPNM pada 16 MEI 2009 sebagai Pegawai Kadet Tentera Darat dan bakal mengiukuti pengajian dalam bidang Asasi Sains nTeknologi Pertahanan..

6. masa form 4 kat skolah dulu jadi exco jualan n keusahawanan batch 0408(SUPERMASSIVE XII)... tiap2 malam minggu buat bisnes burger ngan kekawan kat asrama.... byak penin wooooo... penin nak atur org yng kena nnaik awal ke asrama drpd surau...hahahaha

7. kalau megat pemalas sikit... saya ni pemalas banyak jugak la... hahaha

8. suka mendengar music n menyanyi....

9. apa lgi nak tulih ne... no idea dah la...

10.tinggi saya lbey kurang175cm berat lbey kurang 56kg ja...


4. Anda perlu memilih 10(untuk yg diawardkan oleh aku kena la 10 org) (aku 3 org dah la... penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..


1. IHAH:: kwn satu batch gak ne masa...

2.TISTA:: suka men DOTA

3. AMALIL:: nak describe apa yea?? baru ja jumpa dia ptg tdi... dia mai gerai kopok aku...
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag..
www.tips-fb.com

Friday, May 1, 2009

...kfc. pandu laju??

2 3 hri lepas teloi mai tidoq kat umah aku..
hari dia mai tu aku pi la amek dia kat ct plaza... dia mai as ngan sobri tapi sobri kena balik sp hari tu gak sebab dia kena pi giat mara esoknya sebab kalau x pi dia kata
kena la berleter ngan cikgu kat sana 4 bakoi.. hahaha....

sebelum balik ke rumah pi la hantaq mat bri kat shahab dulu...
masa tu lebey kurang koi 4 lebey la...
masa dalam keta kami sembang2 cam besa la... br dok kt blakang aku drive teloi dok sebelah aku... sampai kat sat selekoh ne ada kfc n pizza hut yg baru nak dibuka kowt.. ala yg kat tapak panggung cathay dulu tu...
sampai ja kat c2 teloi teruih kata
wei... apa la kfc ne...

ada ka patot depa suh pandu laju..
orang suruh la pandu slow... adoi....
padia teloi?? aku tnya.. tu dia kata hg tgok kt atas kfc tu.. dia tulih pandu laju
dah la besaq.. aku n mat bri pon tgok la kat bangunan kfc tu....
oleh kerana aku tgh drive tgok skali lalu ja la... ye la aku bukan ceka sgt lagi pon.. gpon keta tgh byk masa tu....
tak lama lepas tu mat bri kata..

woiiiii
bukan PANDU LAJU la....

PANDU LALU!!

aku pon tgok blik kat bangunan tu...
a'ah... pandu lalu la... hg ne teloi... ada pulak... xkan la kfc nak tulih pandu laju..
pandu lalu tu.... drive thru(betoi dak ja?)
hg ne bua lawak toi....
kami pon gelak... hahahahahahahahahahaha...

pas2 kami pon teruih la merapu sampai la shahab....
sampai ja shahab bri teruih pi cari bas then aku n teloi pon balik la umah aku...
huhu..
sekian...
www.tips-fb.com
assalamualaikum...

wah..






Semakan Tawaran Kemasukan Pelajar Program Asasi UPNM Sidang Akademik 2009/2010

Nama:KU FITRI BIN KU YAHAYA
No. Kad Pengenalan/MyKad:910802-0x-xxxx
Program:Z0880 - Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan
Status:PEGAWAI KADET DARAT
Tarikh Pendaftaran:16 MEI 2009



Sila layari laman web ini mulai 4 Mei 2009 (Isnin) selepas jam 12.00 tengahari untuk cetakan surat tawaran dan lampiran yang berkaitan. Sekian, terima kasih. www.tips-fb.com

Sunday, April 26, 2009

::: adoiila..::

salam.. hye semua..
saja amek kesempatan ne hntar post baru...

la ne ada kat it valley ngan bree emir teloi ngan azim..
my cni xceli nak amek teloi...
tadi masa nak parking keta kat atas tetiba... adoi..
awat la galak sgt naik kat atas untuk parking keta...
terlanggar(senderih/selisih/bergesel) nagn dinding.. adoi calaq sket keta abah...
camna nak balik ne....

