Menu

Saturday, July 13, 2013

Kisah Penoreh Getah vs Eksekutif Akaun...!!!

Salam penulisan.. Salam Ramadhan buat semua..

Sedang menelusuri dunia maya membaca cerita dan berita semasa terbaca sebuah perkongsian daripada seorang sahabat mengenai seorang penoreh getah yang menceburi dunia perniagaan alaf baru di ibu kota. Penoreh getah wanita beruia lingkungan 50-an tersebut dinamakan sebagai Mak Mah berasal dari mentakab dan oleh kerana minat dan kegemaran beliau yang suka berniaga kecil-kecilan di kampung. Rutin harian Mak Mah akan melakukan perniagaan kecil-kecilan di kampung, Biasanya Mak Mah akan menjual kuih muih, kain baju dan pelbagai barangan kecil lain.

Roy merupakan anak muda yang mempunyai perniagaan sendiri di ibu kota selalu memerhatikan Mak Mah. Disebabkan kesungguhan Mak Mah, Roy mengambil keputusan untuk menjemput Mak Mah menyertai beliau menjalankan perniagaan beliau tersebut di Ibu Kota. Mak Mah tanpa banyak bicara terus mengikut Roy dan menyertai perniagaan Roy.Setelah mengetahui Mak Mah menyertai Roy menjalankan perniagaan di ibu kota pelbagai kata-kata positif dan tidak kurang juga yang menyindir dan mengatakan yang Mak Mah telah ditipu oleh Roy dengan menyertai perniagaan tersebut.

Suatu hari Milah yang bekerja sebagai eksekutif di bandar bertemu dengan Mak Mah dan menyindir Mak Mah dan mengatakan Mak Mah telah ditipu dengan menyertai perniagaan tersebut. Lalu Mak Mah pun menjawab

Gambar Hiasan
      "Ok la jgk Milah kalo makcik kne tipu, sbb makcik pn belajar smpai darjah 6 je. Mmg normal la kalo kna tipu sbb belajar x tingggi. Tapi kamu yg belajar tinggi2 masuk universiti tp kje dgn syarikat2 besar pn kne tipu dpt 2 ribu lebih je sbln. Buat ape?"

Milah lalu berlalu pergi dengan perasaan marah dan tersinggung. Kata-kata Mak Mah membuatkan Milah berfikir sendirian. Beberapa bulan kemudian Mak Mah telah berjaya mendapat hasil yang lumayan berkat usaha dan kesabaran beliau. Mak Mah mengucapkan terima kasih kepada Roy kerana memperkenalkan peluang tersebut kepadanya dan Mak Mah berkata beliau akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai impian beliau untuk memberikan kesenangan dan keselesaan kepada anak-anaknya.





P/S: Begitulah kisah perjalanan seorang penoreh getah yang gigih berusaha dan mencapai impian beliau dengan tidak memikirkan apa kata orang.

1. Cerita di atas merupakan cerita realiti. Nama yang digunapakai adalah  nama samaran. Untuk mengenali siapa insan hebat bernama Mak Mah(nama samaran) ini sila tinggalkan komen anda. TQ
www.tips-fb.com

Wednesday, June 26, 2013

Jom Transformasi Daripada BIASA kepada LUAR BIASA...!!!





Kepada sesiapa yang berminat nak sertai seminar HIDUP LUAR BIASA bersama Dr Azizan Osman. Jom sama-sama kita meriahkan seminar tersebut. Hubungi talian tersebut di dalam gambar segera sementara tempat masih ada. TQ
www.tips-fb.com

Sunday, June 23, 2013

Perdana Menteri Malaysia Isytihar Darurat di dua Kawasan..!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan darurat bagi Daerah Muar dan Ledang selepas IPU melebihi tahap bahaya 750 berkuatkuasa serta merta.

Pengisytiharan itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel hari ini selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

SUMBER: BERITA HARIAN
www.tips-fb.com

Saturday, June 15, 2013

Senarai Pelbagai Pautan Ebook UntuK Panduan Kita Bersama...!!

Disini saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa senarai produk ebook yang mungkin membantu anda sebagai panduan dalam kehidupan harian....! Selamat meng'explore'

MASAKAN/DAPUR



LAMAN SOSIAL/TARIK TRAFFIC/BLOG TWITTER/ONLINE BISNES

RAHSIA SUAMI ISTERI


P/S:>> NANTIKAN BANYAK LAGI PAUTAN MENARIK UNTUK ANDA TEROKAI DALAM POST SETERUSNYA NANTI.
www.tips-fb.com

Wednesday, January 23, 2013

Petanda Seseorang MeWARISI SAKA..!!


