Menu

Monday, December 17, 2012

Kau Ilhamku..

dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi terdengar lagu ni yang pernah aku nyanyikan dalam persembahan masa dinner batch 4 tahun lepas.. teringat zaman2 dulu.. hehe..


Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

aku sangat sukakan suasan pada malam tersebut. Majlis makan malam dalam dewan besar, disertai dengan background music yang kena dalam setiap acara, paling x dapat lupa masa upacara potong kek, masa kek dibawa masuk tu, lain macam jer rasanya... ingat lagi mata Cikgu Matematik Tambahan aku yang turut naik ke pentas nyanyi ramai2 tapi bukan lagu ni la.. nampak mata beliau berkaca menahan sebak mungkin sedih bila mengenangkan kami akan meninggalkan sekolah lepas tu.. hehe..

aku mengharapkan satu lagi majlis umpama ini dengan batch aku.. insyaAllah aku akan usahakan suatu hari nanti..

itu cerita dulu.. ini cerita sekarang...

sekarang in aku akan jadikan setiap cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan hidup ini sebagai ilham untuk aku teruskan perjuangan. biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak buat, biarlah mereka dengan hidup dan cara mereka, kerana aku sentiasa akan berpegang dengan kata-kata mentor aku iaitu PP azahar bahawa tidak akan jadi kudis pon kalau dengan kata-kata buruk orang. Kalau jadi apa2 yang buruk dekat diri aku suatu hri nanti bukannya orang2 yang kata-kata kat aku nih yang akan tolong aku, kalau aku berjaya pon untuk diri aku dengan keluarga aku jugak, kalau aku ikut dan layan apa diorang kata pon x dapat pape.. so, korang semua ilham kepada aku untuk terus mengejar kejayaan. terima kasih semua.


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...