Menu

Tuesday, June 14, 2011

KL Gangster VS PEKIDA



Salam Penulisan..
ok post kali ni nak buat review sal filem yg tengah meletup sekarang ni kat pawagam seluruh negara...
KL Gangster..
dengar2 kutipan untuk filem ni dah mencecah 6-7 Juta.. wow..


Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz yang semakin melnjak namanya dek kerana drama bersiri yang turut dibintanginya di slot akasia TV3 Nora Elena..

Review..
Filem ini mengisahkan tentang Malek yg baru sahaja dibebaskan dripada penjara. Beliau yang sebelum ini merupakan antara pengasas sebuah pertubuhan samseng bersama-sama seorang sahabat baiknya KING mengambil langkah ingin cuci tangan dan bertaubat setelah keluar daripada penjara walaupun KING menawarkan agar dia kembali kepada kumpulannya. Malek mempunyai seorang adik lelaki yang juga merupakan ahli pertumbuhan samseng yang diketuai oleh taiko DRAGON.
adik perempuan Malek pula mula rosak selepas abangnya disumbat ke dalam penjara. filem ini turut dihidupkan dengan kehadiran Fadil yang dilakonkan oleh Zizan yang mana merupakan seorang Abang Long yg juga kawan baik kepada Malek. Kontroversi mula timbul apabila kumpulan KING dan DRAGON berebut kawasan dan ditambah pula dengan konflik untuk menjadi TAIKO besar yang ditimbulkan oleh watak Shark yg dilakonkan oleh Syamsul Yusof.
Pelbagai konflik terjadi antaranya penyelewengan wang yang dilakukan oleh Jai terhadap DRAGON, kereta Fadil diletupkan, Fadil ditikam oleh shark dan sebagainya...

PEKIDA Vs KL Gangster..
selepas ditayangkandi pawagam akhbar tempatan melaporkan bahawa Pertubuhan Pekida meminta penerbit dan pengarah filem KONGSI dan KL Gangster untuk memohon maaf secara terbuka kerana didakwa telah membuka kod rahsia pertubuhan terbabit. Kod yang dimaksudkan mungkin ayahanda, abang long yang digunakan dalam kedua-dua filem brkenaan.

ini pendapat saya.
tak perlulah nak perbesarkan isu2 macam ni.. pada saya apa yang rahsianya? Ayahanda? Abang Long?? Abang Kawasan? semua istilah tiu memang umum dah tau bukan kerana tayangan filem ini.. sebelum ni pon PEKIDA ada masalah/isu yang disiarkan dalam akhbar yang melibatkan ayahanda dan abang long di beberapa kawasan. istilah ayahanda dan abang long memang dah digunapakai dalam akhbar sebelum ni... adakah itu dikatakan rahsia?

cuba fikir logik kalau nak dikatakan filem ini melambangkan PEKIDA merupakan pertubuhan samseng kerana penggunaan istilah ayahanda dan abang long.. dalam KL Gangster seingat saya satu watak sahaja yang menggelarkan dirinya Abang Long iaitu watak Fadil lakonan Zizan.. watak Fadil ni watak samseng ke? Fadil hanya mengaku abang long ttapi xde pulak watak die terlibat dengan mana2 pergaduhan dalam Filem ini.. kalau ada pon dia cuma menegur dua lelaki yang berkelakuan biadap terhadap pelayan restoran. itupun Malek yang bergaduh bukan Fadil...

diharapkan x payah la nak saman menyaman ni... kita melayu sama melayu.. lebih eloklah jika sekiranya masing2 memikirkan cara untuk membuat kebaikan kepada umat Melayu di MALAYSIA ni daripada memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan bangsa sendiri... PEKIDA pertubuhan Melayu, Skop Production syarikat Melayu. masing2 mainkan peranan dalam memberi tauladan dan membantu bangsa Melayu. Sepatutnya isu2 begini kalau ada pon eloklah dibincangkan secara dalaman tanpa membabitkan media. Bila babitkan media ni, isu rahsia yang sedikit terbuka jadi terus terbongkar dan tidak dinamakan rahsia lagi.. hahaha

ini just pandangan peribadi sayalah.. xde niat pon nak membuat provokasi kepada mana2 pihak.. harap2lah isu ini dapat diselesaikan dengan mudah ye... maaf dipohon jika ada pihak yang terasa hati dan sebagainya..

tgok dialog kat bawah TUMULAK ngan MALEK, JAI, AJIB, SHARK gaduh...
tumulak orang siam bukan melayu ye... haha


www.tips-fb.com

2 comments:

shahzniezarmx said...

lagi pun kat dalam cite dah tulis tiada kena mengena ngan yg hidup @ yg mati

Unknown said...

betul 2 do... lain la kalo dorang ni x hidup dan x mati... tgah2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...