Menu

Tuesday, January 8, 2013

Minda Anda "Minda Papa" Kah?




Minda Papa- Minda yang samada sedar atau tidak telah "merendahkan" kekuasaan Tuhan bila menyangka bahawa Tuhan seolah-olah "zalim" dan sengaja mahu kita hidup susah, hidup payah. Minda papa banyak bersangka buruk dengan Tuhan seolah-olah Tuhan tidak adil dan Tuhan tidak mampu merubah nasib seseorang, terutamanya bila mereka berkata "Nak buat macamana, dah takdir aku miskin atau dah takdir aku hidup susuah, sedangkan dia sendiri pun tidak mahu berusaha dengan ilmu, tidak mempunyai hubungan baik dengan Tuhan...

Dan mereka kononnya tidak mahu dunia kerana mahu akhirat sedangkan dunia adalah "jambatan" penentu akhirat seseorang. Dunia adalah tempat Tuhan berikan kita peluang untuk menjadi hamba yang terbaik kepadaNha dengan ibadah khusus dan amalan/perbuatan pengurusan dunia serta masyarakat kerana Islam bukan agama hanya sejadah atau duduk berzikir seumpama semua agama lain di dunia ini. Islam sepertimana yang telah ada di dalam Al-Quran & As-sunnah, ia meliputi kehidupan, kewangan, Pentadbiran, bisnes & zakat dan lain-lain yang semuanya adalah perbuatan yang boleh menjadi "Amalan" atau "Ibadah" di dunia untuk akhirat jika kita benar-benar faham dan lakukan dengan Niat yang betul untuk redhaNya, strategi yang betul dan mengharapkan result yang targetnya untuk kejayaan dunia akhirat.

Minda Papa adalah minda tersalah faham dan salah program. Tidak faham dan kenal Tuhan serta sifatnya & asma' Nya....... Inilah yang disukai oleh musuh Islam..... Kita terus Minda Papa sedangkan bila kita faham sebenar-benar maksud Doa Iftitah yang kita baca setiap kali solat 5 waktu, kita akan faham Maha Suci Tuhan dari sebarang kekurangan seperti yang ramai sangkakan, Dia boleh beri apa sahaja yang kita mahukan dan Dia suka hambaNya yang meminta-minta kepadaNya..... Bukan bila dah mati, tetapi bila masih hidup di dunia! 

Maksud Doa Iftitah:-
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Jika kita benar-benar faham ini, kita mesti BERANI untuk bina kehidupan, beramal, beribadah samada khusus atau sesama kita sebaik mungkin kerana semuanya adalah penentu akhirat kita dan redhaNya nanti! Berani untuk lebih mengenal Maha Pencipta kita serta Berani memanfaatkan peluang hidup yang diberiNya.

Minda Kaya adalah Minda yang yakin dengan kekuasaanNya dan tahu Dia boleh beri apa sahaja yang kita mahu dengan syarat kita mesti di suluh dan ada ilmu, iman dan perbuatan mengikut apa yang disukaiNya untuk mendapat redhaNya.

Ingatan ini untuk diri sendiri. Supaya berani buat terbaik di dunia ketika saat ini masih ada peluang untuk kejayaan di sana. Itu salah satu prinsip dalam Seminar Berani2013.com, walaupun ianya 100% Percuma ditaja oleh kami di Richworks Group Of Companies, tetapi Insya-Allah ianya penuh padat dengan ilmu & membantu kuasa tindakan anda nanti untuk lebih berjaya dunia dan di sana.

"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain" - maksud Hadith 

Wallahu A'lam - AzizanOsman.com-

page: Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...