Menu

Saturday, July 13, 2013

Kisah Penoreh Getah vs Eksekutif Akaun...!!!

Salam penulisan.. Salam Ramadhan buat semua..

Sedang menelusuri dunia maya membaca cerita dan berita semasa terbaca sebuah perkongsian daripada seorang sahabat mengenai seorang penoreh getah yang menceburi dunia perniagaan alaf baru di ibu kota. Penoreh getah wanita beruia lingkungan 50-an tersebut dinamakan sebagai Mak Mah berasal dari mentakab dan oleh kerana minat dan kegemaran beliau yang suka berniaga kecil-kecilan di kampung. Rutin harian Mak Mah akan melakukan perniagaan kecil-kecilan di kampung, Biasanya Mak Mah akan menjual kuih muih, kain baju dan pelbagai barangan kecil lain.

Roy merupakan anak muda yang mempunyai perniagaan sendiri di ibu kota selalu memerhatikan Mak Mah. Disebabkan kesungguhan Mak Mah, Roy mengambil keputusan untuk menjemput Mak Mah menyertai beliau menjalankan perniagaan beliau tersebut di Ibu Kota. Mak Mah tanpa banyak bicara terus mengikut Roy dan menyertai perniagaan Roy.Setelah mengetahui Mak Mah menyertai Roy menjalankan perniagaan di ibu kota pelbagai kata-kata positif dan tidak kurang juga yang menyindir dan mengatakan yang Mak Mah telah ditipu oleh Roy dengan menyertai perniagaan tersebut.

Suatu hari Milah yang bekerja sebagai eksekutif di bandar bertemu dengan Mak Mah dan menyindir Mak Mah dan mengatakan Mak Mah telah ditipu dengan menyertai perniagaan tersebut. Lalu Mak Mah pun menjawab

Gambar Hiasan
      "Ok la jgk Milah kalo makcik kne tipu, sbb makcik pn belajar smpai darjah 6 je. Mmg normal la kalo kna tipu sbb belajar x tingggi. Tapi kamu yg belajar tinggi2 masuk universiti tp kje dgn syarikat2 besar pn kne tipu dpt 2 ribu lebih je sbln. Buat ape?"

Milah lalu berlalu pergi dengan perasaan marah dan tersinggung. Kata-kata Mak Mah membuatkan Milah berfikir sendirian. Beberapa bulan kemudian Mak Mah telah berjaya mendapat hasil yang lumayan berkat usaha dan kesabaran beliau. Mak Mah mengucapkan terima kasih kepada Roy kerana memperkenalkan peluang tersebut kepadanya dan Mak Mah berkata beliau akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai impian beliau untuk memberikan kesenangan dan keselesaan kepada anak-anaknya.





P/S: Begitulah kisah perjalanan seorang penoreh getah yang gigih berusaha dan mencapai impian beliau dengan tidak memikirkan apa kata orang.

1. Cerita di atas merupakan cerita realiti. Nama yang digunapakai adalah  nama samaran. Untuk mengenali siapa insan hebat bernama Mak Mah(nama samaran) ini sila tinggalkan komen anda. TQ
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...