::.~ArT-Of-LiFe~.::
tips-tips kejayaan, berita-berita serta isu-isu semasa dan terkini
Tuesday, March 21, 2017
Wednesday, March 15, 2017
Maybank Cardless Withdrawal - Pengeluaran Tanpa Kad MAYBANK.
Salam penulisan.
.
Ok. hari ni masuk kali kedua keluar rumah dengan condifen, naik kereta drive untuk nak poskan barang customer.
kEY POINT DIA SETAKAT NI DENGAN SANGAT CONDIFEN tu yang x tahan.
.
keluar dalam jam 3 suku, dan kena sampai sebelum postman datang collect barang untuk hari ni

kat kedai akak kat summit tu.
Biasanya postman sampai jam 4 ptg.
.
dah lama gila tak buat postage ni.
so, plastik postage pun xde,
borang pun xde,
cop pengirim pun ntah ke mana
Biasanya postman sampai jam 4 ptg.
.
dah lama gila tak buat postage ni.
so, plastik postage pun xde,
borang pun xde,
cop pengirim pun ntah ke mana
so nak kena tulis tangan.
perh malas gila.
.
sampai je kat summit tu. mati enjin kete
capai barang customer dengan handphone sebab details ada dalam hand phone
then cari beg duit xde.
.
hah sudah... habis nak bayar pakai apa sengal. (dalam hati)
masa tu jam dah 3.30.
huh.. problem betullah.
otak terus ligat untuk buat cardless withdrawal
maunya tak ligat kalau x sempat postage sebelum postman datang collect barang nak kena drive pergi batu caves. kesian kat customer je barang lambat sampai kalau tinggal gak kat kedai akak tu untuk next day item collection.
.
so, terus drive g kat Maybank SJ tu.
logn maybank2u dan request untuk buat Cardless Withdrawal
.
So, Nak share sikit macam mana nak buat cardless withdrawal ni.
.
Step Cardless Withdrawal MAYBANK
.
1. login maybank2u anda dan pergi bahagian transfer.
2. dekat situ ada cardless withdrawal. Ada 2 jenis. Open Cardless Withdrawal dan favourite Cardless Withdrawal. So, kalau dah st favourite amek je favourite. kalau belum amek open.
3. pastu nak kena masukkan no fon orang yang kita nak send duit tu. Kalau nak send kat diri sendiri masuk je no fon kita. No Fon ni nanti maybank akan hantar code 16 digit untuk kita nak request withdraw dekat ATM machine tu.
4. Dah siap buat tu kita akan terima 2 sms dan penerima akan terima 1 sms.
.
.
Cara Penerima nak keluar duit di ATM tanpa kad.
.
1. Pergi ke ATM Maybank. maybank sahaja taw. ATM lain tak boleh.
2. tekan je butang apa2. kad xde kan? kau tekan je butang apa2. jangan berdiri dengan harapan machine akan kenalpasti kau secara automatik kat situ. kang tak pasal2 kena luku kepala dengan orang yang beratur kat belakang kau. hehe
3. Pilih Bahasa then pilih pengeluaran tanpa kad atau cardless withdrawal.
4. Masukkan 16 digit yang maybank end kat phone kau tadi.
5. Masukkan 6 digit kod yang sender hantar kat kau.
(RUJUK GAMBAR2 KAT BAWAH)
.
.
>> INI SMS YANG PENERIMA AKAN TERIMA DARIPADA MAYBANK<<
SMS INI ADA 16 DIGIT ID TRANSAKSI YANG PENERIMA KENA MASUK DI MACHINE

>>INI SMS YANG PENGIRIM KENA HANTAR/FORWARD KE PENERIMA<<
SMS NI ADA CODE 6 DIGIT YANG PENERIMA KENA MASUKKAN DI MACHINE

Bila Penerima dah dapat cash dalam tangan. Pengirim akan terima SMS bagitaw duit dah keluar dan dah ditolak daripada akaun.
.
>>INI CONTOH SMS TRANSAKSI BERJAYA<<
.
>>INI CONTOH SMS TRANSAKSI BERJAYA<<
nOtA kAKi
.
