Menu

Tuesday, March 8, 2011

Realiti dunia kini!!


Salam penulisan..
Saya rasa saya baru sahaja mendapat satu identiti baru bagi blog ini. Pada post2 akan dating insyaALLAH saya akan selitkan serba sedikit mngenai isu-isu semasa sama ada di dalam mahupun di luar negara. Saya juga akan mengaitkan isu-isu tersebut dengan keadaan masyarakat negara ini dan juga bidang keusahawanan untuk memberi info kepada pengunjung khasnya kepada pelajar melayu dan bangsa lain secara amnya.

Pada kali ini saya suka menyentuh mengenai berita muka depan Metro Ahad bertarikh 06 Mac 2011 bertajuk Penunggu Awal Pagi. Di mana seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kafe siber di Penampang yang menawarkan khidmat perjudian sanggup membuat extra duty dengan menawarkan khidmat seks kepada kaki judi yang menang pertaruhan. Hal ini demikian kerana gadis tersebut inginkan pendapatan sampingan kerana gajinya sebagai pekerja di kafe siber tersebut tidak mencukupi.

Cerita di atas sudah cukup untuk membuktikan betapa masyarakat muda zaman sekarang memang memerlukan pendapatan sampingan yang tinggi bukan lagi semata-mata sebagai kehendak tetapi sebagai keperluan untuk meneruskan perjalanan hidup dengan meningkatnya kos sara hidup pada masa kini. Memang jelas golongan muda perlu segera mengaktifkan pelan B untuk backup plan. Berapa ramai lagi yang kita mahu lihat anak muda kita yang menggadaikan diri untuk mencari pendapatan sampingan. Pembaca sekalian, marilah kita bersama-sama memikirkan mengenai masalah ini. Jika terus dibiarkan begini masalah ini akan menjadi semakin serius dan sukar untuk dibendung lagi.

Selain itu, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengingatkan orang Melayu agar membuang tongkat dan cuba untuk berjalan dengan kaki sendiri. Tegas beliau “Kita kena ingat bila tiada lag Dasar Ekonomi Baru(DEB) atau kerajaan yang dipilih rakyat nanti tidak lagu bersimpati dengan kita, kita mesti boleh meneruskan kehidupan dan kekal dalam PERNIAGAAN.

Pandangan beliau ini perlu diambil serius oleh kaum Melayu kerana hal ini sangat penting bagi memajukan ekonomi masyarakat Melayu. Bidang perniagaan perlu diceburi oleh masyarakat kaum tersebut kerana mereka tidak boleh selama-lamanya berharap untuk hidup dengan ‘makan gaji’ semata-mata kerana ekonomi dunia masa kini tidak menentu. Harga barang semakin hari semakin meningkat. Kos sara hidup juga meningkat dari semasa ke semasa tanpa dapat dikawal.

Dalam satu jawapan Tun Dr M kepada majalah Al-Islam mengenai isu PERKIM yang dibangkitkan oleh kolumnis majalah tersebut Dr Mohd Ridhuan Tee beliau lebih menekankan pentingnya orang Islam menjadi orang yang Berjaya dari segi kehidupan, penguasaan ilmu, PERNIAGAAN san tingkah laku.

Persoalannya, mengapa dalam kebanyakan ulasan atau jawapan beliau dalam sesuatu isu yang melibatkan orang Islam atau/dan Melayu ada menekankan bidang perniagaan sebagai salah satu bidang yang dihighlight oleh beliau. Di sini jelas menunjukan beliau ingin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya masyarakat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Kalau kita lihat pada zaman Rasulullah dahulu pun Baginda S.A,W sendiri menjalankan aktiviti perniagaan bersama isterinya Saidatina Khadijah. Jadi memang tidak salah lagi, golongan muda terutamanya perlu segera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dalam ebntuk apa sekali pon sama ada secara kecil-kecilan atau sebaliknya. Ini kerana kita tidak boleh selamanya mengharapkan bantuan kerajaan sebagaimana yang ditekankan oleh Tun Dr M.

Walaubagaimanapon, dalam sabda Rasulullah S.A.W 9/10 rezeki itu dating dari perniagaan. Golongan yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini juga harus mempersiapkan diri sepenuhnya untuk bergelumang dengan dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Sekali terjatuh bangun semula dengan semangat dan nafas yang baru. Semoga artikel kali ini dapat menanamkan semangat kepada generasi baru untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Akhir kata, marilah bersama kita menuju ke angkasa kejayaan. HEBAT!
8/3/2011 12:55 AM www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...