Menu

Thursday, December 13, 2012

Live Streaming AFF SUZUKI CUP 2012. Malaysia VS thailand..!!

Salam penulisan.
Tepat jam 8.00 malam ini (waktu Malaysia) bermulalah perjuangan Pasukan HARIMAU MALAYA menentang pasukan gajah. Perlawanan malam ini yang berlangsung di Bangkok merupakan penentuan kepada kedua-dua pasukan sama ada layak atau tidak untuk terus mara ke peringkat akhir kejohanan dwitahunan ini. Pasukan yang berjaya mara akan bertemu dengan skuad singa di pentas akhir Piala AFF Suzuki 2012 ini.

Walaupun menerima layanan yang tidak begitu ramah daripada tuan rumah, namun skuad kendalian Datuk K Rajagopal sudah tentu menjadikan perkara tersebut sebagai pemangkin semangat mereka untuk memenangi perlawanan malam ini. Datuk K Rajagopal telah menggunakan sebaik mungkin masa untuk sesi latihan di  Stadium Dhebhasadin. 

Pada ketika ini pasukan Gajah memiliki kelebihan satu jaringan di tempat lawan setelh keputusan pada separuh akhir pertama menunjukkan mereka berjaya mengikat Harimau dengan kedudukan 1-1.

Diharapkan dengan sokongan dan kekuatan pasukan Harimau Malaya, kejayaan bakal dicipta pada malam ini untuk melayakkan pasukan Harimau melangkah ke peringkat akhir bertemu Singapura.




JANGAN GENTAR! Itu amanat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal kepada barisan pemain Harimau Malaya menjelang pertembungan getir menentang Thailand bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2012, malam ini.
Atas kertas, skuad kebangsaan berdepan misi mencabar untuk menggapai tiket ke final dalam usaha mempertahankan kejuaraan dimenangi di Jakarta, dua tahun lalu selepas sekadar seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan bahaya kerana Thailand yang dikendalikan Winfried Schafer hanya memerlukan keputusan seri 0-0 untuk mara ke final buat kali keenam dengan mengambil kira format gol di tempat lawan.
Namun tidak mustahil untuk anak buah Rajagobal mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan itu di Stadium Supachalasai yang bakal dipenuhi 20,000 penyokong kerana kemenangan 1-0 sudah cukup buat melangkah ke final.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain. Kami tidak perlu gentar kerana kami mempunyai pengalaman berdepan situasi seperti ini sebelum ini. Pemain saya akan menunjukkan karektor sebenar pada perlawanan ini, kami mahu menang dan melangkah ke final,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.
Biarpun persiapannya terjejas berikutan layanan buruk tuan rumah yang menyediakan padang latihan seperti sawah padi kelmarin, Rajagobal tetap positif mampu merancang strategi ampuh untuk menyingkirkan juara tiga kali, Thailand dari kejohanan dwitahunan ini.

Tempoh sejam latihan rasmi Harimau Malaya di Stadium Dhebhasadin, semalam digunakan sebaik-baiknya oleh pengendali berusia 56 tahun itu memperkemaskan taktikal dan menilai pemain.
“Kami menjangkakan persiapan berjalan lancar apabila tiba di Bangkok tapi sebaliknya yang berlaku, mana-mana jurulatih pasti kecewa dengan perkara ini. “Kami akan melakukan apa yang perlu dalam latihan hari ini (semalam) bagi persiapan menentang Thailand,” katanya yang membuat sentuhan magis ketika membimbing Harimau Malaya menjulang kejuaraan pada 2010.






www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...