1. Maximum cardless withdrawal RM300
2. Ada 3 pilihan sahaja untuk amount iaitu RM100, RM200 & RM300
Phone & bag duit mana lagi penting??
bagi aku bag duit tertinggal tak apa lagi kalau phone tertinggal WAJIB patah balik ambil. hehe

Sunday, March 12, 2017
J-Revolusi Review - 4🌟
hai.. salam penulisan.
hah. ni nak review sikit Filem 'terhangat' masa kini di Malaysia

J-REVOLUSI Laskar Perang.
.
RM2.8 juta tu.
Trailer dan promosi sangat2 gempak kan.
mana taknya official trailer launching pada Anugerah Juara Lagu
promosi plak kaw2 boleh dikatakan pada setiap rancangan trending TV3
dan slot2 di HotFM.
.
Tahu kenapa? Sebab terbitan bersama dan terbitan sulung Primeworks Studios
.
haaa. primeworks studios ni lah yang banyak menerbitkan rancangan2 tv kat TV3 kalau korang nak tahu.
.
(tak percaya cer google)
.
kalau yang dah tonton tak hairanlah ada berita khas pasal skuad Jay tumpaskan pengganas dalam filem J-Revolusi ni dan kalau perasan jugak ada slot geng pagi hot dengan lagu tema Rempuh masa scene dalam kereta tu..
.
so, Overall Filem ni terbaik la. Jalan cerita dan aksi yang dipaparkan boleh dikatakan tahap international jugak dengan antara plot terbaik masa dekat zoo dan masa babak aksi atas kren(papan) yang berlatar belakangkan KLCC gitu..
.
nak nak lagi dengan bantuan aset Pasukan Unit Tindak Khas PDRM kan..
tak lupa jugak babak aksi dkat roller coaster tu. (saja je nak bagi yang belum tonton tu pergi tonton dekat wayang, jangan harap nak tunggu free download dekat internet je.. hehe)
.
tapi kalau nak dibandingkan dengan Filem antarabangsa Return of Xander Cage tu (sebab baru jgak tgok filem ni, tapi download free la. haha) agak jauh jugak la ketinggalan
.
tapi apapun, memang terbaik dan diharapkan banyak lagi filem2 aksi bertaraf internationale
dihasilkan pada masa2 akan datang.
.
.
dah tak tahu nak review apa lagi,
pada yang belum menonton tak rugi sangat la korang support industri Filem kita.
.
Kalau bukan kita siapa lagi kan?
Jangan nak complaint filem kita tak bagus, itu, ini tak kena kalau kau sendiri pun tak support dan harap nak tgok filem free je.
.
p/s: nah bukti saya support industri filem kita. hehe
.
Labels:
gsc,
j-revolusi,
mbo,
rempuh,
review j-revolusi
Friday, March 10, 2017
Wednesday, March 8, 2017
art-of-life.. new blog post
Time nak sedap muncul lah.
time dah sedap hilang,
.
nak nak guna baiklah,
dah lepas guna blah,
.
time senang jilatlah,
dah dapat semua peduli apa,
.
time sekepala sembanglah,
time bertelagah mengata je lah.
.
inilah LUMRAH
.
inilah LUMRAH
.
Saturday, November 12, 2016
Senarai 12 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu Ke 31
Kami ucapkan tahniah buat kepada semua 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu:
💕 Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (Natasyah/Iman Imran)
💕 Terakhir – Sufian Suhaimi (Shirkhan/Rinkarnaen)
💕 Sudah Ku Tahu – Projector Band (Razif)
💕 Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar (Shila Amzah)
💕 Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (Ajai)
💕 Ku Rela Dibenci – Aiman Tino (A.C.K/Riena)
💕 Di Amaran Mama – Hazama/The Penglipur Lara (Ajai/Ad Samad)
💕 Obses – Akim & The Majistret (Hang Nadim & Laq)
💕 Setia – Elizabeth Tan feat Faizal Tahir (Faizal Tahir/Mike Chan, Ezra Kong)
💕 Hang Pi Mana – Khalifah (Harry Khalifah/Yabang Khalifah)
💕 Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof feat Mawi (Syamsul Yusof)
💕 Anugerah Terindah – Black (Omar K)
Friday, March 25, 2016
Kembalinya Aku Ke Laman sesawang yang bersawang...!!!
