Menu

Thursday, February 3, 2011

Mulianya Insan Itu..

setelah sekian lama tidak menulis kini kembali lagi dengan satu cerita baru..
sekarang ni aq tgh cuti pertengahan semester 2...
masa nak balik ritu nak dijadikan cerita terjumpa la member2 skolah lama dalam bas n kt hentian duta dan bukit jalil..
katanya seorang cikgu SAINA tgh sakit n ditahan diwad...
aq pon terus bercadang untuk menyertai mereka melawat cikgu tersebut di hospital keesokkan harinya...

sangkaku keadan cikgu tidaklah teruk mana walaupun penyakit yang dialami ialah kanser kerana berada di tahap awal...
namun setelah tiba di hospital... sangkaanku sama sekali meleset...
sedih sungguh aq lihat tubuh itu.. yang dulunya tegap dan tabah mendidik anak bangsa...
kini hanya mampu terlantar di katil hospital...
bersabarlah wahai pendidik...
hadapilah ujian Allah ini dengan penuh kesabaran..
semoga Allah memberi sepenuh kekuatan kepadamu dan keluargamu untuk menghadapi ujianNya ini....
sayu sungguh hati ini apabila melihat cikgu merenung wajah anak2 muridnya tatkala itu...
kami faham cikgu...
kami akan sentiasa mendoakan cikgu agar cepat sembuh....


p/s..
Cikgu yang dimaksudkan ialah cikgu Khairuddin Bin Hashim. beliau menghidap penyakit kanser lidah. penyakit bermula pada bulan 6/2010 yang hanya dikesan sebagai ulser di lidah. setelah lebih kurang sebulan tidak sembuh sel lidah diambil untuk ujian makmal dan didapati telah dijangkiti kanser. pembedahan dilakukan bagi menggantikan lidah yang dijangkiti. setelah itu rawatan radioterapi dijalankan. namun memberi kesan kepada kepada tubuh cikgu. kini cikgu sedang berada dalam rawatan di Wad 6A(KENANGA) di Hospital Sultanah Bahiyah.

>> Kepada warga SUPERMASSIVE XII khasnya dan kepada warga SAINA/EX-SAINA yang mempunyai kelapangan silalah ringankan kaki anda melawat cikgu kerana lawatan kita mungkin memberi semangat kepada cikgu untuk melawan penyakitnya itu.

sama2lah kita berdoa agar Cikgu Khairudin Bin Hashim akan segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...