Menu

Saturday, October 20, 2012

Live Streaming Final PIALA MALAYSIA 2012

Walaupun dah nak habis.. aku nak letak jugak live streaming untuk yang x sempat atau tak berpeluang tengok live di stadium atau kedai makan...

LIVE STREAMING
www.tips-fb.com

kesebelasan Utama Final Piala Malaysia:> ATM vs Kelantan



Pasukan mana bakal bergelar juara Piala Malaysia musim ini.. sama2 kita nantikan..

www.tips-fb.com

Tuesday, October 16, 2012

Cara Makan CupCake yang betul..


salam penulisan warga maya...

pada 7hb yang lepas aku mengahdiri satu majlis besar di Hotel Istana, Kuala Lumpur, masa minum petang tu tetamu yang hadir dihidangkan dengan hidangan cupcake istimewa di ruang makan hotel berkenaan. aku pun amek la cupcake tuh.. perh.. aq terpikir macam mana la nak makan cupcake ni.. besar dengan ade krim lagi kt atas cupcake tu.. mesti berlemoih(bahasa kedah) punya lah... aq pon amek la sudu dekat meja cawan2 tu untuk makan cupcake... tadi dok browsing2 jumpa video cara makan cupcake secara gentlemen... so, check it out...




p/s:>> berlemoih = comot

Credit to:>> Blog Kronologi Ferdaus


www.tips-fb.com

Monday, October 15, 2012

INFO AES..!! HANGAT UNTUNG RM700 JUTA SETAHUN..!! fuhh


KUALA LUMPUR, 14 Okt — by @tiewnama..
DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan
menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi,
dan bakal membebankan rakyat negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara,
syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd –
mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan
daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.

"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi
akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama,
RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga –
jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun,"

Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi,
daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut
menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama,
untuk setiap lima juta saman pertama,
RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.

Bagi peringkat kedua pembayaran,
sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus,
iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.

Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya,
dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik
telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES
pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan
kerap berlakunya kemalangan.

"Selain daripada keuntungan RM700 juta setahun,
terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang
didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.

"Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang
didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera
yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi.

Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan
harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan
soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.

"Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia
berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni
Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.

 "DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta
sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi.

www.tips-fb.com

Syamsul raih 5 anugerah membakar semangat adik...!!


SEBAGAI seorang adik, saya berasa bangga dengan kejayaan abang saya Syamsul Yusof. Lebih-lebih lagi di "Anugerah Blokbuster" baru-baru ini apabila abang merangkul 5 anugerah sekaligus. Dulu sewaktu kemenangan beliau di festival filem sebagai pengarah terbaik, ramai yang pertikaikan para juri memandangkan usianya yang terlalu muda ketika itu. Tetapi kali ini saya rasa tidak perlulah lagi sesiapa nak pertikaikan kerana anugerah ini ditentukan oleh undian orang ramai yang telah terbukti tiada kepentingan.
Untuk pengetahuan semua, abang saya bukan sahaja seorang pengarah, beliau juga seorang penulis skrip dan penyunting. Walaupun dalam bidang yang sama, ketiga-tiga pekerjaan ini sangat berbeza prosesnya. Sebagai seorang penulis, beliau perlu memastikan jalan cerita yang menarik untuk difilemkan. 

Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana ia memerlukan kajian serta inpirasi yang asli. Untuk mengarah pula, beliau perlu berada di lokasi setiap masa dan memastikan semua berjalan dengan lancar serta memastikan visual dan lakonan artis yang sempurna. Proses pengarahan sangat memenatkan tubuh dan minda seseorang. Apatah lagi, beliau mengambil masa pengambaran yang panjang. Proses penyuntingan pula harus melalui potongan tertib yang dilakukan di studio suntingan. Mungkin tidak memenatkan badan, tetapi proses ini sangat rumit yang mendatangkan stress. Harus diakui kekuatan sesebuah filem bergantung kepada kebijaksanaan penyunting selain kekuatan skrip,arahan dan lakonan yang menjadi nadi kepada sesebuah filem.

Ketiga-tiga pekerjaan ini dilakukan sendiri oleh abang saya dan beliau telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik. Bikin filem bukanlah pekerjaan yang mudah. Ia bukan untuk suka-suka, membikin filem adalah suatu tanggungjawab yang berat. Hanya yang mencintai dan sanggup memberikan jiwa dan raga diri kepada filem sahaja yang mampu bertahan.

Semasa saya menghasilkan filem SAM, saya juga melakukan pelbagai kerja seorang diri seperti menulis skrip, mengarah,menyunting,skor musik, dan kesan khas visual. Ramai yang bertanyakan "kenapa perlu melakukan pelbagai kerja sekaligus dan memenatkan diri, padahal kebanyakan pengarah diluar hanya melakukan satu kerja sahaja?" Jawapan saya mudah, saya melakukan semua ini kerana itulah yang diajar sejak kecil lagi oleh papa dan abang saya. Biarlah jalannya susah dan berliku asalkan kita dapat menguasai pelbagi aspek dan ilmu dalam pembikinan filem untuk menghasilkan yang terbaik.