Assalamualaikum, Selamat Pagi Dunia.
Salam Sejahtera sahabat blogger.. haha
[ada lagi ke orang yg main blog??]
Check-check balik blog aku ni boleh dikatakan setahun sekali baru update.
Last update April 2015????
Perhhhh. Sawang dia mcam jerebu dah..
Apa membuatkan aku kembali ke sini??
[Lihat Foto Di bawah]
FB Mengingatkan tentang post2 terdahulu. ternampak post Panglima Aliff ni.
:D :D :D
jangan marah ya tuan.[kalau tuan baca la]

jarang sekali nak tngok memories di facebook but when it comes to certain name
suka juga scroll and troo bek ni...
suka juga scroll and troo bek ni...
Tak sangka aku ada blog yang boleh dibaca sebagai troo bek zaman dolu-dolu.. hahaha
.
.
ok dah.
.
nak buat kerja
.
.
.
siapa yang membaca tunggu setahun kemudian baru ada posting baru.
bhai bhai
.
bhai bhai
.
chow cendol
.
.
cendol mak teh
.
selayang
.
adios
amigos
Friday, September 27, 2013
Kehilangan Pemimpin Berjiwa Rakyat..!! Al-Fatihah
Oleh: MUHAMAD MAT YAKIM
Tarikh: September 27, 2013
PAGI 6 Mei 2013 - sehari selepas PRU13 - saya hubungi Helmi Khalid, setiausaha akhbar Ustaz Azizan.
Helmi, kawan rapat saya sejak sekolah. Apabila kawan sendiri hilang pekerjaan dengan tumbangnya Kerajaan PR Kedah pada pilihan raya itu, sudah tentu saya perlu bantu jika dia memerlukan. Paling tidak bertanya khabar. Niat saya mahu pelawa Helmi kembali jadi wartawan. Itu pun kalau dia mahu.
Belum pun lama kami berhelo. Helmi tiba-tiba beritahu dia terpaksa letak telefon.
"Sorry Mat, aku kena letak dulu. Ustaz dah sampai," katanya.
"Hang di mana ni? Bunyi kalut semacam ja...", "Aku di KMC, Ustaz sakit kaki, penyakit dia tu lah," jawab Helmi.
Mendengar kata-katanya, rasa risau menyerbu minda saya.
Ustaz sakit! Ini penyakit kencing manis bukan main-main!
Sehari selepas pilihan raya baru dia pergi hospital. Maknanya sudah beberapa hari dia sakit sedangkan diabetiknya serius. Tidak seharusnya dia bertangguh jumpa doktor.
Dan terfikir pula saya, cabaran terhebat yang dihadapinya ketika itu bukan daripada parti lawan tetapi dalam parti sendiri. Kasihan Ustaz Azizan!
Saya teringat cerita seorang rakan bahawa Ustaz beritahunya, dia bukan tidak mahu lepas jawatan. Tetapi sesiapa juga, apa lagi sebagai pemimpin, jika apa yang ada dalam tangan mahu direntap, sudah tentu kena bertahan.
Bukan untuk kepentingan diri tetapi amanah menjaga jemaah apa lagi negeri penting untuk diserah kepada orang yang sabar, penyerahan baton memerlukan suasana transisi yang kondusif.
Jadi atas andaian itu, saya faham mengapa Ustaz Azizan tidak awal-awal pergi hospital yakni sebelum pilihan raya. Jika dia ditahan di wad, ini akan jadi modal besar oleh pihak lawan dari luar, mahu pun dari dalam!
Sesiapa pun juga pun tidak boleh menafikan hakikat pergolakan dalaman Pas Kedah waktu itu.
Sejak tarikh itu, Ustaz terus berumahkan hospital, dari KMC ke Hospital Pulau Pinang, balik ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hingga ke rumah terkininya di kuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sejak waktu Asar petang semalam - menepati wasiatnya mahu berjiran dengan mentor yang juga rakan karibnya, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.
