Menu

Sunday, October 14, 2012

Semut Punya Cerita....

tengah lepak-lepak dengan member aku nih sambil  melayan twitter... macam2 benda dok sembang kat twitter nih.. tetiba muncul lah satu topik yang nak kata menarik ke tidak aku pon tak tahu.... persoalan yang ditimbulkan apa akan jadi kalau semut xde di dunia ni... ada effect x eh?? aku rasa cam di luar pemikiran jer persoalan tu... tetiba rasa nak update blog ni dengan fakta-fakta tentang semu sikit.... check it out....



1. Semua mempunyai 6 kaki, setiap dengan 3 sambungan kepadanya.

2. Hampir 13,000 spesis semut yang berbeza terdapat dalam dunia ini yang dapat dikelasifikasikan walau pun para saintis berpendapat ada lebih 20,000 spesis semut semuanya.

3. Semut menggunakan antenanya untuk menyentuh sesuatu, namun antena mereka juga merupakan deria sesentuh dan rasa mereka.

4. Jangkahayat semut biasanya antara 40-60 hari.

5. Semua juga “berperang” sesama mereka dan berperang dalam skala yang besar. Peperangan biasanya melibat keseluruhan satu koloni semut dengan koloni-koloni yang lain yang menyebabkan bilangan kematian semut mencecah jutaan semut.

6. Semut Amazon kadang-kadang digelar “Semut Lanun” atau “Semut Pengambil Hamba” kerana mereka dikatakan menyerang sesebuah koloni semut lain dan mengambil semut yang tewas sebagai hamba untuk dijadikan “semut pekerja” dalam membina sarang dan juga dalam mencari makanan untuk mereka.

7. Koloni semut terbesar di dunia dibina oleh “Semut Argentina”. Koloni mereka menjangkaui jarak beratus batu (atau kilometer) dan terdiri daripada beratus-ratus jalinan dan susunan sarang semut yang berbeza.

8. Secara amnya semut yang kita temui di dalam rumah atau kawasan rumah kita ada jenis “semut tukang rumah”. Merka menggemari tempat-tempat yang lembap seperti kayu atau papan dinding rumah yang lembap untuk diduduki biasanya setelah hujan.

9. Sebagaimana para saintis telah mengkaji dan mendapati sesebuah koloni semut hanya diperintah oleh seekor “Ratu Semut” sahaja, dan tidak pernah ada dalam penyelidikan menunjukkan lebih daripada satu “ratu semut” yang memerintah.

10. Sesetengah spesis semut didapati membela serangga-serangga yang lain, sama seperti manusia membela haiwan lain seperti ayam dan lembu. Sangat jarang serangga belaan ini dibunuh untuk dijadikan makanan mereka. Kebanyakan haiwan belaan ini digunakan untuk mencari dan membawa pulang makanan untuk mereka.

Beberapa ayat al-quran dan hadis mengenai semut....

“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS. An Naml: 17-18)

_____________________________________________________________

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali ‘Imran: 190-191)



sekian sahaja sedikit fakta mengenai semut untuk bacaan anda semua.... jumpa lagi dengan fakta mengenai binatang lain pulak lepas ni... haha... 
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...