Menu

Tuesday, June 28, 2011

:~Ketua Imam Punya Cerita..:~

Salam penulisan...

kali ni aq nak cerita sal Ketua Imam punya cerita...
benda ni berlaku dalam 2 3 minggu lepas... masa tu aku tgah berjalan dripada bangunan akademin nak ke masjid.. so melalui la blakang masjid... kat blakang masjid ni ada tempat untuk parking kereta....tempat untuk parking kereta tu pulak baru je dibumbungkan dan dilabelkan dengan label Imam 1, Ketua Imam, Bilal...

masa aku lalu kat belakang masjid tu, aku terperasan satu kereta ni ada kertas macam surat kat wiper belakang keta tu... aq pon patah balik n pergi dekat belakang keta tu.. aq pon selak kertas tu...

wakakakakaka.... lawak gila... aq ingat kan surat saman ke, iklan jualan langsung ke apa.. rupanya... kat surat tu tertulis.... "TAHNIAH KERANA DILANTIK SEBAGAI KETUA IMAM!! ANDA DIJEMPUT KE PEJABAT MASJID UNTUK MENGAMBIL TEKS KHUTBAH JUMAAT"

aq pon tataw kete sapa... tapi yg pastinya mmg bukan kete imam la... notis tu saja je nak menyindir pemilik kete tu sebab dengan slumbernye parking kete beliau kat bawah tempat parking kete KETUA Imam...

macam2...

Moral Of ThE Story:: janganlah parking sesuka hati... kalau tempat parking bebas xpe la... ini dah terang2 tertulis khas utk KETUA IMAM... ape pon x boleh la... www.tips-fb.com

Monday, June 20, 2011

:.:KeM BuMi jaTi:.:

Salam Penulisan...

entry kali ni nak cita sket sal pengalaman menyertai Kursus Minggu Orientasi Siswa(MOSIS)....
kursus ni bermula pada 18 Jun 2011 hingga 19 Jun 2011 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam..

group yang dinamakan Mosis Peer ni mula berkumpul pada kira2 jam 0700H 18 Jun... starting pon aku n dak2 rumah aq dah sampai lambat kat tempat berkumpul.. al-maklumlah Rumah kitarang jauh daripada yg lain.. hahahha..

kira2 jam 0800 dah bertolak ke destinasi kami... sepanjang perjalanan dalam bas aku just ambil peluang untuk cover tdo.... biasalah hari jumaat 2 sepanjang malam x tdo dekkerana jadi Sarjan Duty Batalion... pukul 0500 baru boleh balik umah.. packing barang semua...

jaga je dari tidur.. eh dah sampai? haha...
ni antara aktiviti yg dilakukan kat sana..

>>main belon2...
>>egg tower
>>arca straw
>>explorace
>> LDK Group Discussion
apa lag eh.. lupa dah.. haha
semua activity ne bertujuan untuk:

:> Time Management
:> Leadership Development
:> Pengurusan Stress
:> Membina Kerjasama

semua aktiviti dilakukan bagi membina keyakinan untuk semua peserta mengendalikan pelajar2 baru yang bakal masuk nanti.. ye la... bukan senang woi nak jadi fasi and nak organize program2 cam2...

apa yang paling best masa kursus tu boleh kata makanan kat kem bumi jati tu la.... makanan memang terbaik la... dah macam makan kat umah jer... mkan berhidang, makanan terbaik, perfect la maknan dia... penginapan pon not bad la...

masa hari 1st tu rasa cam moral down gak la... sebab aq ni bukannye jenis suka sangat dengan program2 camni.. tapi lama2 rasa cam best la pulak....

hopefully program ni akan berjaya dan berjalan dengan lancar nanti...

