Menu

Sunday, April 5, 2015

Sarang Labah-labah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semoga di bawah lindungan Yang Maha Esa hendaknya.

Dah lama tak update blog ni. Tiba-tiba malam ni tergerak hati ingin menjenguk kmbali laman ini.

Just nak kongsi satu perbualan dengan seorang sahabat semalam. Ceritanya saya berkunjung ke sebuah bandar di selatan tanah air. Lalu tengah malam semalam saya menghubungi sahabat yang sedang menyambung pengajian berhampiran hotel saya menginap. Dalam perbualan itu, sahabat saya tersebut memberitahu bahawa esok pagi(hari ini) hari minggu dan dia akan ke pasar untuk membeli keoerluan dapur. Lalu saya mencelah, apa susah beli sahaja di Pasaraya yang ada menjual barangan keperluan tersebut.

Jawapan beliau membuatkan saya tersentak. Katanya kalau dia beli di pasaraya duit tersebut sudah tentu disalurkan kepada keuntungan taukey besar pasaraya, sebaliknya jika bwliau membeli di pasar duit yang dibelanjakan sekurang-kurangnya dapat kepada peniaga kecil yang verniaga untuk menyara keluarga dan berniaga untuk kelangsungan hidup. Allah, besar sungguh pemikiran sahabat saya ini. Mudah-mudahan kita dapat memegang prinsip tersebut walaupun tidak selalu sekurang-kurangnya terdetik niat untuk membantu itu.

InshaAllah akan kuingat kata-katamu dan akan ku niatkan untuk berbelanja dengan niat membantu itu selepas ini walau apa sekali tangga yang dicapai.

Sekian untuk renungan sahabat sekalian. Wasalam. 
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...