Menu

Thursday, February 24, 2011

keusahawanan part 2

sambungan kepada post mengenai bidang keusahawanan..
ramai masyarakat yang mula menyedari tentang peri pentingnya bidang ini pada zaman sekarang, namun boleh dikatakan lebih 50% daripadanya silap menceburkan diri ke dalam bidang atau menggunakan platform yang salah atau kurang tepat. Contohnya menjalankan perniagaan internet secara sistem affiliate yang hanya menggunakan website promosi untuk mendapatkan ahli baru tanpa memiliki sebarang produk. Hal yang demikian, atau lebih tepat lagi mengaut keuntungan atas angin. Program sebegini semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Program sebegini bukannya 100% salah cuma kurang berkesan dan susah untuk dipromosi kerana tidak mempunyai produk yang berbentuk fizikal. Hal ini kerana generasi masa kini kebanyakannya sudah mampu untuk berfikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu program. Kepada ahli yang menyertai program sebegini mungkin akan merasa tertipu kerana gagal mendapatkan sebarang pulangan dek kerana promosi yang dijalankan kurang berkesan dan gagal menarik minat pengguna untuk turut serta menyertai program tersebut.


Melihat bidang keusahawanan dalam kontek bangsa Melayu, seharusnya orang Melayu sudah mampu berfikir untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana Sabda Rasulullah S.A.W 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Tetapi mengapa saranan Baginda ini kurang mendapat perhatian masyarakat yang menganut Islam terutamanya Melayu tetapi lebih diambil perhatian oleh bangsa lain terutamanya Cina. Masyarakat Melayu seharusnya mengambil contoh teladan dripada bangsa Cina yang menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang utama dalam meningkatkan ekonomi mereka. Mengapa kita terkejarkan 1/20 dripada mengambil peluang menceburkan diri mencari 9/10 daripada rezeki di muka bumi ini.?


Memang tidak dinafikan bidang perniagaan semakin mendapat perhatian tetapi tidak secara menyeluruh. Ada yang seriusuntuk menceburkan diri tetapi tersalah memilih platform. Dalam satu kuliah yang saya sertai seorang pensyarah bertaraf Dr bertanyakan soalan kepa pelajar. Pada zaman sekarang mampukah masyarakat melayu berjaya dalam bidang perniagaan tanpa mendapat sokongan atau bantuan drpada bangsa lain?? ada pelajar yang menjawab ya dan tidak kurang yg mengatakan tidk.. pada saya masyarakat Melayu zaman sekarang sudah mampu mengorak langkah secara sendiri tanpa perlu bantuan dripada bangsa lain. Keyakinan ini saya semarakkan berdasarkan kesedaran masyarakat melayu masa kini tentang pentingnya bidang keusahawanan pada era globalisasi ini.

skian sahaja coretan saya pada bahagian kali ini. sebarang komen dan cadangan sila tinggalkan di sini.
P/S: artikel ini hanyalah idea dan pandangan peribadi penulis. tiada niat sedikitpon untuk penulis memainkan sentimen perkauman dan isu sensitif lain. sekian. www.tips-fb.com

Sunday, February 20, 2011

keusahawanan bidang tumpuan masa kini...

bila bercakap tentang keusahawanan pada zaman skarang boleh dikatakan semua golongan dan generasi terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang ini...

di mana-mana institusi pengajian terutamanya para mahasiswa sibuk membincangkan mengenai perniagaan, bisnes dan bidang-bidang keusahawanan secara langsung ataupun tidak..
bukan itu sahaja merujuk kepada satu situasi pilihanraya MPP di salah sebuah IPTA terkemuka tanah air, calon- calon pilihanraya menyelitkan perihal meningkatkan program dalam bidang keusahawanan dalam kalangan mahasiswa sebagai salah satu manifesto mereka bagi menarik undi... memang tidak dinafikan bidang keusahawanan amat penting sebagai salah satu bidang untuk menjana pendapatan sampingan dalam kalangan masayarakat di Malaysia. walaubagaimanapun tidak semua masyarakat sedardan bijak memilih perniagaan yang bakal dan akan dijalankan menyebabkan kebanyakannya tersalah memilih program yang bukan dapat menjana keuntungan tetapi hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu sahaja.