P/S: Selamat Datang kepada semua pelajar baru asasi yang bakal melapor diri pada 24/6/2011 nanti....

byak lgi nak tulis.. tpi dah malas la plak.. www.tips-fb.com

Wednesday, June 15, 2011

:...Kongsi vs KL Gangster vs Petaling Street...:

salam penulisan...

kali ni nak bukak citer sal Petaling Street yg boleh dikatakan jalan yg agak popular di KL ni... mana taknya boleh dikatakan semua filem2 bertemakan gangsterisme buat penggambaran kat sini.... yang terkini filem KL Gangster dan Kongsi...

semalam baru je jalan kat Petaling Street ni... xdelah selalu sangat masuk kawasan Petaling Street ni.... semalam pun kebetulan ada member gi kedai kat area situ nak xnak kena la cross Petaling Street... masa 2 aq ngan sorang member.. member aq yang sorang ni orang lama kat KL.. kitorang pon bukak la citer.. aq cakap kat die yg KL Gangster pun buat penggambaran kat sini... Kongsi pun buat penggambaran kat sini.. mmber aq tu pun cakap... ko ingat dorang sesaja ker wat penggambaran kat area ni.. area ni mmg ada citer sebaliknya....











Petaling Street ni boleh dikira black area la.... ada mmber yang cita kat aku pernah ternampak orang datang mintak duit perlindungan depan mata dia drpada peniaga2 kat Petaling Street ni... ada pulak yang cakap kalau jalan kat Petaling Street then korang tanya satu gerai kat jalan tu then korang blah cam2 jer tanpa mmbeli.. maka siaplah korang.. tak tahulah kesahihan cerita ni... ada pulak yang cakap Petaling Street ni POLIS pun x masuk area tu... tapi rasanya khabar angin jer kot... dalam cerita KONGSI kan ade POLIS yang masuk area tu.. hahhaa..

Petaling Street ni boleh dikatakan kawasan masyarakat CINA la.. sebab kebanyakan peniaga dan pembeli kt sini semuanya beerbangsa CINA... kalau dalam FILEM KL GANGSTER pun yang buat port kat area tu TAIKO DRAGON...

bila berjalan kat sepanjang Petaling Street 2 ada gak la rasa cam gerak geri diperhati.. tapi itu mungkin perasaan je kot... maybe sebab banyak sangat dengar cerita yang bukan2 sal jalan ini... so, apa pendapat korang?? www.tips-fb.com

Tuesday, June 14, 2011

KL Gangster VS PEKIDA



Salam Penulisan..
ok post kali ni nak buat review sal filem yg tengah meletup sekarang ni kat pawagam seluruh negara...
KL Gangster..
dengar2 kutipan untuk filem ni dah mencecah 6-7 Juta.. wow..


Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz yang semakin melnjak namanya dek kerana drama bersiri yang turut dibintanginya di slot akasia TV3 Nora Elena..

Review..
Filem ini mengisahkan tentang Malek yg baru sahaja dibebaskan dripada penjara. Beliau yang sebelum ini merupakan antara pengasas sebuah pertubuhan samseng bersama-sama seorang sahabat baiknya KING mengambil langkah ingin cuci tangan dan bertaubat setelah keluar daripada penjara walaupun KING menawarkan agar dia kembali kepada kumpulannya. Malek mempunyai seorang adik lelaki yang juga merupakan ahli pertumbuhan samseng yang diketuai oleh taiko DRAGON.
adik perempuan Malek pula mula rosak selepas abangnya disumbat ke dalam penjara. filem ini turut dihidupkan dengan kehadiran Fadil yang dilakonkan oleh Zizan yang mana merupakan seorang Abang Long yg juga kawan baik kepada Malek. Kontroversi mula timbul apabila kumpulan KING dan DRAGON berebut kawasan dan ditambah pula dengan konflik untuk menjadi TAIKO besar yang ditimbulkan oleh watak Shark yg dilakonkan oleh Syamsul Yusof.
Pelbagai konflik terjadi antaranya penyelewengan wang yang dilakukan oleh Jai terhadap DRAGON, kereta Fadil diletupkan, Fadil ditikam oleh shark dan sebagainya...

PEKIDA Vs KL Gangster..
selepas ditayangkandi pawagam akhbar tempatan melaporkan bahawa Pertubuhan Pekida meminta penerbit dan pengarah filem KONGSI dan KL Gangster untuk memohon maaf secara terbuka kerana didakwa telah membuka kod rahsia pertubuhan terbabit. Kod yang dimaksudkan mungkin ayahanda, abang long yang digunakan dalam kedua-dua filem brkenaan.