Kejayaan Syamsul telah membakar semangat dan memberikan motivasi bagi saya untuk lebih bersungguh-sungguh dalam berkarya. Abang saya memulakan karier sebagai pengarah pada usia 19 tahun(mengarah drama) dan mengarahkan filem pertamanya, Evolusi KL Drift pada usia 23 tahun. Pelbagai anugerah telah dimenanginya dalam usia muda. Mampukah saya mencapai kejayaan sepertinya? .


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121014/hi_02/Kemenangan-syamsul-membakar-semangat#ixzz29KbEqqhT
© Utusan Melayu (M) Bhd 
www.tips-fb.com

Nilai Apek Mencecah 3 Juta.. Bakal Pemain Tempatan Termahal..!!

salam penulisan... nah hari aku sajikan dengan berita semasa tentang dunia bola sepak tanah air.. Sempena dengan kehangatan kempen Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan pertembungan antara dua gergasi bola sepak tanah air Kelantan Mnentang Angkatan Tentera Malaysia(ATM)... ceritanya sekarang penjaga gol pasukan the red giant Khairul Fahmi Che Mat ditawarkan RM3Juta untuk perpindahan pasukan termasuk RM800,000 untuk menebus kontraknya bersama pasukan kelantan yang masih berbaki selama 3 tahun... ikuti berita lanjut sumber dri harian metro...



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC. 
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya
www.tips-fb.com

Sunday, October 14, 2012

Semut Punya Cerita....

tengah lepak-lepak dengan member aku nih sambil  melayan twitter... macam2 benda dok sembang kat twitter nih.. tetiba muncul lah satu topik yang nak kata menarik ke tidak aku pon tak tahu.... persoalan yang ditimbulkan apa akan jadi kalau semut xde di dunia ni... ada effect x eh?? aku rasa cam di luar pemikiran jer persoalan tu... tetiba rasa nak update blog ni dengan fakta-fakta tentang semu sikit.... check it out....



1. Semua mempunyai 6 kaki, setiap dengan 3 sambungan kepadanya.

2. Hampir 13,000 spesis semut yang berbeza terdapat dalam dunia ini yang dapat dikelasifikasikan walau pun para saintis berpendapat ada lebih 20,000 spesis semut semuanya.

3. Semut menggunakan antenanya untuk menyentuh sesuatu, namun antena mereka juga merupakan deria sesentuh dan rasa mereka.

4. Jangkahayat semut biasanya antara 40-60 hari.

5. Semua juga “berperang” sesama mereka dan berperang dalam skala yang besar. Peperangan biasanya melibat keseluruhan satu koloni semut dengan koloni-koloni yang lain yang menyebabkan bilangan kematian semut mencecah jutaan semut.

6. Semut Amazon kadang-kadang digelar “Semut Lanun” atau “Semut Pengambil Hamba” kerana mereka dikatakan menyerang sesebuah koloni semut lain dan mengambil semut yang tewas sebagai hamba untuk dijadikan “semut pekerja” dalam membina sarang dan juga dalam mencari makanan untuk mereka.

7. Koloni semut terbesar di dunia dibina oleh “Semut Argentina”. Koloni mereka menjangkaui jarak beratus batu (atau kilometer) dan terdiri daripada beratus-ratus jalinan dan susunan sarang semut yang berbeza.

8. Secara amnya semut yang kita temui di dalam rumah atau kawasan rumah kita ada jenis “semut tukang rumah”. Merka menggemari tempat-tempat yang lembap seperti kayu atau papan dinding rumah yang lembap untuk diduduki biasanya setelah hujan.

9. Sebagaimana para saintis telah mengkaji dan mendapati sesebuah koloni semut hanya diperintah oleh seekor “Ratu Semut” sahaja, dan tidak pernah ada dalam penyelidikan menunjukkan lebih daripada satu “ratu semut” yang memerintah.

10. Sesetengah spesis semut didapati membela serangga-serangga yang lain, sama seperti manusia membela haiwan lain seperti ayam dan lembu. Sangat jarang serangga belaan ini dibunuh untuk dijadikan makanan mereka. Kebanyakan haiwan belaan ini digunakan untuk mencari dan membawa pulang makanan untuk mereka.

Beberapa ayat al-quran dan hadis mengenai semut....

“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS. An Naml: 17-18)

_____________________________________________________________

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali ‘Imran: 190-191)



sekian sahaja sedikit fakta mengenai semut untuk bacaan anda semua.... jumpa lagi dengan fakta mengenai binatang lain pulak lepas ni... haha... 
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...