Menu

Tuesday, May 24, 2011

Mari Belajar Sejarah Dunia::> Apa itu Chapter IV? apa kesannya terhadap kejatuhan matawang Iraq...

Saya kira ramai yang senantiasa tertanya-tanya,apakah itu Chapter VII yang seringkali disebut-sebut dalam kebanyakan forum dan blog,selain pemegang dinar yang “advanced” dalam pemahaman mereka terhadap dinar Iraq.

Ketika saya menulis artikel ini,ianya diambil daripada banyak sumber terutamanya sumber-sumber sejarah masalalu selain dasar dan polisi Amerika Syarikat yang boleh didapati aksesnya secara mudah melalui internet.Namun,saya kira sebahagian besar daripada kita tidak suka untuk membaca tulisan-tulisan tersebut memandangkan ianya boleh dikategorikan sebagai tulisan Inggeris tahap tinggi,penuh dengan istilah-istilah yang advanced dan tersirat.Mungkin masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan google translate,namun struktur ayat akhirnya menjadi berterabur dan lagi sukar untuk difahami.



Oleh itu,saya mengambil tanggungjawab menulis kembali kebanyakan artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.Saya berkata demikian adalah kerana anda mungkin menyangka mereka yang berpendidikan tinggi dan bergaji selesa sahaja yang menyimpan dinar.Realitinya tidak sebegitu.Sebenarnya,ramai daripada pembeli kami adalah mereka yang tinggal di kampung, bekerja sawah,menoreh getah dan menternak itik ayam.Malah apa yang saya boleh katakan,mereka ini lebih banyak melabur daripada kita yang kononnya serba moden di bandar.Selain itu,di kampung Abe Dinar di Besut sendiri,sehinggakan ada satu forum kedai kopi di kalangan pemegang dinar hampir setiap hari.



Baiklah,berbalik kepada persoalan asas kita sebentar tadi,apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Chapter VII itu?Mungkin kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu nanti timbullah perkataan “BAB 7” pula.



Chapter VII adalah satu polisi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat di mana kuasanya diletakkan di bawah Majlis Keselamatan PBB.Kuasa yang diberikan ke atas Majlis ini adalah untuk membentuk operasi pengaman antarabangsa,mengenakan hukuman ke atas sesebuah negara dan memberikan kelulusan terhadap sebarang tindakan ketenteraan kepada sesebuah negara.



Secara umumnya,terdapat 15 wakil Majlis Keselamatan,di mana lima daripadanya adalah wakil tetap yang mempunyai kuasa veto iaitu China,Peranchis,Rusia,Britain dan Amerika Syarikat.Baki sepuluh lagi ahli majlis adalah tidak tetap dan dipilih setiap dua tahun sekali.Untuk rekod,lima negara kuasa veto dipilih daripada mereka yang memenangi Perang Dunia Kedua dahulu.Untuk rekod juga,Presiden Majlis Keselamatan PBB pada masa sekarang adalah wakil Colombia, Nestor Osorio Londono.



Sesuai dengan objektifnya penubuhannya untuk mewujudkan keamanan di seluruh pelusuk jagat raya selain mengelakkan perang,PBB mewujudkan Bab Tujuh ini dengan tujuan mengelakkan mana-mana negara anggota menyerang negara anggota yang lain.



Dalam Bab Tujuh , Dewan mempunyai kuasa yang lebih luas untuk memutuskan apa tindakan yang harus diambil dalam situasi yang melibatkan "ancaman bagi keamanan, pelanggaran keamanan, atau tindakan pencerobohan". Dalam situasi seperti itu, Dewan tidak terhad kepada cadangan tetapi boleh mengambil tindakan, termasuk penggunaan kekuatan bersenjata "untuk memelihara atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa". Ini adalah dasar undang-undang untuk PBB tindakan bersenjata di Korea pada tahun 1950 selama Perang Korea dan penggunaan pasukan koalisi di Iraq dan Kuwait pada tahun 1991. Keputusan diambil berdasarkan Bab Tujuh, seperti sekatan ekonomi , yang mengikat ahli PBB.