ini pendapat saya.
tak perlulah nak perbesarkan isu2 macam ni.. pada saya apa yang rahsianya? Ayahanda? Abang Long?? Abang Kawasan? semua istilah tiu memang umum dah tau bukan kerana tayangan filem ini.. sebelum ni pon PEKIDA ada masalah/isu yang disiarkan dalam akhbar yang melibatkan ayahanda dan abang long di beberapa kawasan. istilah ayahanda dan abang long memang dah digunapakai dalam akhbar sebelum ni... adakah itu dikatakan rahsia?

cuba fikir logik kalau nak dikatakan filem ini melambangkan PEKIDA merupakan pertubuhan samseng kerana penggunaan istilah ayahanda dan abang long.. dalam KL Gangster seingat saya satu watak sahaja yang menggelarkan dirinya Abang Long iaitu watak Fadil lakonan Zizan.. watak Fadil ni watak samseng ke? Fadil hanya mengaku abang long ttapi xde pulak watak die terlibat dengan mana2 pergaduhan dalam Filem ini.. kalau ada pon dia cuma menegur dua lelaki yang berkelakuan biadap terhadap pelayan restoran. itupun Malek yang bergaduh bukan Fadil...

diharapkan x payah la nak saman menyaman ni... kita melayu sama melayu.. lebih eloklah jika sekiranya masing2 memikirkan cara untuk membuat kebaikan kepada umat Melayu di MALAYSIA ni daripada memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan bangsa sendiri... PEKIDA pertubuhan Melayu, Skop Production syarikat Melayu. masing2 mainkan peranan dalam memberi tauladan dan membantu bangsa Melayu. Sepatutnya isu2 begini kalau ada pon eloklah dibincangkan secara dalaman tanpa membabitkan media. Bila babitkan media ni, isu rahsia yang sedikit terbuka jadi terus terbongkar dan tidak dinamakan rahsia lagi.. hahaha

ini just pandangan peribadi sayalah.. xde niat pon nak membuat provokasi kepada mana2 pihak.. harap2lah isu ini dapat diselesaikan dengan mudah ye... maaf dipohon jika ada pihak yang terasa hati dan sebagainya..

tgok dialog kat bawah TUMULAK ngan MALEK, JAI, AJIB, SHARK gaduh...
tumulak orang siam bukan melayu ye... haha


www.tips-fb.com

Sekadar Berkongsi... Indahnya MATEMATIK..

keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% www.tips-fb.com

Friday, June 10, 2011

...KaRaK...


Salam penulisan..
haha.. macam biasa la ye..
prview sket sal cite KarAk...

stret 2 da poin la.. malas nak berceloteh banyak2 sal cita ni...
cita Karak ni over all ok la...
lagipun cerita seram pertama daripada KRU kan.. menjadi gak idea 3 beradik ni..
hantunya pon boleh tahan dengan effect2 yang style...
jalan ceritanya pun boleh tahan gak... well done KRU..

cerita ini mengisahkan 4 sahabat yang lalu kat hiway karak untuk pulang ke kota metropolitan KL(kalau x salah aq la)
disebabkan traffic jam diarang amek keputusan untuk guna jalan kampung atau jalan biasa untuk nak cepat sampai..
biasa bila dengan member2 ni banyak kepala dan idealisme.. ada yang percaya hantu, ada yang x percaya.. ada yang dah jumpa baru nakpercaya.. ada pulak yang jumpa yang xde kepala baru percaya...

"encik, takde kepala macam ini ke encik.."

hahahahaha... pengembaran menyeramkan bermula apabila dorang jumpe ngan satu wolkwagen dan dorang terlibat dngan kemalangan...
kepada yang masih belum menonton cerita ni.. bolehlah kunjungi pawagam berhampiran untuk menyelami pengembaraan dorang ini... boleh berkenalan dengan Tok Malam yang x siang2, budak sekolah cari emak.. dan sebagainya..
support industri perfileman tanah air.... beli yang ori... hahaha...
peace yo!... www.tips-fb.com

Monday, June 6, 2011

Nur Kasih The Movie

Salam penulisan...

entry kali ni nak review cerita Nur Kasih The Movie NKTM....
sebenarnya baru ja pi tgok movie ni.. kalo ikut hati 2 nak download jer dari internet.. tapi malangnya tnggu punya tunggu mmg xde rasenye movie NKTM ni dekat mana2 website... pas2 kluar lak cerita xdenye nak tayang kat TV or astro cerita ni... kalau ada pon 5 6 tahun lagii... mak oiii... jenuh den menunggu 5 6 tahun... bukan apa.. ikut cerita ni dari ditayangkan kat tV3 lgi.. rasa cam rugi lak kalau xtaw kesudahan ceritanya.. jadi luangkan masa g tgok gak..