Teringat saya akan cerita Allahyarham ketika kami berborak di pejabatnya dua tahun lalu. Katanya, sewaktu menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan Pas Kedah, dia pernah diminta oleh ramai pemimpin Pas Pusat menggantikan Ustaz Halim Arshat yang ketika itu sedang sakit, sebagai Setiausaha Agung.
Permintaanmereka ditolak oleh Ustaz Fadzil: "Hang pa jangan dok kacau Ustaz Azizan, dia ada banyak kerja nak kena buat di Kedah." Begitulah Ustaz Azizan mengulang kata-kata Ustaz Fadzil tengah hari 29 Mei 2011 itu.
Begitu jauh bacaan Ustaz Fadzil. Dia seperti sudah tahu akan takdir Ustaz Azizan daripada kerja keras yang diaturnya sejak 1980an, akhirnya Pas akan menang di Kedah, dan dia sendiri jadi MB Pas yang pertama!
Ustaz Azizan sememangnya 'protege' Ustaz Fadzil yang paling kanan, juga yang paling menjadi. Dan sememangnya teramat sukar bagi saya untuk memahami akan 'ijtihad' pihak yang menentangnya dalam Pas. Apa yang mendorong mereka sebenarnya?
Saya teringat Tok Guru Nik Aziz sendiri di Seri Mentaloon pernah sebut, orang yang layak jadi Presiden Pas adalah Azizan. Kebetulan pada masa itu Tok Guru khabarnya tengah 'bengang' kepada beberapa pemimpin kanan Pas berhubung isu Kerajaan Perpaduan dengan Umno.
Azizan bagaimanapun bukan pemimpin yang tamak, jika itu yang mahu disebarkan oleh pihak yang menentangnya. Walaupun berpeluang cerah untuk mendaki jawatan yang lebih tinggi, dia menolak ketika diminta bertanding kerusi timbalan presiden.
Apa yang saya tidak lupa seumur hidup, ketika hadir kenduri kahwin anaknya yang dilangsungkan di sebuah rumah kampung di Teras Jernang, Bangi - ketika dia sudah jadi MB - pesannya kepada saya, "Mai makan kenuri sudah la na, jangan dok masuk dalam Sinar pulak!"
Kendurinya sederhana sahaja. Kenduri Pengerusi JKKK pun mungkin lebih grand daripada Ustaz Azizan!
Saya tanya kepada Setiausaha Politiknya, Sanusi Md Noor mengapa tidak buat kenduri di Alor Setar, jawab Sanusi: "Ustaz tak mau orang sponsor! Dia pernah buat di sana (Kedah) sebelum ni, RM100 ribu juga habis. Dia terpaksa pinjam RM20 ribu sorang daripada Exco untuk cover kos," katanya.
Sanusi juga pernah cerita bagaimana dia teruk dimarahi bosnya itu akibat terlepas cakap mahu beritahu wartawan mengenai Tabung Tunku Mahmud (TTM) yang diasaskannya. "Dia maki aku, dia kata hang ingat aku ni macam Tok Guru (Nik Aziz) ka? Depa tu tak pa dah la, tak berasa apa dah.
Aku ni kalau buat kebajikan sikit, hang pa nak cerita kat orang, jadi riyak la pulak. Elok nak dapat pahala, jadi dosa," demikian Sanusi mengimbas kenangan.
TTM diasaskan Ustaz Azizan sebaik dia naik jadi MB dengan gajinya sendiri dipotong sekitar 20 peratus bagi tujuan membiayai pendidikan golongan miskin di Kedah. Dia juga minta anggota Exco menyumbang secara tetap melalui potongan gaji kepada tabung itu.
Wartawan Kanan Sinar Harian Kedah, Roslinda Hashim beritahu saya, dia pernah pujuk Ustaz Azizan untuk bercerita mengenai tabung itu tetapi ditolak. "Dia kata, buat apa nak cerita, tak elok hebah kat orang apa-apa kebajikan yang kita buat, nanti jadi dosa!"
Kerana itu, hingga kini kami tidak tahu berapa banyak gajinya dipotong untuk TTM kerana dia sendiri terlalu berahsia mengenainya.