Petanda Seseorang Mempunyai Saka | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

PETANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA

Gejala waktu tidur

Susah tidur malam.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
Mimpi melihat budak kecil.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga

Selalu pening kepala.
Lalai mengingati Allah SWT
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan.
Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

Credit to::>> Harian Islam
www.tips-fb.com

Friday, January 11, 2013

Sport Car Murah...:

SOLD


sambung bayar.. deposit RM17K/nego
bulan2 RM800++

BAKI LOAN LAGI 2-3 TAHUN
HUBUNGI SAYA 019-4473419



www.tips-fb.com

Wednesday, January 9, 2013

Rebat telefon Pintar..!! Sudah Berjaya..!! Tahu Apa PUNCAnya???

aku pilih tidak sebelum ni. Masalahnya mmg aku takde guna pakej plan data. guna pon nokia torchlight jer. mana ada pakej plan data. maklumat kena benar. hadoi. tapi xper lah akhirnya dah berjaya jugak. ni slip aku.. hehe



www.tips-fb.com

REBAT telefon Pintar..!! Apa Masalahnya??

Masalahnya aku nak daftar untuk rebat tersebut tetapi laman webnya mengalami kesukaran untuk pendaftaran dah cuba daftar petang semalam 8/1/2013 5 kali jugak try isi borang online tetapi tak berjaya. Sabar lagi. Then, pagi ni try lagi pon masalah yang sama. Ada terbaca satu kenyataan akhbar yang kata sistem pendaftaran online tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan mampu menampung data pengguna dengan berkesan tapi apa yang terjadi sekarang??

KENYATAAN AKHBAR

percubaan pagi 9/1/2013

percubaan kedua 8/1/2013

percubaan ketiga 8/1/2013

percubaan pertama 8/1/2013

adakah anda juga mengalami masalah sama?? saya perlukan feedback belia tentang sistem ini. sila komen. sekian.

www.tips-fb.com

Tuesday, January 8, 2013

Minda Anda "Minda Papa" Kah?




Minda Papa- Minda yang samada sedar atau tidak telah "merendahkan" kekuasaan Tuhan bila menyangka bahawa Tuhan seolah-olah "zalim" dan sengaja mahu kita hidup susah, hidup payah. Minda papa banyak bersangka buruk dengan Tuhan seolah-olah Tuhan tidak adil dan Tuhan tidak mampu merubah nasib seseorang, terutamanya bila mereka berkata "Nak buat macamana, dah takdir aku miskin atau dah takdir aku hidup susuah, sedangkan dia sendiri pun tidak mahu berusaha dengan ilmu, tidak mempunyai hubungan baik dengan Tuhan...

Dan mereka kononnya tidak mahu dunia kerana mahu akhirat sedangkan dunia adalah "jambatan" penentu akhirat seseorang. Dunia adalah tempat Tuhan berikan kita peluang untuk menjadi hamba yang terbaik kepadaNha dengan ibadah khusus dan amalan/perbuatan pengurusan dunia serta masyarakat kerana Islam bukan agama hanya sejadah atau duduk berzikir seumpama semua agama lain di dunia ini. Islam sepertimana yang telah ada di dalam Al-Quran & As-sunnah, ia meliputi kehidupan, kewangan, Pentadbiran, bisnes & zakat dan lain-lain yang semuanya adalah perbuatan yang boleh menjadi "Amalan" atau "Ibadah" di dunia untuk akhirat jika kita benar-benar faham dan lakukan dengan Niat yang betul untuk redhaNya, strategi yang betul dan mengharapkan result yang targetnya untuk kejayaan dunia akhirat.

Minda Papa adalah minda tersalah faham dan salah program. Tidak faham dan kenal Tuhan serta sifatnya & asma' Nya....... Inilah yang disukai oleh musuh Islam..... Kita terus Minda Papa sedangkan bila kita faham sebenar-benar maksud Doa Iftitah yang kita baca setiap kali solat 5 waktu, kita akan faham Maha Suci Tuhan dari sebarang kekurangan seperti yang ramai sangkakan, Dia boleh beri apa sahaja yang kita mahukan dan Dia suka hambaNya yang meminta-minta kepadaNya..... Bukan bila dah mati, tetapi bila masih hidup di dunia! 

Maksud Doa Iftitah:-
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Jika kita benar-benar faham ini, kita mesti BERANI untuk bina kehidupan, beramal, beribadah samada khusus atau sesama kita sebaik mungkin kerana semuanya adalah penentu akhirat kita dan redhaNya nanti! Berani untuk lebih mengenal Maha Pencipta kita serta Berani memanfaatkan peluang hidup yang diberiNya.

Minda Kaya adalah Minda yang yakin dengan kekuasaanNya dan tahu Dia boleh beri apa sahaja yang kita mahu dengan syarat kita mesti di suluh dan ada ilmu, iman dan perbuatan mengikut apa yang disukaiNya untuk mendapat redhaNya.