walaupun dah dekat 3 minggu ditayangkan... panggung tetap penuh dengan peminat setia drama bersiri Nur Kasih ni... hebat jugak penangan lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah ngan Fizz Fairuz ni... gandingan yang sangat menjadi.... permulaan, pertengahan dan akhiran yang sangat sempurna... dengan latar tempat yang sangat menarik seperti Jordan dan tanah suci Mekah...

Filem ini memberikan banyak mesej berguna kepada penonton selain banyak membuatkan penonton bermuhasabah diri. Mesej2 segar yang disampaikan membuatkan penonton terhibur dan bagaikan berada di dunia Nur ketika menonton filem ini. Tidak hairanlah jika ada penonton yang menitiskan air mata ketika menonton babak2 sedih dan dramatik yang terdapat di dalam filem ini. Dialog yang digunapakai juga amat menyentuh hati dan perasaan penonton.

Bayangkan, selalunya di akhir filem, boleh dikatakan semua penonton masih berada di kerusi masing2 walaupon di skrin sudah memaparkan nama-nama krew produksi filem ini. Penonton bagaikan tidak puas dan inginkan NKTM ini diteruskan lagi ceritanya. Tidak hairan jugalah jika ada yang sanggup menonton filem ini beberapa kali di pawagam. Malah, katanya ada juga makcik2 dan pakcik2 yang jarang masuk panggung sanggup beratur utk membeli tiket bagi menonton filem ini.

"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat rahmat menghampiri kita..."

kepada sesiapa yang nak tahu kesudahan Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar - benar insaf..silalah ikuti filem ini di pawagam segera sebelum tempoh tayangan ditamatkan.

so untuk filem ini aq kasi rate 10 bintang daripada 5 bintang * * * * * * * * * *

ni ada sikit gambar2 menarik dalam filem ni..
















"Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita, perjalanan kita masih jauh, perjalanan yang pasti akan bertemu titik noktahnya suatu hari nanti..."
www.tips-fb.com

Sunday, June 5, 2011

Kongsi.. Lu Langsi Lu Mati..

Salam Penulisan...
diharap semua anda berada di bawah limpahan rahmatNya..

asyik2 dok post pasal Dinar Iraq ja.... borink jugak...
hah.. kali ni nak buat review story sket sal filem2 tempatan yang tgh meletup/letup kat pawagam belakangan ini.. ok kita start dengan Filem Kongsi.. Lu Langsi Lu Mati...




xde banyak yang mmpu aq cerita sal filem ni sebab x g tgok wayang, so xde citer fresh sgt la... tapi yang istimewanya bila x tgok wayang bleh ulang byak2 kali tgok... bila dah ulang byak2 kali tgok sampai dah terhafal dialog dan menjadi sbahagian dialog harian la pulak....
antara dialog2 yang menarik + best dalam filem ni...

"renjet sket bro, renjet sket, nak celes ni, celes.. man adik lu mcam adik gue gak man, cubit pehe kiri............"

"selamat siang tuan kedai.."

"itu celita lama, wa sudah taw dri facebook.."

"~.. ayah maliki taktaw lagi.. nasib baik kita jaga line.." ni dialog paling aq minat la kot... haha

"punah kija aq"
Link
"serabut perut nate beruk ni..."

"sharip bin sharipudin.. mg tgok.. mg tgok"

keseluruhan cita ni ok la.. cumanya aq x berapa best bila lawaknya terlalu menjadi-jadi.. walaupun elemen lawak 2 mmg best n penting dalam sesebuah filem.. tapi sampai babak2 aksi pon nak dilawakkan... sesetengah penonton mmg nak tgok lawak2 segar tu.. tapi pada hemat saya cewah... ayat.. haha... lebih best rasanya kalau part2 lawak 2 dikekalkan dan part2 aksi seperti bertumbuk terajang tu dijadikan serius dan lebih serius.. ini nampak geng2 kongsi tu smua dah otai2 dah.. tapi lawan tumbuk macam hare.. hahaha.. maybe itu sesuatu yang unik yang nak ditonjolkan oleh pengarah filem ni kan.. apapon tahniah lah Filem kongsi terutama kpada pengarah muda Farid Kamil kerana kutipan mencecah 8 juta sepanjang 3 mnggu ditayangkan....