Saya tidak rapat dengannya sebagaimana yang disangka kawan-kawan. Seseorang pemimpin yang kita kagumi, kita kasihi adalah atas kepimpinan, kewibawaan dan keyakinan kitaterhadapnya, bukan kerana dia mengenali kita secara peribadi.
Terlalu ramai orang yang perlu dikenali oleh seseorang pemimpin, jadi tidak boleh anggap diri kita masing-masing terlalu penting untuk mesti dikenalinya sebelum kita terima dia sebagai pemimpin!
Saya hanya rapat dengan pegawai-pegawainya, Helmi, Sanusi, Ustaz Rosli Azmi, Ustaz Hassan Razak, Mohd Radzi dan beberapa orang lagi. Cuma apa yang saya pernah tahu, dia pernah memarahi dua pegawainya kerana tidak memperkenalkan saya kepadanya dalam satu majlis di Petaling Jaya pada tahun pertama dia jadi menteri besar. Setelah balik ke Alor Setar, barulah dia tahu saya juga hadir majlis itu.
Sepanjang dia jadi MB, hanya sekali kami duduk bersembang agak lama - hampir dua jam - di Wisma Darulaman dalam satu kunjungan tanpa temu janji. Saya mulanya hanya mahu bersalam dengannya dan setelah dapat izin untuk masuk ke biliknya, saya menyapa: "Minta maaflah Ustaz kami mai dok ganggu Ustaz tengah sibuk ni!"
Sapaan saya dibalas dengan kejutan: "Dah hangpa tau saya sibuk, dok mai buat apa?"
Alamak! Masam-masam manis saya pandang Helmi yang langsung beri isyarat kepada saya minta bertenang. Rupa-rupanya itu memang stail pemimpin yang dikatakan 'cengey' atau bengis, antara sebab yang dihebohkan oleh pihak yang mahu menurunkannya dari kerusi MB Kedah.
Kami kemudian berborak mesra dan Ustaz Azizan berkata: "Sapa-sapa mai jumpa saya tengah hari selagi tak makan nasik tak boleh balik!"
Nah! Mahu tak mahu, terpaksalah kami 'balun' dalam bilik pejabatnya itu juga.
Saya ambil peluang tanya Ustaz, mengapa dia nampak rapat sangat dengan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan saya katakan kepadanya, "saya perhati tiap-tiap gambaq Ustaz berjalan keluaq dari Dewan dengan Tok Det, bukan setakat pegang tangan, tapi sampai nak berpeluk sambil berjalan?"
Kata Ustaz Azizan, "keluarga saya ramai Umno, orang Umno pun keluarga saya. Soal perbezaan kita hanya dari segi politik, bukan sampai putus silaturahim. Saya belajaq sampai ke England, orang Umno yang sara. Pak Teh Mat (Allahyarham Ahmad Awang @ Penghulu Mat, bekas Adun BN Sala) tu pak menakan (saudara) saya," katanya.
Azizan juga pernah sebut sebagaimana yang dilaporkan akhbar, Umno - Pas di Kedah seperti hubungan adik abang. Barang kali itu juga sebabnya dia jadi sasaran pihak tertentu dalam PR yang tidak senang dengan pendiriannya itu.
Azizan telah menunjukkan contoh kewibawaan yang terbaik. Dia utamakan perpaduan. Dia juga utamakan ilmu. Saya sambut baik kepimpinan MB baru Kedah, Datuk Mukhriz antara lain kerana Mukhriz telah menunjukkan penghormatan yang sangat tinggi kepada Azizan dengan cuba menziarahi bekas MB itu seawal hari pertama Azizan di KMC, selepas dia sendiri angkat sumpah MB di Istana Anak Bukit.
Ini satu teladan amat baik ditunjukkan Mukhriz. Saya harap Mukhriz tidak abaikan wasiat Azizan kepadanya pada 7 Mei, minta penggantinya itu jaga baik-baik Insaniah dan realisasikan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba.
