Menu

Tuesday, February 8, 2011

Krisis Mesir.. Coretan Kisah Nasib Pelajar/Rakyat Malaysia...





pada post kali ini saya kongsikan sedikit bingkisan kisah dan cerita mengenai pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas dalam krisis politik di Mesir.
Setelah beberapa hari terputus hubungan dengan dunia luar kerana talian telefon dan internet disekat oleh kerajaan Mesir. Kini pelajar dan rakyat Malaysia di sana sudah boleh mengakses internet dan menggunakan talian telefon seperti biasa.

mengenai isu ini beberapa pelajar Malaysia di sana telah ditemubual oleh penulis melalui talian telefon dan laman sosial facebook. keadaan mereka di sana tak ubah seperti di zaman darurat berikutan dengan arahan perintah berkurung oleh kerajaan tempatan. Bekalan makanan yang terpaksa dicatu kerana kekurangan bekalan mereka terpaksa mengikat perut dan mengubah rutin makan di sana. selain itu, pelajar di sana turut hidup dalam ketakutan dan bimbang menjadi mangsa jenayah kerana tiada kawalan keselamatan oleh pOlis Mesir ditambah pula dengan banduan yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan penduduk. Dalam satu sesi temubual pendek bersama seorang pelajar Universiti Ainsham mengadu kelaparan kerana catuan makanan. Namun keadaan seua pelajar masih terkawal. menurutnya lagi, orang tempatan juga pelik dengan kewujudan Pelajar Malaysia yang masih berada di negara itu kerana kebanyakan negara seperti Indonesia/Thailandsudah membawa keluar semua rakyat mereka sejak dari awal lagi. Hanya Malaysia sahaja yang belum mengambil tindakan atas situasi di negara bergolak itu walaupun rusuhan telah berlaku selama lebih kurang seminggu. Penduduk tempatan juga memaklumkan kepada pelajar tentang kemungkinan beberapa kawasan sekitar negara itu akan dibom pada bila-bila masa sahaja tetapi dibatalkan kerana masih terdapat rakyat negara luar di situ.


Dalam perkembangan awal daripada kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri misi bantuan ke Mesir akan digerakkan. namun, kenyataan beliau telah mendapat reaksi hangat daripada semua pihak. Beliau sempat berkata kerajaan akan menghantar kapal laut ke negara bergolak itu bagi memulakan misi memindahkan pelajar/rakyat Malaysia di negara bergolak itu. Katanya lagi, kerajaan sedang menimbangkan untuk menghantar kapal udara kerana kapasiti kapal udara yang hanya mampu membawa penumpang pada tahap yang minimum selain kerajaan mahu MENJIMATKAN KOS?!


ini bukan soal wang ringgit tetapi nyawa lebih 11000 rakyat Malaysia di Mesir. Memang tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia merupakan antara yag teramai di negara bergolak itu jika dibandingkan dengan negara2 lain. tetapi kita juga perlu menimbang dengan keadaan rakyat kita disana. mungkin terdapat ibu yang sarat mengandung yang terpaksa menghadapi situasi bergolak di negara tersebut.
Setelah pasukan tentera Malaysia yang terlibat dengan misi tersebut berlepas AirAsia dan Malaysia Airline mengambil inisiatif untuk menghantar pesawat ihsan bagi membantu misi tersebut. Rata-rata pelajar/rakyat Malaysia di sana amat kesal dengan tindakan lambat yang diambil kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini.

Lebih-lebih lagi pada awalnya maklumat yang diperoleh bahawa hanya kos pemindahan ke Jeddah dan kos sara hidup sepanjang di Jeddah serta 500-600 org yang menaiki KD Bunga Emas ke Malaysia sahaja yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Kos penerbangan balik ke Malaysia dan Cairo dari Jeddah ditanggung sendiri oleh pelajar.
hal ini menambahkan lagi keresahan pelajar. Mereka bukan sahaja terkandas di Mesir. Persoalannya patutkah pelajar kita di sana dibiarkan dalam keadaan sebuah negara yang kacau bilau macam tu? kereta kebal bersusun di sepanjang jalan, penduduk di sana berkeliaran dengan membawa senjata seperti parang, kayu dan senjata api. Kenapa tindakan segera tidak dapat diambil untuk membawa pulang rakyat kita di sana sedangkan negara-negara lain sudah mula membawa pulang rakyat masing-masing sejak dari awal lagi?? Adakah kerajaan memikirkan bahawa adalah bahaya bagi Malaysia membawa pulang rakyatnya ke tanah air kerana kebanyakan rakyat di sana mempunyai fahaman politik berbeza ataupun dengan bahasa lebih mudah ramai yang menyokong pembangkang?

semasa artikel ini siap ditulis kerajaan dengan kelihatan sedikit kelam kabut telah menafikan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan tidak akan menanggung kos membawa pulang rakyat kita ke Malaysia. Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala kos dalam Operasi Piramid termasuk kos pengangkutan rakyat kita ke Malaysia dari Jeddah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan malaysia.

peristiwa ini seharusnya dijadikan iktibar oleh semua pihak untuk bertindak lebih cepat dan tepat dalam menangani isu nyawa dan keselamatan rakyat kita sepertimana yang diambil oleh negara lain seperti Indinesia dan Thailand. Jangan sampai semua pihak mula melenting dan menuding jari baru tindakan nak diambil. Seperti yang ditegaskan ini bukan soal wang ringgit tetapi nyawa rakyat kita yang kebanyakan merupakan aset bernilai kepada negara ini. Penulis bukan ingin mempolitikkan isu kemelut di Mesir ini tetapi hanya menulis berdasarkan sedikit kajian dan pandangan peribadi penulis. Semoga semua rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir dan Jeddah selamat kembali ke tanah air dan sentiasa dilindungi ilahi termasuklah rakyat kita yang mengambil keputusan untuk tidak meninggalkan Mesir. Diharapkan semua pihak dapat mengambil tindakan pantas jika keselamatan rakyat kita yang tidak meninggalkan Mesir terancam.

P/S: artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tiada niat langsung untuk mempolitikkan isu ini.


link2 terkini:::

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lebih5_000pelajarMesirakandihantarpulangdariJeddahsebelumAhad/Article


http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...