Menu

Wednesday, December 26, 2012

Info JPJ kpd Org Kena Saman AES...!!

BERIKUT MERUPAKAN MAKLUMAN DARIPADA JPJ KEPADA SEMUA SAMAN2 AES DAN KES2 YANG AKAN KE MAHKAMAH.



Jadi kepada semua OKS sila tunggu surat dripada JPJ untuk tarikh perbicaraan yang baru.
dan diharapkan agar kerajaan dan JPJ akan menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan wang kompaun yang dengan sukarela dibayar oleh orang awam atas kesalahan yang mereka lakukan kerana terbukti terdapat kesilapan teknikal dalam pelaksanaan sistem AES ini berikutan penangguhan semua kes di mahkamah. sekian.


kredit to::>> Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
www.tips-fb.com

Wednesday, December 19, 2012

Bapa dera anak dihadap ke mahkamah..!!(video)

Bapa dera anak tiri dihadap ke mahkamah selepas video penderaan itu diupload ke laman sosial. 


SHAH ALAM: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru, telah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakawa Raya (DPP), Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang, Supt Jani Ahmad berkata kertas siasatan itu akan diserahkan bagi mendapatkan nasihat dan keputusan daripada timbalan pendakwa raya bagi menentukan tindakan susulan. 
Beliau berkata demikian kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang. 
Jani berkata mangsa didera itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

video

www.tips-fb.com

Seminar PERCUMA. Dr Azizan Osman.!

Ada tak sesapa yang nak ikut saya ke program BERANI2013 anjuran Dr Azizan Osman??
sila sms saya di nombor tertera nama penuh/no ic/no fon..
tempat terhad. 



www.tips-fb.com

status terkini dan sebenar rusuhan di Sg Petani..!!

Berikut merupakan printscreen daripada FB PDRM..
in shaa Allah xde pape yang buruk berlaku. Malaysia masih dalam keadaan aman damai dengan adanya pihak2 berkuasa yang bertanggungjawab. Jadi, bersama-samalah kita menjaga keharmonian Malaysia yang sudah sedia ada aman damai ini. Janganlah sesiapapon menimbulkan spekulasi dan cerita2 dongeng untuk memecahbelahkan masyarakat. sekian.






www.tips-fb.com

Hentikan spekulasi RUSUHAN kaum di Sungai Petani..!!

Pihak Polis Di Raja Malaysia meminta orang ramai agakr menghentikan spekulasi dan sebaran berita mengenai rusuhan kaum di daerah Kuala Muda, Kedah yang dikatakan berlaku semalam.  Menurut PDRM tiada sebarang rusuhan yang melibatkan kebencian berlaku seperti yang digambarkan dan disebarkan melalui media sosial dan telefon.  Berikut merupakan berita yang diambil daripada akhbar berita harian.


SUNGAI PETANI: Polis Kedah memberi amaran keras supaya khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata kira-kira jam 9 hingga 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda. 
"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku. 

"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden saja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduhan) pada awal pagi, Ahad lalu yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini lewat malam tadi. 

Abdul Ghafar berkata, kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang membabitkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama. 

"Ia kes isolated, berdasarkan siasatan ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing dan berlaku empat lagi insiden lain. 

"Kes ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya. 
Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum supaya dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing. 

"Tidak ada rusuhan berlaku, jadi saya minta ahli masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan sebarkan berita palsu dan jangan menghasut sehingga terjadi pergaduhan yang lebih besar. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing supaya jangan bertindak di luar batasan undang-undang. 

"Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama sudah ditangkap dan akan disiasat berdasarkan kes yang berlaku," katanya. - BERNAMA
p/s: siapa ketua kaum Melayu? hehe.

www.tips-fb.com

Tuesday, December 18, 2012

PrintScreen twitter Pemuda Pas Titiwangsa mengenai AES..!!


berikut merupakan printscreen tweeter director of Pas Youth Legal Team merangkap penyelaras parlimen titiwangsa..



www.tips-fb.com

Kes AES di sekitar KL ditarik balik..??

benarkar semua saman AES di KL ditarik balik hari ini. Perkara ini timbul apabila seorang daripada peguam KASE telah mengupdate status facebooknya seperti di bawah. apapun kita tunggu berita yang akan dikeluarkan oleh sumber2 yang boleh dipercayai nanti. Tapi beritanya mungkin bersifat positif kerana ingin menutup kekurangan dan kelemahan sistem ini. Jadi, nantikan sahaja berita terkini selepas ini.





www.tips-fb.com

Monday, December 17, 2012

Baca!! Bukan sekadar baca...!! Part II



Berikut merupakan sedutan daripada buku BACA!! yang ditulis oleh seorang bekas manager sebuah bank di johor yang sebelum ini memegang jawatan sebagai pengurus di bank branch A dan maybank terbesar di Johor Bharu.

