Menu

Friday, November 19, 2010

..pENgOrbAnAn...

... salam..
hari raya korban..
seperti kebiasaan aq ke Masjid untuk sembahyang sunat hari raya...
ceritanya.. selesai mendengar khutbah.. aq lantas bangun untuk keluar meneruskan aktiviti hari rayaku..
namun langkah terhenti tatkala mataku terpandang satu wajah yang sudah lama tidak kulihat..
aq masih ingat wajah itu..
insan inilah yang membawaku ke tempat di mana aq berpijak sekarang..
dialah dulunya dengan sabar melayan kerenah dan kenakalanku..
masihku ingat tangannya yang seringkali mencubit tubuhku di kala aku melakukan kesalahan...
cincin batunya yang digunakan untuk mengetuk kepalaku tatkala kerja rumah gagal disiapkan...
lalu dengan yakin aq menghulurkan tanganku di pagi hari raya yang hening...
ingin saja aq memperkenalkan diriku kepadanya tatkala tangan kami berjabat salam..
namun lidahku kelu tak terkata ketika itu...
ingin saja aq menceritakan di mana aq berada sekrg
tentu dia berbangga denganku...
tangannya ditarik lalu dia melangkah pergi..
aq hanya melihat dia berlalu...

sesalanku ketika itu kerana gagal bersuara di hadapannya...

insan yang ku maksudkan ialah Guru Bahasa Inggerisku ketika sekolah rendah dulu
apapon.. aq berpuas hati kerana telah berjumpa dan berjabat tangan dengannya walaupon sekejap....
x terkira jasanya pada diri ini..
thank you sir...

dedicate 2... Sir Abd Rahim...
SKJ2 1998-2003 www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...