Menu

Monday, October 15, 2012

INFO AES..!! HANGAT UNTUNG RM700 JUTA SETAHUN..!! fuhh


KUALA LUMPUR, 14 Okt — by @tiewnama..
DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan
menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi,
dan bakal membebankan rakyat negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara,
syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd –
mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan
daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.

"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi
akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama,
RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga –
jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun,"

Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi,
daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut
menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama,
untuk setiap lima juta saman pertama,
RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.

Bagi peringkat kedua pembayaran,
sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus,
iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.

Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya,
dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik
telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES
pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan
kerap berlakunya kemalangan.

"Selain daripada keuntungan RM700 juta setahun,
terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang
didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.

"Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang
didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera
yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi.

Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan
harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan
soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.

"Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia
berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni
Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.

 "DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta
sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi.

www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...