Saranan yang dibiasanya dibuat dalam Bab Tujuh adalah seperti berikut:

  • Menyiasat setiap situasi yang mengancam keamanan antarabangsa;
  • Mengesyorkan prosedur untuk menyelesaikan pertikaian secara damai;
  • Meminta negara-negara anggota lain untuk sepenuhnya atau sebahagian memutuskan hubungan ekonomi serta laut, udara, pos, dan komunikasi radio, atau untuk memutuskan hubungan diplomatik;
  • Menegakkan keputusan ketenteraan, atau dengan cara apapun yang diperlukan
  • Elakkan konflik dan mengekalkan tumpuan pada kerjasama.



Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Chapter VII ke atas Iraq:

Resolusi Majlis Keselamatan Nombor 660 dibuat pada tarikh 2 Ogos 1990,selepas bersidang mengenai kepekaan majlis terhadap pencerobohan Iraq ke atas negara berdaulat Kuwait,di mana Iraq dan Kuwait kedua-duanya adalah negara anggota PBB.



Melalui resolusi tersebut,Majlis mengutuk keras serangan Iraq ke atas Kuwait dan mendesak Iraq untuk segera keluar daripada Kuwait tanpa syarat.



Yaman akhirnya menjadi wakil ke Persidangan Majlis Keselamatan PBB dalam krisis Iraq-Kuwait tersebut sebagai mewakili benua Arab.Kedua belah pihak juga berterima kasih ke atas Liga Arab yang menunjukkan sokongan penuh dalam proses damai tersebut.



Pun begitu,sehari sebelumnya di Jeddah,pertemuan kedua belah pihak menuju jalan buntu.Oleh itu,dewan memutuskan untuk mengadakan pertemuan lanjut secepat mungkin bagi menemui jalan penyelesaian.

Ketika hari pengundian yakni 2 Ogos 1990,daripada 15 wakil dalam Majlis Keselamatan,14 mengundi untuk menyokong Resolusi 660,di mana satu negara iaitu Yaman (wakil Arab) gagal hadir dalam majlis tersebut.Apa yang menariknya juga dalam resolusi ini,Malaysia adalah salah sebuah negara yang terlibat dalam majlis sebagai anggota lantikan dan turut menyokong Resolusi 660 ke atas Iraq (Tan Sri Razali Ismail,Pengerusi Majlis Keselamatan 1990).



(nota: tidak diketahui samada Tan Sri Razali masih hidup ataupun tidak,tetapi jika hidup mungkin beliau antara orang yang terbaik yang boleh bercakap mengenai perkara ini.)

Rentetan daripada Resolusi 660,empat hari kemudiannya iaitu pada tanggal 6 Ogos 1990 pula satu lagi resolusi dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan yang dikenali sebagai Resolusi 661.Sidang ini diadakan setelah Iraq enggan tunduk ke atas arahan Majlis Keselamatan PBB tersebut untuk segera keluar daripada Kuwait tanpa syarat.Justeru,sidang tergempar diadakan bagi mengenakan tindakan lanjut ke atas Iraq selain membantu Kuwait dalam hak membela kedaulatan negara mereka.



Hasil mesyuarat itu telah menetapkan beberapa keputusan terhadap Iraq iaitu:

  • Menyekat segala bentuk import makanan ke atas Iraq dan Kuwait
  • Menyekat kegiatan eksport Iraq dan Kuwait ke luar negara,selain menyekat segala bentuk promosi eksport oleh warganegara mereka,serta menyekat masuk dana ke dalam Iraq dan Kuwait yang berkaitan dengan eksport-import
  • Menyekat penjualan senjata dan peralatan tentera kepada Iraq dan Kuwait. (pengecualian untuk kes bantuan kemanusiaan)

4. Menyekat bantuan dana luar ataupun sumber ekonomi dan kewangan kepada negara tersebut termasuklah untuk tujuan utiliti komersil,industri ataupun awam yang beroperasi dalam negara tersebut,kecuali bagi tujuan perubatan dan bantuan kemanusiaan.

Berdasarkan Resolusi 661 ini,seluruh dunia samada anggota PBB mahupun tidak harus mematuhi sekatan yang dikenakan ke atas Iraq dan Kuwait.(Kuwait di sini dimaksudkan ke atas pemerintahan Iraq di Kuwait,di mana kerajaan sah Kuwait akan dibantu oleh dunia bagi mengembalikan kedaulatan mereka).