Saya yakin penghormatan Mukhriz terhadap Azizan bukan dibuat-buat. Bondanya, Tun Dr Siti Hasmah sebagaimana cerita seorang pemimpin Pas Kedah, dalam keadaan matanya yang rabun teruk, pun juga tetap mahu menziarah Azizan di hospital.
Sudah tentu penghormatan dan keraian mereka terhadapnya bersebab dengan sikap dan perwatakan Azizan sendiri.
Azizan kini sudah jadi kenangan abadi bagi kita. Dia pergi dalam keadaan kita masih memerlukannya. Itulah takdir ALLAH yang memberi tempoh singkat kepada hambaNya itu untuk kita terus merindui dan mengingatinya.
Meskipun singkat, jasa Azizan terlalu banyak dan ada yang belum sempat dituai semasa keberadaannya. Itu semua akan jadi amal jariah yang abadi, manfaat kepada ummah selepas pemergiannya. Selamat bersemadi pemimpin kami, guru kami, ayahanda kami! INNALILLAHI WAINNA ILAIHIROO'JIUN!
Dipetik Dari Akhbar Sinar Harian...

Saturday, September 21, 2013
Jalan ini pilihanku...
Salam Penulisan.
Dengan nama Allah yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.
Kehidupan masih diteruskan seperti biasa. Di dalam kampus yang aku sendiri pilih suatu masa dahulu, sedang meriah dengan acara tahunan ConvoFest yang ke-4. Tahniah kepada rakan-rakan-rakan seperjuangan yang bakal bergraduat.
Anda semua telah membuktikan bahawa anda seorang yang sangat HEBAT.!
Anda mampu melakukannya. Tahniah sekali lagi. Semoga majlis yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat Allah SWT.
Aku?? aku telah memilih jalanku. Jiwa kita berbeza walau ada yang sama. Aq mampu untuk teruskan. Bukan mahuku untuk tidak bersama kalian. Namun ini pilihanku. Ini pendirianku.
Hanya aq diriku dan penciptaku yang mengetahui di sebaliknya.
Harapanku agar kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya dalam setiap perkara yang kalian lakukan. Semoga kalian berjaya mengharungi segala cabaran kehidupan selepas ini. Kalian tidak akan pernah aku lupakan. Pahit manis kenangan kita sepanjang perkenalan akan tetap terpahat sebagai sebahagian memori dalam hidupku.
Doakan kesejahteraan dan kejayaanku. Maafkan kekurangan dan kesalahan diriku sepanjang perkenalan kita.
Sekian wassalam.

intake2009,
jebat,
kasturi,
lekir,
luahan hati,
pengurusan,
sains komputer,
sistem cerdas,
sistem keselamatan,
strategi,
tuah
Wednesday, September 4, 2013
Harga Minyak RON97 Pula Bakal Naik Tengah Malam Ini.! Kenapa??
[IKLAN] LIKE PAGE RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR!!
Setelah harga minyak Ron95 dikurangkan subsidinya atas alasan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, dan ura-ura kemungkinan minya berkualiti rendah Ron92 yang mungkin akan diperkenalkan kembali untuk mengurangkan bebanan rakyat, kini menjelang tengah malam ini atau bermula 5 Sept 2013 petrol berkualiti tinggi Ron97 juga bakal dinaikkan harga jualannya sebanyak 15sen. Perkara ini berlaku setelah lebih kurang tiga hari kecoh satu Malaysia mengenai isu kenaikan minyak petrol dan barangan asas lain disebab tindakan pengurangan subsidi kerajaan. Persoalaanya mengapakan harga minyak ron97 ini diumumkan setelah dua hari harga minyak ron95 dinaikkan. adakah ianya disebabkan kira-kira di bawah??
Jika benar kerana kira-kira di atas dan kerana mahu menutup kesilapan keputusan yang tergesa-gesa tanpa kajian. Innalillahiwainnailaihiraji'un.
Hanya ungkapan itu mampu rakyat keluarkan.
AstroAwani |

Petrol RON92 Diperkenalkan Semula???
Kuala Lumpur: Kerajaan mempertimbangkan penggunaan semula petrol RON92 yang ditarik daripada pasaran pada 1 September 2009 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah.
