Menu

Thursday, March 3, 2011

2 Sifat Manusia Yang Perlu Kita Hindari...


::..Ketam..::

Kisah Ketam..
Cuba kita ambil 4 ekor ketam hidup.. letakkan ketam2 tersebut dalam sebuat bekas kecil yang sederhana tinggi. Setiap ekor ketam akan berusaha keluar daripada bekas tersebut. tetapi, akhirnya berapa ekor ketam yang dapat keluar.
jawapannya, tiada seekor ketam pon yang akan berjaya keluar kerana setiap kali seseekor ketam di dalam kotak tersebut naik ke atas ketam yang lain, ketam tersebut akan dipijak/ditarik oleh ketam yang lain yang juga ingin keluar begitulah berlakunya kepada keempat-empat ekor ketam. Mahukah kita jadi seperti ketam di dalam sebuah bekas tersebut? Jadi janganlah kita berperangai seperti ktam. Apabila nampak rakan/orang lain ingin berjaya kita berusaha untuk menjatuhkannya. kIta sepatutnya membantu dan memberi sokongan kepada mereka untuk terus mengorak langkah untuk terus maju kerana sedarlah kita bahawa apabila mereka berjaya mereka akan sedikit sebanyak dapat membantu kita atau paling kurang pon memberi inspirasi untuk kita turut sama berjaya.

::..Kerengga..::

Kisah Kerengga
Terdapat sepohon mangga yang sangat manis di tepi jalan. Seorang budak lelaki ternampak buah mangga tersebut yang sudah masak. Kebetulan pula di atas pohon mangga tersebut terdapat sekumpulang kerengga bersarang. Apabila saja budak lelaki itu ingin memetik buah mangga yang sudah masak tadi, si kerengga pon mula menggigit tangan budak lelaki tadi menandakan kerengga tersebut melarang atau marah budak lelaki yang cuba memetik buah mangga itu. Sedangkan buah mangga tersebut bukanlah makanan si kerengga. Apatah lagi kerengga bukannya memerlukan buah mangga tersebut untuk hidup kerana kerengga hanya tinggal di dalam daun2 pohon mangga itu sahaja.
Jadi, janganlah kita bersifat seperti kerengga tadi. Apabila nampak sahaja orang lain ingin memiliki sesuatu yang baik kita larang org tersbut untuk memilikinya. Janganlah kita enyimpan perasaan hasad dengki dalam diri kita.

Renung2kan Dan Selamat Beramal. www.tips-fb.com

2 comments:

wanz said...

nice story pakta.. btol tuu

Unknown said...

haha.. tq2..
mmg betul kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...