hahahaha...
mesti kena marah.. naseb bek sket ja.. aku bajet dah lepas tadi.. tup2... tak lepas la plak .....hurmm.... reda ja la hahahahaha...

k2 bye.. smekom smua.. www.tips-fb.com

Saturday, April 25, 2009

::::PetRoL++::::




salam..

hurm... byk btol yg bermain dlm fikiran untuk blog ne.. macam2 nak tulis tapi xde masa lak nak tulih.. haha smalam ingat dah nak tulih post terkini tup tup.. mak ajak pi umah tok la plak.. ye la lagi pon dah lama dah tak pi jenguk tok n tok wan.. huhu

kali ni nak gtaw sal perjalanan hari khamisku..
hari khamis ritu saya mintak cuti kat mak n abah sebab nak setelkan beberapa hal2 yang tertangguh.. haha.. dah lama gile tertangguh..
lepas ja tolong abah bukak gerai goreng pisang terus amek keta abah pi kola perlis..
xceli pi kola perlis untuk amek barang kat tce... dlm 30-45 minit sampai la kat kola perlis xceli mmg x pernah sampai pon kat sana tapi main redah ja la.. tup2 sampai.. amnik ja barang teruih la bertolak lak ke asetar untuk terus ke sekolah(SAINA) la...

saya pon buat pala la.. redah jalan mana tah... lalu tepi laut... sepanjang jalan tu memang nampak laut yang luas la... adoi.. betui ka jalan ne?? nak patah balik rasa cam jauh ja.. saya pon redah lagi... alamak.. Minyak keta low la pulak.. adoi.. camna ne... mana la ada stesen minyak area camni.. xpa2 dan kowt... jalan punya jalan nampak sign board tulih a/setar.. huh lega.... betoi pon jalan ne boleh pi a/setar.. tapi minyak semakin sikit daaa..... stesen minyak lak xnmpak batang idung pon(memang la stesen minyak mana ada hidung) (wat lawak lak..x lawak pon)

jalan punya jalan last2 jumpa la shell.. adoi.. nak buh ke x ne hah?/ myak dah kering... tapi kena boikot shell(nak taw apa sebabnya?? cuba tgok post sebelum2 ne.. rasanya ada kowt gtaw tentang ekonomi n minyak ne.. xpon tgok kat cni http://orangestar.blogstarz.my/)

tapi oleh kerana takowt minyak kering tgah jalan saya pon TERPAKSa la isi gak minyak kat stesen tu.. saya bagi duit kat cashier RM20.00 saya pon terus ke kereta untuk isi minyak.. layan diri la katakan.. saya pon tekan la picu minyak tu.. tunggu punya tunggu.. aik apsal lama sangat ne.. kalih la kat skrin pam tu tgok2 aik.. awat dah rm22.85?? nak isi sampai rm20.00 ja... saya pon tekan lagi picu tu tgok2 dia stop kat rm25.00... hurm.. mmg saya bagi RM25.00 ke kat cashier tdi?? saya x psti la sebab saya rasa saya bagi 2 keping rm5 n satu rm10.00 nak tnya tapi xpa la..... mmg shell bagi free kowt rm5.00... hahahaha

pas2 saya pon terus la menuju ke skolah lak.....

tu je untuk post kali ni.. nnti smbung lagi post pasal sklah lak....

NOTE: SHELL harapnya halalkan je la minyak tu 2pon kalau mmg terlebih isi la.. haha..tq
www.tips-fb.com

Wednesday, April 22, 2009

::::interview pertama saya (part last)+nostalgia::::