Menteri Perdagangan Dalam Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata kajian sedang dijalankan dan akan diputuskan tidak lama lagi.
“Kita menerima cadangan pelbagai pihak termasuk mengkaji semula penggunaan petrol RON92,” katanya selepas majlis penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini semalam.
Hasan diminta mengulas kemungkinan kerajaan memperkenalkan semula RON92 untuk memberi pilihan kepada pengguna berikutan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, mulai tengah malam semalam.
Petroleum berkualiti
RON92 ditarik daripada pasaran pada 2009 dan digantikan dengan petrol RON95, berikutan penggunaan petrol berkenaan adalah kecil, iaitu lima peratus saja jumlah keseluruhan penjualan petrol negara.
Pengenalan RON95 bertujuan memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga subsidi oleh kerajaan.
Sementara itu, Seramai 1,845 penguat kuasa dan 1,071 pegawai pemantau harga sudah digerakkan di seluruh negara untuk memantau kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa tengah malam, kelmarin.
Hasan berkata, kementeriannya serius menguatkuasakan akta itu untuk mengekang kenaikan harga barang dengan memastikan setiap aduan yang disusuli bukti sahih, disiasat.
“Setiap aduan yang mempunyai bukti mengenai peniaga menaikkan harga barang akan disiasat dan tiada yang dibuang dalam tong sampah.
“Bukan saja barangan kawalan harga, malah jika ada peniaga menaikkan harga roti canai pun kita ambil perhatian dan tindakan,” katanya.
Terdahulu, Hasan berkata, harta intelek adalah pemboleh ekonomi yang amat penting bagi merealisasikan hasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
sumber: BHOnline
Sasterawan Negara A. Samad Said Ditahan!!!
SHAH ALAM - Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.
"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.
"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.
Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.
Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi semalam selepas diambil keterangan.
Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial.
SUMBER: SINAR HARIAN
Kisah 20 sen je @ ceghita dua kupang ja pon..
[copy paste][facebook]
Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..
Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.
Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )
Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...
Inilah nilai duit 20 sen yg menteri kita kata itu pun nk bising. ..20 sen jer pun...
[IKLAN] JOM LIKE >>RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR<<

Monday, September 2, 2013
Harga Minyak RON95 Naik Mulai 3 Sept 2013 FITNAH???
Kecoh satu malaysia orang ramai beratur di petrol pump sebab desas desus kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 0.20 sen mulai esok 3 sept 2013.
betul ke harga minyak naik??
betul ke harga minyak naik??
.
..
..
..
..
..
..
..
Saturday, July 13, 2013
Kisah Penoreh Getah vs Eksekutif Akaun...!!!
Salam penulisan.. Salam Ramadhan buat semua..
Sedang menelusuri dunia maya membaca cerita dan berita semasa terbaca sebuah perkongsian daripada seorang sahabat mengenai seorang penoreh getah yang menceburi dunia perniagaan alaf baru di ibu kota. Penoreh getah wanita beruia lingkungan 50-an tersebut dinamakan sebagai Mak Mah berasal dari mentakab dan oleh kerana minat dan kegemaran beliau yang suka berniaga kecil-kecilan di kampung. Rutin harian Mak Mah akan melakukan perniagaan kecil-kecilan di kampung, Biasanya Mak Mah akan menjual kuih muih, kain baju dan pelbagai barangan kecil lain.
Roy merupakan anak muda yang mempunyai perniagaan sendiri di ibu kota selalu memerhatikan Mak Mah. Disebabkan kesungguhan Mak Mah, Roy mengambil keputusan untuk menjemput Mak Mah menyertai beliau menjalankan perniagaan beliau tersebut di Ibu Kota. Mak Mah tanpa banyak bicara terus mengikut Roy dan menyertai perniagaan Roy.Setelah mengetahui Mak Mah menyertai Roy menjalankan perniagaan di ibu kota pelbagai kata-kata positif dan tidak kurang juga yang menyindir dan mengatakan yang Mak Mah telah ditipu oleh Roy dengan menyertai perniagaan tersebut.
