Menu

Sunday, October 9, 2011

Different Culture.. 1Malaysia..

salam penulisan buat semua... sebenarnya dah agak bersarang dah blog ni... lama x update dengan entry2 baru... bukan xde idea.. macam biasa xde masa nak menaip... idea mencurah2 datang terutamanya bila keluar ke bandar melihat gelagat dan telatah manusia kebanyakan.. macam2 ragam ade... tapi idea2 yang muncul akan hilang bila terperap lama...

terima kasih kepada pelawat2 yang meninggalkan jejak kat blog ni walaupun anda hanya melawat untuk mempromosikan link2 anda saya tetap menghargai kunjungan anda itu.. walaupun x diupdate namun masih tetap ada pageview hampir setiap hari.. thanks all...

owrite pada kali ini saya nak bawakan kepada anda satu cerita tentang seorang pelajar sekolah berbangsa Cina   yang saya anggarkan berusia 10-12 tahun... peristiwa ni berlaku dalam LRT... sedang menunggu sampai ke destinasi saya ternampak seorang budak lelaki Cina sedang duduk di satu sudut dalam LRT tersebut... di tangan budak lelaki tadi terpeluk erat sebuah buku.. pada hemat saya mungkin buku teks sekolah kerana budak tersebut memakai pakaian seragam sekolah... namun apabila diamati ianya sebuah buku yang berjudul.. "Stories of 100 People Who Influence The World"

wah... memang betul apa yang dikatakan orang.. bangsa Cina ni sebenarnya memang rajin2.. jadi tidak  hairanlah jika ramai pelajar2 cina yang mendapat tempat di institusi2 pengajian tinggi awam dan swasta.. sepatutnya semua bangsa perlulah mencontohi bangsa Cina yang mendidik anak mereka dan menyemaikan sikap suka membaca sejak dari bangku sekolah lagi ini.... bukanlah ingin menyanjung bangsa lain mahupun ingin mnyuntik sentimen perkauman dan sebagainya cuma kita perlulah membuka minda kita agar mencontohi perkara-perkara positif yang terdapat dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa ini... setakat ini sahaja tulisan saya pada kali ini.. insyaAllah saya akan cuba untuk sentiasa update blog ini dari semasa ke semasa dengan pelbagai cerita2 menarik selepas ini.. sekian. 
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...