SALAM

wahaha.. dah part last dah ne.. gagah gak tulih tgh malam ne nak perabeh gak post sal intebiu pertama saya ne ne.. ye la PERAK lagi kes x pernah pi inteview hahahahahahaha....
sebelum tu saja la nak gitaw tdi saya pi MRSM Kubang Pasu ada keja sket masa sampai sana tu dah dekat kul 7ptg dah.. so dak2 mktab ne pon dah ada yg jlan nak pi surau dah... sementara dok tunggu orang yang nak ditemui tu sempat la terkenangkan time dok kat SAINA dulu ne time turun surau.. galas beg.. pas2 ada gak nampak2 bdk2 ne yang patah balik hostel kes tertinggal barang teringat la kenangan2 masa silam kat SAINA dulu ne.. huhu... bila teringat balik tu rasa rindu lak kat SAINA... huhu..
satu lagi SENADA pon dah kluaq x sabaq tol la nak tgok SENADA tu...
igt nanti hari khamis ne nak pi amek la SENADA kat skolah leh la pi jenguk2 cikgu2 n "adik" kat skolah tu.. hahahaha

ok2.. sambung balik sal inteview UPNM ritu dah part last dah ne... masa temuduga tu mcm saya gtaw sebelum ne dia tnya kat kumplan temuduga saya ne soklan men sukaapa ja...

dalam bahasa inggeris taw lembaga awai ne..

sampai ja turn saya TUAN ne tnya...

TUAN:M89 main apa?(dlm english la..haha)
SAYA:ragby sir.
TUAN: IS THAT TRUE?
SAYA: yes, sir
TUAN: you look sick?!
SAYA:(CONFIDENT) NO,SIR.
TUAN: ARE YOU SURE?
SAYA: YES, SIR.
TUAN:BLA, BLA, BLA, BLA
SAYA: NO, SIR.
TUAN: BALA BLA BLA
SAYA: YES, SIR

lepas berpuas hati ja dia terus tnya org sebelah saya lak.. huh lega...
yg syoknya masa TUAN2 ne tgh intbiu.. tuan2 ne dok wat lawak la apa la siap gelak2 lagi...huhu

ada plak 2 suh calon 2 3 org ne bersilat kat dalam bilik temuduga tu.. calon2 ne pon apa lagi buka langkah silat depa gak la tgh2 bilik tu.. siap bersilat sket2 TUAN2 ne bagi la nasihat sket2 pas2 kami pon dibenarkan kluar la....
bila kaki ne langkah ja kluaq pin2 bilik tu serentak kaki jejak lantai kat luaq bilik nafas pon dihela tanda kelegaan yang teramat sngat.. haha

tapi sat ja la leganya pon sebab dikhabarkan esok garinya ada lagi intebiu dengan Dato2 plak dah.. huhu.. takowt n risau balik nak jumpa dato2 ne... siap ja semua teruih la balik ke bilik.. malam nya lak kena siap2 pi dewan balik pas2 kami dibahagikan ikut group apa tah sebab esok kena beratur ikut group tu... siap ja atur group pegawai2 pon bagi la kami balik bilik... macam besa la naik bas untuk balik bilik sampai kat bilik ja teruih serbu pak cik juai makanan kat bawah bilik tu.. pandai pak cik n abg2 tu taw kami lapaq tgh2 malam depa pon mai juai makanan kat kami.. haha....

esoknya naik bas terui ke division 3 (tempat temuduga kelmarin) abeh ja sarapan kat div 3 kami pon rehat2 ja kat bawah khemah n garaj moto kat sana pas2 dok sat pegawai panggey beratur untuk tetapkan kedudukan masa dato berucap kat semua orang nnti... sbenaqnya dato tu bukan intebiu dato 2 cuma bagi ucapan je... dalam kul 11 lebey kowt kalau x clap dato 2 sampai n bagi ucapan..

habis ja dato 2 bagi ucapan rasa lega ada gembira ada pelik ada heran ada kira perasaan ni bercampur baur la....
taw x apa sebabnya??
sebab dato ne umumkan yang saya terpilih untuk pegawai kadet UPNM
ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi kerana saya terpilih untuk memasuki UPNM sebagai Pegawai Kadet Darat..... selepas dato ne berucap pegawai2 pon mengagihkan calon pegawai kadet yang terpilih mengikut 3 perkhidmatan.... saya dapat perkhidmatan darat.. slesai semua urusan kat division 3 kami naik bas bertolak ke dewan perwira untuk urusan lain calon pegawai kadet kena masok dewan blkg untuk ukur saiz baju kasut n seluar+beret.. yang calon simpanan aka PALAPES masok dewan perwira untuk taklimat apa tah... slesai ja semua teruih balik bilik n kene bersiap2 untuk gotong royong.. ye la esoknya sem,ua dah nak kena balik ke rumah masing2.. siap kemas bilik n kwsan sekitar sket2 pas2 mandi2 pa smua rehat2 je la... tup2 malam tu tetiba ja ada pegawai panggilkadet terpilih untuk turun beratur kat bawah.. adoiiii.... ini namanya ujian pertama ne...hahaha

malam tu ada sikit cam tklimat n semakan la....
xde la lama sangat.. kejap je abehla.... malamnye bajet nak tido lewat la keh malam last tup2... dlm kul 12 lbey dah tido hahaha..