P/S: xdak idea dah.. nntikan post seterusnya tentang biz2 terkini serta konsep2 sesuatu biz www.tips-fb.com

Tuesday, February 8, 2011

Krisis Mesir.. Coretan Kisah Nasib Pelajar/Rakyat Malaysia...





pada post kali ini saya kongsikan sedikit bingkisan kisah dan cerita mengenai pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas dalam krisis politik di Mesir.
Setelah beberapa hari terputus hubungan dengan dunia luar kerana talian telefon dan internet disekat oleh kerajaan Mesir. Kini pelajar dan rakyat Malaysia di sana sudah boleh mengakses internet dan menggunakan talian telefon seperti biasa.

mengenai isu ini beberapa pelajar Malaysia di sana telah ditemubual oleh penulis melalui talian telefon dan laman sosial facebook. keadaan mereka di sana tak ubah seperti di zaman darurat berikutan dengan arahan perintah berkurung oleh kerajaan tempatan. Bekalan makanan yang terpaksa dicatu kerana kekurangan bekalan mereka terpaksa mengikat perut dan mengubah rutin makan di sana. selain itu, pelajar di sana turut hidup dalam ketakutan dan bimbang menjadi mangsa jenayah kerana tiada kawalan keselamatan oleh pOlis Mesir ditambah pula dengan banduan yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan penduduk. Dalam satu sesi temubual pendek bersama seorang pelajar Universiti Ainsham mengadu kelaparan kerana catuan makanan. Namun keadaan seua pelajar masih terkawal. menurutnya lagi, orang tempatan juga pelik dengan kewujudan Pelajar Malaysia yang masih berada di negara itu kerana kebanyakan negara seperti Indonesia/Thailandsudah membawa keluar semua rakyat mereka sejak dari awal lagi. Hanya Malaysia sahaja yang belum mengambil tindakan atas situasi di negara bergolak itu walaupun rusuhan telah berlaku selama lebih kurang seminggu. Penduduk tempatan juga memaklumkan kepada pelajar tentang kemungkinan beberapa kawasan sekitar negara itu akan dibom pada bila-bila masa sahaja tetapi dibatalkan kerana masih terdapat rakyat negara luar di situ.


Dalam perkembangan awal daripada kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri misi bantuan ke Mesir akan digerakkan. namun, kenyataan beliau telah mendapat reaksi hangat daripada semua pihak. Beliau sempat berkata kerajaan akan menghantar kapal laut ke negara bergolak itu bagi memulakan misi memindahkan pelajar/rakyat Malaysia di negara bergolak itu. Katanya lagi, kerajaan sedang menimbangkan untuk menghantar kapal udara kerana kapasiti kapal udara yang hanya mampu membawa penumpang pada tahap yang minimum selain kerajaan mahu MENJIMATKAN KOS?!


ini bukan soal wang ringgit tetapi nyawa lebih 11000 rakyat Malaysia di Mesir. Memang tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia merupakan antara yag teramai di negara bergolak itu jika dibandingkan dengan negara2 lain. tetapi kita juga perlu menimbang dengan keadaan rakyat kita disana. mungkin terdapat ibu yang sarat mengandung yang terpaksa menghadapi situasi bergolak di negara tersebut.
Setelah pasukan tentera Malaysia yang terlibat dengan misi tersebut berlepas AirAsia dan Malaysia Airline mengambil inisiatif untuk menghantar pesawat ihsan bagi membantu misi tersebut. Rata-rata pelajar/rakyat Malaysia di sana amat kesal dengan tindakan lambat yang diambil kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini.

Lebih-lebih lagi pada awalnya maklumat yang diperoleh bahawa hanya kos pemindahan ke Jeddah dan kos sara hidup sepanjang di Jeddah serta 500-600 org yang menaiki KD Bunga Emas ke Malaysia sahaja yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Kos penerbangan balik ke Malaysia dan Cairo dari Jeddah ditanggung sendiri oleh pelajar.
hal ini menambahkan lagi keresahan pelajar. Mereka bukan sahaja terkandas di Mesir. Persoalannya patutkah pelajar kita di sana dibiarkan dalam keadaan sebuah negara yang kacau bilau macam tu? kereta kebal bersusun di sepanjang jalan, penduduk di sana berkeliaran dengan membawa senjata seperti parang, kayu dan senjata api. Kenapa tindakan segera tidak dapat diambil untuk membawa pulang rakyat kita di sana sedangkan negara-negara lain sudah mula membawa pulang rakyat masing-masing sejak dari awal lagi?? Adakah kerajaan memikirkan bahawa adalah bahaya bagi Malaysia membawa pulang rakyatnya ke tanah air kerana kebanyakan rakyat di sana mempunyai fahaman politik berbeza ataupun dengan bahasa lebih mudah ramai yang menyokong pembangkang?