Ingatan ini untuk diri sendiri. Supaya berani buat terbaik di dunia ketika saat ini masih ada peluang untuk kejayaan di sana. Itu salah satu prinsip dalam Seminar Berani2013.com, walaupun ianya 100% Percuma ditaja oleh kami di Richworks Group Of Companies, tetapi Insya-Allah ianya penuh padat dengan ilmu & membantu kuasa tindakan anda nanti untuk lebih berjaya dunia dan di sana.

"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain" - maksud Hadith 

Wallahu A'lam - AzizanOsman.com-

page: Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
www.tips-fb.com

Wednesday, January 2, 2013

Rebat telefon pintar..!! Tiada HAD HARGA!!

Mulai bulan januari 2013 belia berumur 21-30 tahun boleh menikmati rebat RM200 untuk pembelian telefon mudah alih pintar tanpa mengira had harga telefon tersebut. Sebelum ini rebat rm200 untuk telefon pintar hanya boleh dinikmati bagi telefon pintar berharga rm500 ke bawah sahaja. Terima Kasih kerajaan atas pemberian ini. Kerajaan memberi rakyat menerima. hehe





www.tips-fb.com

Wednesday, December 26, 2012

Info JPJ kpd Org Kena Saman AES...!!

BERIKUT MERUPAKAN MAKLUMAN DARIPADA JPJ KEPADA SEMUA SAMAN2 AES DAN KES2 YANG AKAN KE MAHKAMAH.



Jadi kepada semua OKS sila tunggu surat dripada JPJ untuk tarikh perbicaraan yang baru.
dan diharapkan agar kerajaan dan JPJ akan menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan wang kompaun yang dengan sukarela dibayar oleh orang awam atas kesalahan yang mereka lakukan kerana terbukti terdapat kesilapan teknikal dalam pelaksanaan sistem AES ini berikutan penangguhan semua kes di mahkamah. sekian.


kredit to::>> Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
www.tips-fb.com

Wednesday, December 19, 2012

Bapa dera anak dihadap ke mahkamah..!!(video)

Bapa dera anak tiri dihadap ke mahkamah selepas video penderaan itu diupload ke laman sosial. 


SHAH ALAM: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru, telah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakawa Raya (DPP), Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang, Supt Jani Ahmad berkata kertas siasatan itu akan diserahkan bagi mendapatkan nasihat dan keputusan daripada timbalan pendakwa raya bagi menentukan tindakan susulan. 
Beliau berkata demikian kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang. 
Jani berkata mangsa didera itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama


www.tips-fb.com

Seminar PERCUMA. Dr Azizan Osman.!

Ada tak sesapa yang nak ikut saya ke program BERANI2013 anjuran Dr Azizan Osman??
sila sms saya di nombor tertera nama penuh/no ic/no fon..
tempat terhad. 



www.tips-fb.com

status terkini dan sebenar rusuhan di Sg Petani..!!

Berikut merupakan printscreen daripada FB PDRM..
in shaa Allah xde pape yang buruk berlaku. Malaysia masih dalam keadaan aman damai dengan adanya pihak2 berkuasa yang bertanggungjawab. Jadi, bersama-samalah kita menjaga keharmonian Malaysia yang sudah sedia ada aman damai ini. Janganlah sesiapapon menimbulkan spekulasi dan cerita2 dongeng untuk memecahbelahkan masyarakat. sekian.






www.tips-fb.com

Hentikan spekulasi RUSUHAN kaum di Sungai Petani..!!

Pihak Polis Di Raja Malaysia meminta orang ramai agakr menghentikan spekulasi dan sebaran berita mengenai rusuhan kaum di daerah Kuala Muda, Kedah yang dikatakan berlaku semalam.  Menurut PDRM tiada sebarang rusuhan yang melibatkan kebencian berlaku seperti yang digambarkan dan disebarkan melalui media sosial dan telefon.  Berikut merupakan berita yang diambil daripada akhbar berita harian.


SUNGAI PETANI: Polis Kedah memberi amaran keras supaya khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata kira-kira jam 9 hingga 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda. 
"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku. 

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden saja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduhan) pada awal pagi, Ahad lalu yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini lewat malam tadi. 

Abdul Ghafar berkata, kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang membabitkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama. 

"Ia kes isolated, berdasarkan siasatan ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing dan berlaku empat lagi insiden lain. 

"Kes ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya. 
Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum supaya dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing. 

"Tidak ada rusuhan berlaku, jadi saya minta ahli masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan sebarkan berita palsu dan jangan menghasut sehingga terjadi pergaduhan yang lebih besar. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing supaya jangan bertindak di luar batasan undang-undang. 

"Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama sudah ditangkap dan akan disiasat berdasarkan kes yang berlaku," katanya. - BERNAMA
p/s: siapa ketua kaum Melayu? hehe.

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...