esoknya tah camna leh bgun awal gakla kira lam kul 6 tuh dah bgun hari2 sebelum tu 6.30 belum bgun lagi..hahahaha

bgun pagi tu mandi2 semayang siap2 beg n then turun la bwh dengan beg sebab nak balik.. kebetulan lak pagi tu ujan renyai2 mengiringi kepulangan kami semua.. sebelum naik bas tu kami srpan pagi dulu lepas tu serah balik tag number n amek balik ic n sijil2 yang dipegang oleh pegawai2 kat c2... slesai ja smua saya angkat beg terus letak dalam trak 3 tan pas2 naik la bas.. pas2 bila bas da penoh je teruih la jalan.. slamat tinggal KEM TERENDAK... huhu...


sampai kat Melaka Sentral masih lagi ujan pas2 teruih naik bas yang telah disediakan oleh pegawai2 kat sana.... satu bas tu kami naik dlm 20 orang je untuk ke a/setar... kiranya sorang tu dua seat la


haha.... sampai ke a/setar dalam kul 5.30 petang....
tu je la yang mampu ditulih sal temuduga saya...
ada byk lagi kisah yg terpaksa di'cut' sebab xlarat nak tulis..
hahaha


note
1.wah3... panjang bettoi post sal intbiu pertama ni..
2.sori la no.. bahasa kureng menarik.haha
3.ALHAMDULILLAH.. saya berjaya dalam temuduga pertama saya
4.doakan saya agar lulus dengan cemerlang semasa di UPNM baik dalam akademik mahupon dalam latihan ketenteraan... semoga saya mampu mendapat pangkat KAPTEN bila kluaq daripada UPNM nnti..hehe
5.nak ucapkan jutaan terima kasih kepada individu2 berikut atas sumbangan serta khidmat nasihat dan dorongan kepada saya untuk menghadiri temuduga UPNM ni..
-IBU BAPA n KELUARGA SAYA
-CIKGU(PUAN) MURNIWATI (KMK)
-PENGETUA n GURU2 SAINA (USTAD SHARREF, TCE AZIZAH,CGU MAS,SIR SUKI n
SEMUA CIKGU2 LA)
-KAK SOLHA
-KAWAN2 SUPERMASSIVE XII
-KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SOKONGAN SECARA LANGSUNG ATAUPON TIDAK
LANGSUNG.

TERIMA KASIH SEMUA....
SEKIAN SAJA... BUBYE.. THANKS N GUD NITE..HAHAHAHA


-

www.tips-fb.com

Monday, April 20, 2009

interview pertama saya (part 3)

sambuung balik yea...
kelmarin x sempat nak sambung.. tunggu punya tunggu nak jumpa doktor akhirnya time zohor tu sepatutnya pi semayang jumaat ramai lagi masa tu yang x masok jumpa ngan doktor dalam kul 12 lebey tu kami pi makan dulu sebab dr rehat.. doktor pon makan gak la... habis ja makan dah dekat masok waktu zohor.. doktor pon kata sesapa nak pi smayang jumaat pi la yang musafir tu dia kata terpulang la nak pi ke tak tengok2 ramai yang bangun untuk pi smayang jadinya xda orang la plak doktor c2 nak periksa... apa lagi aku n kekwan pon ambik keputusan tunggu ja dulu untuk selesaikan urusan tu dulu... masa pemeriksaan doktor tu doktor ku kata aku memang x layak nak masok upnm ne sebab mata aku rabun sikit.. pas2 dia Beliau marah aku sebab x pakai spek mata.. aku x suka la pakai spek mata adoi... aku pon pasrah je la lagipon aku pi temuduga tu pon untuk menimba pengalaman ja.. petang tu abeh ja pemeriksaan doktor semua baru la kami balik ke bilik penginapan... letih siottt....

