Menu

Thursday, February 24, 2011

keusahawanan part 2

sambungan kepada post mengenai bidang keusahawanan..
ramai masyarakat yang mula menyedari tentang peri pentingnya bidang ini pada zaman sekarang, namun boleh dikatakan lebih 50% daripadanya silap menceburkan diri ke dalam bidang atau menggunakan platform yang salah atau kurang tepat. Contohnya menjalankan perniagaan internet secara sistem affiliate yang hanya menggunakan website promosi untuk mendapatkan ahli baru tanpa memiliki sebarang produk. Hal yang demikian, atau lebih tepat lagi mengaut keuntungan atas angin. Program sebegini semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Program sebegini bukannya 100% salah cuma kurang berkesan dan susah untuk dipromosi kerana tidak mempunyai produk yang berbentuk fizikal. Hal ini kerana generasi masa kini kebanyakannya sudah mampu untuk berfikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu program. Kepada ahli yang menyertai program sebegini mungkin akan merasa tertipu kerana gagal mendapatkan sebarang pulangan dek kerana promosi yang dijalankan kurang berkesan dan gagal menarik minat pengguna untuk turut serta menyertai program tersebut.


Melihat bidang keusahawanan dalam kontek bangsa Melayu, seharusnya orang Melayu sudah mampu berfikir untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana Sabda Rasulullah S.A.W 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Tetapi mengapa saranan Baginda ini kurang mendapat perhatian masyarakat yang menganut Islam terutamanya Melayu tetapi lebih diambil perhatian oleh bangsa lain terutamanya Cina. Masyarakat Melayu seharusnya mengambil contoh teladan dripada bangsa Cina yang menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang utama dalam meningkatkan ekonomi mereka. Mengapa kita terkejarkan 1/20 dripada mengambil peluang menceburkan diri mencari 9/10 daripada rezeki di muka bumi ini.?


Memang tidak dinafikan bidang perniagaan semakin mendapat perhatian tetapi tidak secara menyeluruh. Ada yang seriusuntuk menceburkan diri tetapi tersalah memilih platform. Dalam satu kuliah yang saya sertai seorang pensyarah bertaraf Dr bertanyakan soalan kepa pelajar. Pada zaman sekarang mampukah masyarakat melayu berjaya dalam bidang perniagaan tanpa mendapat sokongan atau bantuan drpada bangsa lain?? ada pelajar yang menjawab ya dan tidak kurang yg mengatakan tidk.. pada saya masyarakat Melayu zaman sekarang sudah mampu mengorak langkah secara sendiri tanpa perlu bantuan dripada bangsa lain. Keyakinan ini saya semarakkan berdasarkan kesedaran masyarakat melayu masa kini tentang pentingnya bidang keusahawanan pada era globalisasi ini.

skian sahaja coretan saya pada bahagian kali ini. sebarang komen dan cadangan sila tinggalkan di sini.
P/S: artikel ini hanyalah idea dan pandangan peribadi penulis. tiada niat sedikitpon untuk penulis memainkan sentimen perkauman dan isu sensitif lain. sekian. www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...