so...

untuk filem ni rate yang aq bagi bintang dripada 5 bintang.... * * * *

p/s: nantikan review Nur Kasih The Movie dan Karak di Ku Fitri Story selepas ini.. www.tips-fb.com

Thursday, June 2, 2011

Tulisan di pagi khamis...

salam penulisan..

seperti biasa tajuk kekadang x mempengaruhi isi kandungan sesuatu entry dalam blog ni..
samalah seperti tajuk kat atas tu... dah lama x menulis dengan bahasa rilek2 camni rasanya.. ye la dok menulis sal dinar iraq je sebelum ni... kali ni pon nak tulis pasal dinar ni gak, tapi bukan tentang fakta bila berlakunya pengapungan atau macam mana nak beli dinar mahupun apakah faktor berlaku pengapungan.. kita ikuti tulisan rilek2 kat bawah...

Part Serius..
daripada pembacaan aq... negara Iraq suka membuat pengumuman penting pada hari Khamis, sebab musabab nye tak tahulah pulak.. maybe hari Khamis ni hari ong bagi negara diaorang kot... so, kepada yang menunggu pengapungan dinar ni sabar2lah ye....

part tak serius..
sesaja nak kongsi ngan korang la.. sebenarnya tekanan gak fikir pasal dinar iraq ni.. mana tidaknya bila dah berkongsi cerita, sampai ke hari kejadian pengapunganlah aq akan dihantui dengan soalan2 x logik untuk aq jawab seperti yang aq gtaw dalam post sebelum ni... bila mau RV? jadi x RV hari ni?? hadoiiii... sampai satu tahap 2 korang taw aq rasa cam "adoiii, menyesal pulak menjebakkan diri dalam hal ni" ni semua salah Pak Lan la ni... pandai sangat buat aku ambil taw secara serius dalam perkara ni... sebelum ni dah taw.. tapi cam malas nak amek taw... bil dah Pak Lan beriya-iya ja ajak join.. aku pon join la.. jenis aq bila dah join kena la ambil taw..

tapi bersyukur jugak la.. bila dah ambil taw ni banyak jugak pengetahuan yang aq dapat belajar, antaranya tentang WTO, IMO, Sekatan Chapter VII, IMF, CBI dan macam2 lagi. Ramai jugak orang yang aq kenai bila ambil taw pasal benda ni.. Michael Johnson, Nuri Al-Maliki, Shabibi, En Shahrizal, En Hisham, Orang2 money changer, ashezal, Rdong, macam2 nama. banyak sangat nak sebut kat sini. kekadang terhibur gak bila berkonferen ngan diaorang ni kat Facebook. masing2 ada cerita tersendiri, berkongsi rumors, sama2 menanti waktu dan agenda yang sama iaitu RV. Ada pulak yang berkongsi planning bila dah RV nnti. ada yang nak kahwin, nak bayar bil telefon, nak beli kereta dan ramai jugak yang nak pencen muda. Yang nak pencen muda ni mesti simpan beratus-ratus ribu dinar iraq ni xpon berjuta-juta dinar.... macam2 ragam.

apapon ceritanya, saat itu pasti akan hadir.. InsyaAllah.. harapan kita semua hanya satu iaitu RV.. semoga segala mimpi2 kita sebelum ni akan benar2 menjadi kenyataan.

