Menu

Wednesday, December 19, 2012

Bapa dera anak dihadap ke mahkamah..!!(video)

Bapa dera anak tiri dihadap ke mahkamah selepas video penderaan itu diupload ke laman sosial. 


SHAH ALAM: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru, telah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakawa Raya (DPP), Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang, Supt Jani Ahmad berkata kertas siasatan itu akan diserahkan bagi mendapatkan nasihat dan keputusan daripada timbalan pendakwa raya bagi menentukan tindakan susulan. 
Beliau berkata demikian kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang. 
Jani berkata mangsa didera itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...