Untuk rekod,Resolusi 661 diluluskan sebulat suara oleh 13 negara perwakilan kecuali wakil dari Yaman dan Cuba yang tidak hadir.



Seterusnya,satu lagi Resolusi dikeluarkan pada tarikh 9 Ogos 1990 yang dikenali sebagai Resolusi 662.Melalui resolusi terbabit,Majlis Keselamatan mendapati bahawa penaklukan Iraq ke atas Kuwait adalah tidak sah sama sekali walau dengan menggunakan apa cara sekalipun dan dianggap sebagai menyalahi undang-undang dunia.



Majlis Keselamatan seterusnya memanggil seluruh negara anggota PBB dan pertubuhan dunia bagi menyatakan ikrar mereka supaya tidak mengakui pendudukan Iraq ke atas Kuwait selain meminta seluruh negara supaya mengambil tindakan yang berhati-hati supaya tidak dianggap Iraq sebagai satu langkah mengiktiraf pendudukan mereka ke atas Kuwait.Majlis ini juga menggesa Iraq menjaga tingkahlaku mereka di Kuwait supaya tidak melanggar hak asasi sesebuah bangsa yang berdaulat di Kuwait.



Resolusi 664

Seterusnya,pada tanggal 18 Ogos 1990,Majlis Keselamatan PBB akhirnya meluluskan satu lagi resolusi yang diberi nama Resolusi 664,dengan disokong secara mutlak oleh 15 perwakilan.

Berdasarkan resolusi tersebut,Majlis mengingatkan sekali lagi kepada Iraq bahawa mereka sepatutnya tidak mengingkari undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui hasil daripada Chapter VII.



Oleh itu,Majlis menuntut Iraq supaya membenarkan dan memudahkan warganegara dunia ketiga yang berada di Iraq dan Kuwait untuk berlepas pulang ke negara mereka.Selain itu juga, Majlis menggesa Iraq membenarkan warganegara dunia ketiga untuk bertemu dengan konsulat diplomatik negara masing-masing.



Majlis juga memberi amaran kepada Iraq supaya tidak membahayakan keselamatan orang awam terutamanya rakyat Kuwait dan menegaskan kembali bahawa penaklukan Iraq adalah salah di sisi undang-undang.



Ketika pencerobohan Iraq di Kuwait,beribu-ribu warganegara asing berada di kedu-dua buah negara,dan Majlis Keselamatan PBB mengecam tindakan Iraq yang menjadikan warganegara asing sebagai “perisai manusia” di tempat-tempat yang strategik di seluruh Iraq dan Kuwait.



Resolusi 665 – Kemuncak Bab Tujuh ke atas Iraq

Pada tarikh 25 Ogos 1990,Majlis Keselamatan PBB akhirnya bersidang sekali lagi untuk memberikan kata putus kepada penaklukan Iraq terhadap Kuwait.Resolusi 665 yang melaksanakan sepenuhnya resolusi 660,661,662 dan 664 adalah kemuncak daripada segala resolusi yang pernah dibuat sebelum daripada ini.



Melalui persidangan tersebut,Majlis telah mengesahkan bahawa satu sekatan jalan laut telah dikenakan ke atas Iraq setelah terjadinya pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada 2 Ogos 1990.

Pada tarikh 6 Ogos 1990, selepas pencerobohan Iraq terhadap Kuwait, Majlis Keselamatan menggunapakai Resolusi 661 (1990) terhadap Iraq dengan mengenakan sekatan ekonomi , menyediakan penuh sekatan perdagangan , termasuk ubat-ubatan, makanan dan item lainnya dari keperluan kemanusiaan , yang ditentukan oleh jawatankuasa sekatan Majlis Keselamatan terlebih dahulu. Setelah diberi kebenaran sekatan laut, Majlis menjemput negara-negara anggota untuk bekerja sama dengan satu sama lain,dengan Staf Tentera Jawatankuasa , untuk memastikan pematuhan terhadap ketentuan Resolusi 661 (1990). Hal ini juga meminta Setiausaha-Agung untuk melaporkan kembali kepada Lembaga mengenai perkembangan situasi.



Untuk rekod,resolusi 665 diluluskan oleh 13 wakil Majlis Keselamatan di mana dua wakil tidak hadir iaitu Yaman dan Cuba .


dipetik daripada AnakRusa Nani www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...