Menu

Wednesday, June 1, 2011

RV... Antara khayalan dan knyataan.. anda tentukan..!

salam penulisan...

dua tiga minggu ni kecoh dalam facebook tentang isu dinar iraq yang dikatakan akan diReValue tidak lama lagi.. ramai jugak yang guna nama gelaran di facebook sebagai dinar iraq, jutawan dinar, dan macam2 lagi yang berkaitan. Tak kurang juga wujudnya fan page yang banyak mengenai dinar iraq ni. Group2 perbincangan apatah lagi, semakin galak dan hangat dibina untuk membincangkan mengenai isu2 terkini tentang ekonomi iraq terutamanya matawang dinar iraq.
semua yang tahu dan ada menyimpan dinar iraq masing2 tertunggu-tunggu bila tibanya masa untuk matawang negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia ini diapungkan.

ada juga yang baru menunggu x sampai dua bulan membeli dan menyimpan IQD dah banyak bunyi... kononya ditipu, semua cerita dan fakta mengenai matawang IQD ini akan diapungkan hanyalah rekaan semata-mata ataupun satu sindiket scam...
kalau difikirkan secara logik, kalau benda alah ini satu scam dan menyalahi undang2 kenapa semakin ramai yang secara terang2an mempromosi untuk menjual note2 dinar ini?? apakah pihak berkuasa negara kita buta? tiadakah akta untuk menyekat kegiatan yang dikatakan salah ini? kalau tiadapon akta adakah pihak berkuasa bisu dan tidak boleh memberi amaran kepada masyarakat tentang kewujudan sindiket ini?? kenapa Bank Negara Malaysia sendiri tidak menyatakan sebarang bantahan tentang isu penjualan IQD ni??

semua ini bagaikan satu persoalan yang tiada jawapan.. semuanya terletak pada individu itu sendiri untuk percaya atau tidak dengan pelaburan ini.. sebab itu aku selalu pesan dengan sesapa yang tanya ngan aku yang nak beli dinar iraq ni agar korang semua baca dan kaji dulu tentang benda ini. sebab seperti apa yang aku katakan aku tidak menjanjikan apa2. apa yang boleh kita lakukan jika anda yakin dan jika sudah rezeki kita memang tak ke mana. bukan kita sahaja yang menyimpan koleksi dinar iraq ini. kita ini dikira sebagai golongan minoriti je.. lebih ramai orang2 di luar sana yang menyimpan IQD ni dengan jumlah yang lagi besar.

situasi di atas merupakan akibat daripada terlalu banyak rumors ataupun khabar angin yang menyatakan tarikh2 tertentu untuk pengumuman pengapungan matawang IQD ini. sesetengah daripada kita trlalu mengharap agar agenda mengapungkan matawang ini terjadi dengan segera membuatkan kita menjadi obses dan tidak sabar menantinya. jadi nasihat saya untuk diri saya dan anda semua yang membaca entry ini bersabarlah. jika sudah tertulis rezeki kita memang tak kemana. matawang Iraq tetap akan RV juga. Kalau difikirkan secara logik mana mungkin negara sekaya Iraq mempunyai nilai mtawang yang sangat rendah.

seperti kata Michael Johnson kepada saya "look at it as you dont need it you only want it. it is coming, and you will happy with the rate"

sesapa yang baru taw pasal benda ini silalah buat rujukan dan kajian terlebih dahulu pasal benda ni... bukan apa setiap pelaburan ada risikonya.. macam kes Dinar Iraq ni.. sesapa pon x boleh nak tentukan bila matawang ni akan diapungkan... apa yang boleh dilakukan hanyalah mencari sumber2 yang dipercayai dan membaca rumors2 yang dibuat oleh pelbagai pihak.. jadi tak payahlah nak tanya soalan seperti Bila nak RV dinar Iraq?? jadi x Dinar Iraq RV hari ni?? betul ke 7 Jun ni Maliki akan buat pengumuman RV? sebab soalan2 macam ni sama maksud dengan bertanyakan tentang tarikh mati anda.. benda yang tak nampak dan x pasti.. manusia mana boleh meramal masa depan.. kecualilah kalau Nuri Al-Maliki dah bagitaw satu dunia tarikh RV barulah saya boleh jawab soalan2 itu semua..

sekian sahaja untuk tulisan kali ni...
sama2 kita banyakkan bersabar dan memohon agar kita dimurahkan rezeki..
sekian.. asSalam www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...