Menu

Saturday, September 21, 2013

Jalan ini pilihanku...

Salam Penulisan.

Dengan nama Allah yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.

Kehidupan masih diteruskan seperti biasa. Di dalam kampus yang aku sendiri pilih suatu masa dahulu, sedang meriah dengan acara tahunan ConvoFest yang ke-4. Tahniah kepada rakan-rakan-rakan seperjuangan yang bakal bergraduat.
Anda semua telah membuktikan bahawa anda seorang yang sangat HEBAT.!
Anda mampu melakukannya. Tahniah sekali lagi. Semoga majlis yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat Allah SWT.

Aku?? aku telah memilih jalanku. Jiwa kita berbeza walau ada yang sama. Aq mampu untuk teruskan. Bukan mahuku untuk tidak bersama kalian. Namun ini pilihanku. Ini pendirianku.
Hanya aq diriku dan penciptaku yang mengetahui di sebaliknya.

Harapanku agar kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya dalam setiap perkara yang kalian lakukan. Semoga kalian berjaya mengharungi segala cabaran kehidupan selepas ini. Kalian tidak akan pernah aku lupakan. Pahit manis kenangan kita sepanjang perkenalan akan tetap terpahat sebagai sebahagian memori dalam hidupku.

Doakan kesejahteraan dan kejayaanku. Maafkan kekurangan dan kesalahan diriku sepanjang perkenalan kita.

Sekian wassalam.

www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...