Suatu hari Milah yang bekerja sebagai eksekutif di bandar bertemu dengan Mak Mah dan menyindir Mak Mah dan mengatakan Mak Mah telah ditipu dengan menyertai perniagaan tersebut. Lalu Mak Mah pun menjawab
"Ok la jgk Milah kalo makcik kne tipu, sbb makcik pn belajar smpai darjah 6 je. Mmg normal la kalo kna tipu sbb belajar x tingggi. Tapi kamu yg belajar tinggi2 masuk universiti tp kje dgn syarikat2 besar pn kne tipu dpt 2 ribu lebih je sbln. Buat ape?"
Milah lalu berlalu pergi dengan perasaan marah dan tersinggung. Kata-kata Mak Mah membuatkan Milah berfikir sendirian. Beberapa bulan kemudian Mak Mah telah berjaya mendapat hasil yang lumayan berkat usaha dan kesabaran beliau. Mak Mah mengucapkan terima kasih kepada Roy kerana memperkenalkan peluang tersebut kepadanya dan Mak Mah berkata beliau akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai impian beliau untuk memberikan kesenangan dan keselesaan kepada anak-anaknya.
P/S: Begitulah kisah perjalanan seorang penoreh getah yang gigih berusaha dan mencapai impian beliau dengan tidak memikirkan apa kata orang.
1. Cerita di atas merupakan cerita realiti. Nama yang digunapakai adalah nama samaran. Untuk mengenali siapa insan hebat bernama Mak Mah(nama samaran) ini sila tinggalkan komen anda. TQ
Sedang menelusuri dunia maya membaca cerita dan berita semasa terbaca sebuah perkongsian daripada seorang sahabat mengenai seorang penoreh getah yang menceburi dunia perniagaan alaf baru di ibu kota. Penoreh getah wanita beruia lingkungan 50-an tersebut dinamakan sebagai Mak Mah berasal dari mentakab dan oleh kerana minat dan kegemaran beliau yang suka berniaga kecil-kecilan di kampung. Rutin harian Mak Mah akan melakukan perniagaan kecil-kecilan di kampung, Biasanya Mak Mah akan menjual kuih muih, kain baju dan pelbagai barangan kecil lain.
Roy merupakan anak muda yang mempunyai perniagaan sendiri di ibu kota selalu memerhatikan Mak Mah. Disebabkan kesungguhan Mak Mah, Roy mengambil keputusan untuk menjemput Mak Mah menyertai beliau menjalankan perniagaan beliau tersebut di Ibu Kota. Mak Mah tanpa banyak bicara terus mengikut Roy dan menyertai perniagaan Roy.Setelah mengetahui Mak Mah menyertai Roy menjalankan perniagaan di ibu kota pelbagai kata-kata positif dan tidak kurang juga yang menyindir dan mengatakan yang Mak Mah telah ditipu oleh Roy dengan menyertai perniagaan tersebut.
Suatu hari Milah yang bekerja sebagai eksekutif di bandar bertemu dengan Mak Mah dan menyindir Mak Mah dan mengatakan Mak Mah telah ditipu dengan menyertai perniagaan tersebut. Lalu Mak Mah pun menjawab
Gambar Hiasan |
Milah lalu berlalu pergi dengan perasaan marah dan tersinggung. Kata-kata Mak Mah membuatkan Milah berfikir sendirian. Beberapa bulan kemudian Mak Mah telah berjaya mendapat hasil yang lumayan berkat usaha dan kesabaran beliau. Mak Mah mengucapkan terima kasih kepada Roy kerana memperkenalkan peluang tersebut kepadanya dan Mak Mah berkata beliau akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai impian beliau untuk memberikan kesenangan dan keselesaan kepada anak-anaknya.
P/S: Begitulah kisah perjalanan seorang penoreh getah yang gigih berusaha dan mencapai impian beliau dengan tidak memikirkan apa kata orang.
1. Cerita di atas merupakan cerita realiti. Nama yang digunapakai adalah nama samaran. Untuk mengenali siapa insan hebat bernama Mak Mah(nama samaran) ini sila tinggalkan komen anda. TQ
Subscribe to:
Posts (Atom)