P/S: kepada yg kenal Michael Johnson(MJ). MJ nak turun Msia kalau dah RV. nak buat big party katanya.. hahahha... harap2 dapat jumpa MJ. nak mintak maaf ngan dia sebab banyak tanya soalan2 yang dia xleh bg jawapan seperti dah rv ke bro?? hahahaha.... dah ada announcement bro?? sampai MJ malas nak layan aq, aq rasa.. hehe...kesian MJ. www.tips-fb.com

Wednesday, June 1, 2011

RV... Antara khayalan dan knyataan.. anda tentukan..!

salam penulisan...

dua tiga minggu ni kecoh dalam facebook tentang isu dinar iraq yang dikatakan akan diReValue tidak lama lagi.. ramai jugak yang guna nama gelaran di facebook sebagai dinar iraq, jutawan dinar, dan macam2 lagi yang berkaitan. Tak kurang juga wujudnya fan page yang banyak mengenai dinar iraq ni. Group2 perbincangan apatah lagi, semakin galak dan hangat dibina untuk membincangkan mengenai isu2 terkini tentang ekonomi iraq terutamanya matawang dinar iraq.
semua yang tahu dan ada menyimpan dinar iraq masing2 tertunggu-tunggu bila tibanya masa untuk matawang negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia ini diapungkan.

ada juga yang baru menunggu x sampai dua bulan membeli dan menyimpan IQD dah banyak bunyi... kononya ditipu, semua cerita dan fakta mengenai matawang IQD ini akan diapungkan hanyalah rekaan semata-mata ataupun satu sindiket scam...
kalau difikirkan secara logik, kalau benda alah ini satu scam dan menyalahi undang2 kenapa semakin ramai yang secara terang2an mempromosi untuk menjual note2 dinar ini?? apakah pihak berkuasa negara kita buta? tiadakah akta untuk menyekat kegiatan yang dikatakan salah ini? kalau tiadapon akta adakah pihak berkuasa bisu dan tidak boleh memberi amaran kepada masyarakat tentang kewujudan sindiket ini?? kenapa Bank Negara Malaysia sendiri tidak menyatakan sebarang bantahan tentang isu penjualan IQD ni??

semua ini bagaikan satu persoalan yang tiada jawapan.. semuanya terletak pada individu itu sendiri untuk percaya atau tidak dengan pelaburan ini.. sebab itu aku selalu pesan dengan sesapa yang tanya ngan aku yang nak beli dinar iraq ni agar korang semua baca dan kaji dulu tentang benda ini. sebab seperti apa yang aku katakan aku tidak menjanjikan apa2. apa yang boleh kita lakukan jika anda yakin dan jika sudah rezeki kita memang tak ke mana. bukan kita sahaja yang menyimpan koleksi dinar iraq ini. kita ini dikira sebagai golongan minoriti je.. lebih ramai orang2 di luar sana yang menyimpan IQD ni dengan jumlah yang lagi besar.

situasi di atas merupakan akibat daripada terlalu banyak rumors ataupun khabar angin yang menyatakan tarikh2 tertentu untuk pengumuman pengapungan matawang IQD ini. sesetengah daripada kita trlalu mengharap agar agenda mengapungkan matawang ini terjadi dengan segera membuatkan kita menjadi obses dan tidak sabar menantinya. jadi nasihat saya untuk diri saya dan anda semua yang membaca entry ini bersabarlah. jika sudah tertulis rezeki kita memang tak kemana. matawang Iraq tetap akan RV juga. Kalau difikirkan secara logik mana mungkin negara sekaya Iraq mempunyai nilai mtawang yang sangat rendah.

seperti kata Michael Johnson kepada saya "look at it as you dont need it you only want it. it is coming, and you will happy with the rate"

sesapa yang baru taw pasal benda ini silalah buat rujukan dan kajian terlebih dahulu pasal benda ni... bukan apa setiap pelaburan ada risikonya.. macam kes Dinar Iraq ni.. sesapa pon x boleh nak tentukan bila matawang ni akan diapungkan... apa yang boleh dilakukan hanyalah mencari sumber2 yang dipercayai dan membaca rumors2 yang dibuat oleh pelbagai pihak.. jadi tak payahlah nak tanya soalan seperti Bila nak RV dinar Iraq?? jadi x Dinar Iraq RV hari ni?? betul ke 7 Jun ni Maliki akan buat pengumuman RV? sebab soalan2 macam ni sama maksud dengan bertanyakan tentang tarikh mati anda.. benda yang tak nampak dan x pasti.. manusia mana boleh meramal masa depan.. kecualilah kalau Nuri Al-Maliki dah bagitaw satu dunia tarikh RV barulah saya boleh jawab soalan2 itu semua..

sekian sahaja untuk tulisan kali ni...
sama2 kita banyakkan bersabar dan memohon agar kita dimurahkan rezeki..
sekian.. asSalam www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...