malamnya pulak sekali lagi kena bergerak ke Dewan PErwira untuk sesi penyingkiran... huhu sedey2...(hahaha) aku mmg dah bajet dah pon aku kena singkir sebab mata aku tadi.. sebelum ke dewan tadi aku dah terbayang dah nak ronda2 kat kl la amelaka la bila dibenarkan balik esok huhu... tapi sehingga nombor terakhir calon yang tersingkir diumumkan.. nombor M89 xde disebutkan.. aku pon heran gile.... tapi dah x tersingkir Alhamdulillah la... malam tu gajk bebrapa kawan2 aku ne menarik diri masing2 untuk hadir ke interview lain...

sebelum pulang ke penginapan kami diberi nasihat untuk minum air banyak2 untuk persedian menghadapi cabaran larian 3.2km esok hari dalam masa 18 minit.... dengar macam sangat susah.... esoknya bangun je pagi terus bersiap untuk cabaran seterusnya... kumpulan merah dilepaskan paling awal pada permulaannya mmg biasa je lari cam merentas desa kat skolah la sampai kat tgh n hujung aduhhh penat gile lari mana la garisan penamat ni.. kat hujung tu aku toleh belakang tgok xde ramai dah yang tertinggal kat belakang tnggal beberapa orang je... macam dah x lepas je below 18 minit ni... pas2 tetiba ja kwn aku sorang ni tarik tangan aku ajak lari dengan dia.. aku pon lari la beriringan ngan dia tu.... huhu sampai kat penamat larian abg askar tuh gtawmasa 13.02.. ingat dia kata 13.02
huh... biaq betoi.. 13 minit ja... maknanya lepaih la aku untuk cabaran ni.. habis je lari kmi makan dulu kowt.. pas2 kami wat merempuh halangan lak kena buat monkey rack n tembok 3m.... monkey rack tu dah la besinya besar2.. aduih lepas ke ni.. tgok calon len wat semua kebanyakannya lepaih masa aku wat tuh pegang je besi adoi panas nya aku pon wat cepat2 sebab besi tu panas then kejap je dah lepaih cabaran monkey rack tuh habis je semua group aku tu kami pi lak ke tembok 3m.. tembok 3 meter ne lak xde la tinggi sangt so senang je la nak lepaih.. habis je semua halangan kami pon naik ke atas makan lagi rasanya.. haha...pas2 naik bas balik ke bilik...

selesai semua halangan tibalah masa penentuan iaitu lembaga awal(temuduga) petang tu kami diarahkan untuk menyiapkan pakaian untuk menghadapi lembaga awal pada esok pagi... kami pon iron la baju n seluar semua siap kemas2 petang tu ada pegawai yang check pakaian kami tu... malamnya pulak ada raptai untuk masok ke dewan temuduga.. kami akan masok ke dalam dewan secara berkumpulan seramai 10 orang.. raptai tu habis kira2 jam 1 pagi jugak la.. balik je ke bilik terus je tido.. esoknya bangun awal n siap2 untuk lembaga awal.. selesai sarapan pegawai suruh kumpulan hijau je naik bas kumpulan biru n merah naik bilik tukar baju balik... sebab kami punya lembaga lambat lagi naik je bilik faham2 la tido lagi... bangun je dari tido turun makan lunch... naik ke atas sambung balik tidor.. aduh.. petangnya kumpulan biru pulak kena bersiap untuk ke lembaga awal... sampoai ke malam baru la kumpulan hijau n biru balik semula ke bilik kumpulan merah masih di bilik sehari suntuk...

esoknya semua calon dikehendaki pergi ke dewam temuduga kumpulan hijau dan biru diminta masok sekali lagi ke dewan untuk ditemuduga manakala kumpulan merah masok selepas itu... untung sungguh kumpulan merah kerana panel hanyamengajukan soalan tentang sukan yang kami ceburi...

to be continued...

p/s: panjnag nye cita ne.. adoi.. bila nak habis?? ada lagi satu siri je lagi yea.. www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...