semasa artikel ini siap ditulis kerajaan dengan kelihatan sedikit kelam kabut telah menafikan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan tidak akan menanggung kos membawa pulang rakyat kita ke Malaysia. Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala kos dalam Operasi Piramid termasuk kos pengangkutan rakyat kita ke Malaysia dari Jeddah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan malaysia.

peristiwa ini seharusnya dijadikan iktibar oleh semua pihak untuk bertindak lebih cepat dan tepat dalam menangani isu nyawa dan keselamatan rakyat kita sepertimana yang diambil oleh negara lain seperti Indinesia dan Thailand. Jangan sampai semua pihak mula melenting dan menuding jari baru tindakan nak diambil. Seperti yang ditegaskan ini bukan soal wang ringgit tetapi nyawa rakyat kita yang kebanyakan merupakan aset bernilai kepada negara ini. Penulis bukan ingin mempolitikkan isu kemelut di Mesir ini tetapi hanya menulis berdasarkan sedikit kajian dan pandangan peribadi penulis. Semoga semua rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir dan Jeddah selamat kembali ke tanah air dan sentiasa dilindungi ilahi termasuklah rakyat kita yang mengambil keputusan untuk tidak meninggalkan Mesir. Diharapkan semua pihak dapat mengambil tindakan pantas jika keselamatan rakyat kita yang tidak meninggalkan Mesir terancam.

P/S: artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tiada niat langsung untuk mempolitikkan isu ini.


link2 terkini:::

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lebih5_000pelajarMesirakandihantarpulangdariJeddahsebelumAhad/Article


http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ www.tips-fb.com

Thursday, February 3, 2011

Krisis Politik Di Kaherah, Mesir.. Apa Nasib Pelajar/Rakyat Malaysia Di Sana?

Nantikan tulisan dan info ekslusif untuk anda.! www.tips-fb.com

Mulianya Insan Itu..

setelah sekian lama tidak menulis kini kembali lagi dengan satu cerita baru..
sekarang ni aq tgh cuti pertengahan semester 2...
masa nak balik ritu nak dijadikan cerita terjumpa la member2 skolah lama dalam bas n kt hentian duta dan bukit jalil..
katanya seorang cikgu SAINA tgh sakit n ditahan diwad...
aq pon terus bercadang untuk menyertai mereka melawat cikgu tersebut di hospital keesokkan harinya...

sangkaku keadan cikgu tidaklah teruk mana walaupun penyakit yang dialami ialah kanser kerana berada di tahap awal...
namun setelah tiba di hospital... sangkaanku sama sekali meleset...
sedih sungguh aq lihat tubuh itu.. yang dulunya tegap dan tabah mendidik anak bangsa...
kini hanya mampu terlantar di katil hospital...
bersabarlah wahai pendidik...
hadapilah ujian Allah ini dengan penuh kesabaran..
semoga Allah memberi sepenuh kekuatan kepadamu dan keluargamu untuk menghadapi ujianNya ini....
sayu sungguh hati ini apabila melihat cikgu merenung wajah anak2 muridnya tatkala itu...
kami faham cikgu...
kami akan sentiasa mendoakan cikgu agar cepat sembuh....


p/s..
Cikgu yang dimaksudkan ialah cikgu Khairuddin Bin Hashim. beliau menghidap penyakit kanser lidah. penyakit bermula pada bulan 6/2010 yang hanya dikesan sebagai ulser di lidah. setelah lebih kurang sebulan tidak sembuh sel lidah diambil untuk ujian makmal dan didapati telah dijangkiti kanser. pembedahan dilakukan bagi menggantikan lidah yang dijangkiti. setelah itu rawatan radioterapi dijalankan. namun memberi kesan kepada kepada tubuh cikgu. kini cikgu sedang berada dalam rawatan di Wad 6A(KENANGA) di Hospital Sultanah Bahiyah.

>> Kepada warga SUPERMASSIVE XII khasnya dan kepada warga SAINA/EX-SAINA yang mempunyai kelapangan silalah ringankan kaki anda melawat cikgu kerana lawatan kita mungkin memberi semangat kepada cikgu untuk melawan penyakitnya itu.

sama2lah kita berdoa agar Cikgu Khairudin Bin Hashim akan segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...