Menu

Wednesday, March 15, 2017

Maybank Cardless Withdrawal - Pengeluaran Tanpa Kad MAYBANK.

Salam penulisan.
.
Ok. hari ni masuk kali kedua keluar rumah dengan condifen, naik kereta drive untuk nak poskan barang customer.
kEY POINT DIA SETAKAT NI DENGAN SANGAT CONDIFEN tu yang x tahan.
.
keluar dalam jam 3 suku, dan kena sampai sebelum postman datang collect barang untuk hari ni 
kat kedai akak kat summit tu.
Biasanya postman sampai jam 4 ptg.
.
dah lama gila tak buat postage ni.
so, plastik postage pun xde,
borang pun xde,
cop pengirim pun ntah ke mana
so nak kena tulis tangan.
perh malas gila.
.
sampai je kat summit tu. mati enjin kete
capai barang customer dengan handphone sebab details ada dalam hand phone
then cari beg duit xde.
.
hah sudah... habis nak bayar pakai apa sengal. (dalam hati)
masa tu jam dah 3.30.
huh.. problem betullah.
otak terus ligat untuk buat cardless withdrawal
maunya tak ligat kalau x sempat postage sebelum postman datang collect barang nak kena drive pergi batu caves. kesian kat customer je barang lambat sampai kalau tinggal gak kat kedai akak tu untuk next day item collection.
.
so, terus drive g kat Maybank SJ tu.
logn maybank2u dan request untuk buat Cardless Withdrawal
.

So, Nak share sikit macam mana nak buat cardless withdrawal ni.
.
Step Cardless Withdrawal MAYBANK
.
1. login maybank2u anda dan pergi bahagian transfer.
2. dekat situ ada cardless withdrawal. Ada 2 jenis. Open Cardless Withdrawal dan favourite Cardless Withdrawal.  So, kalau dah st favourite amek je favourite. kalau belum amek open.
3.  pastu nak kena masukkan no fon orang yang kita nak send duit tu.  Kalau nak send kat diri sendiri masuk je no fon kita. No Fon ni nanti maybank akan hantar code 16 digit untuk kita nak request withdraw dekat ATM machine tu.
4.  Dah siap buat tu kita akan terima 2 sms dan penerima akan terima 1 sms.
.

.
Cara Penerima nak keluar duit di ATM tanpa kad.
.
1. Pergi ke ATM Maybank. maybank sahaja taw. ATM lain tak boleh.
2. tekan je butang apa2. kad xde kan? kau tekan je butang apa2. jangan berdiri dengan harapan machine akan kenalpasti kau secara automatik kat situ. kang tak pasal2 kena luku kepala dengan orang yang beratur kat belakang kau. hehe

3. Pilih Bahasa then pilih pengeluaran tanpa kad atau cardless withdrawal.
4. Masukkan 16 digit yang maybank end kat phone kau tadi.
5. Masukkan 6 digit kod yang sender hantar kat kau.
(RUJUK GAMBAR2 KAT BAWAH)
.
.



>> INI SMS YANG PENERIMA AKAN TERIMA DARIPADA MAYBANK<<
SMS INI ADA 16 DIGIT ID TRANSAKSI YANG PENERIMA KENA MASUK DI MACHINE



>>INI SMS YANG PENGIRIM KENA HANTAR/FORWARD KE PENERIMA<<
SMS NI ADA CODE 6 DIGIT YANG PENERIMA KENA MASUKKAN DI MACHINE


Bila Penerima dah dapat cash dalam tangan. Pengirim akan terima SMS bagitaw duit dah keluar dan dah ditolak daripada akaun.
.
>>INI CONTOH SMS TRANSAKSI BERJAYA<<


nOtA kAKi
.
1. Maximum cardless withdrawal RM300
2. Ada 3 pilihan sahaja untuk amount iaitu RM100, RM200 & RM300

Phone & bag duit mana lagi penting??
bagi aku bag duit tertinggal tak apa lagi kalau phone tertinggal WAJIB patah balik ambil. hehe
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...