"Bangun dari tidur kau Azahar!!" Itulah kata hati saya bila sahaja saya lihat Abah terbaring tidak bermaya sambil sentiasa  menangis kerana ingin sembuh seperti sedia kala. Saya perlu 'buka mata dan bangkit' dari lamunan yang selama ini menutup pintu hati saya untuk berubah. Tidak mustahil apa yang berlaku kepada Abah hari ini, mungkin akan berlaku pada aku suatu hari nanti.
"apa yang aku ada hari ini?? Apa yang aku tinggalkan untuk anak-anak jika sesuatu yang buruk berlaku padaku?? Bertanya aku kepada diriku sendiri.
Ya Allah.... kenapa aku masih bersenang lenang dalam kesusahan yang membelenggu hidupku selama ini. Saya mula sedar dan ketika itulah baru saya berfikir secara serius untuk berubah.

tersentuh hati dan perasaan ini membaca coretan beliau. Perjalanan hidup beliau dengan liku-liku dan cabaran yang hebat. Tetapi akhirnya beliau telah berjaya membuktikan kepada umum bahawa beliau mampu mengubah nasib beliau dan keluarga menjadi lebih baik. Ketahui 100 Tips-tips kejayaan beliau dengan memiliki buku Baca!! Sebuah buku motivasi yang penuh dengan input. Saya pasti anda akan tersenyum, sebak dan bermain perasaan membaca buku ini. tetapi ingat buku ini tidak ada dijual di mana-mana kedai buku seluruh dunia. Ianya hanya boleh didapati dripada wakil penjual yang sah sahaja..!!
atau hubingi saya di 0194473419 atau farehan di 0133926858

 Ketahui lebih lanjut tentang biodata penulis. klik sini:> BIODATA PENULIS

www.tips-fb.com

Kau Ilhamku..

dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi terdengar lagu ni yang pernah aku nyanyikan dalam persembahan masa dinner batch 4 tahun lepas.. teringat zaman2 dulu.. hehe..


Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

aku sangat sukakan suasan pada malam tersebut. Majlis makan malam dalam dewan besar, disertai dengan background music yang kena dalam setiap acara, paling x dapat lupa masa upacara potong kek, masa kek dibawa masuk tu, lain macam jer rasanya... ingat lagi mata Cikgu Matematik Tambahan aku yang turut naik ke pentas nyanyi ramai2 tapi bukan lagu ni la.. nampak mata beliau berkaca menahan sebak mungkin sedih bila mengenangkan kami akan meninggalkan sekolah lepas tu.. hehe..

aku mengharapkan satu lagi majlis umpama ini dengan batch aku.. insyaAllah aku akan usahakan suatu hari nanti..

itu cerita dulu.. ini cerita sekarang...

sekarang in aku akan jadikan setiap cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan hidup ini sebagai ilham untuk aku teruskan perjuangan. biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak buat, biarlah mereka dengan hidup dan cara mereka, kerana aku sentiasa akan berpegang dengan kata-kata mentor aku iaitu PP azahar bahawa tidak akan jadi kudis pon kalau dengan kata-kata buruk orang. Kalau jadi apa2 yang buruk dekat diri aku suatu hri nanti bukannya orang2 yang kata-kata kat aku nih yang akan tolong aku, kalau aku berjaya pon untuk diri aku dengan keluarga aku jugak, kalau aku ikut dan layan apa diorang kata pon x dapat pape.. so, korang semua ilham kepada aku untuk terus mengejar kejayaan. terima kasih semua.


www.tips-fb.com

Harimau Malaya masih ditakuk LAMA..

...keratan muka hadapan berita harian...

www.tips-fb.com

Dilema UPNM


setelah membaca puisi ini saya mengakui kebenaran isi puisi ini.. anda bagaimana??


Inilah kisah sebuah universiti
UPNM namanya di Kem Sungai Besi
Halatuju terpesong ke mana nak pergi
Apadah jadi pada halatuju rasmi?

NCnya seorang jeneral yang "frus"
Tak naik pangkat dia jadi malas
Khabar cerita "bola"nya dipulas
Kes XXX Mama Blondie boleh jelas

Sang Kelembai betina dilantik TNC
Pandai mengugut dan memanipulasi
Telah ditendang oleh dua universiti
UPNM tong sampah ambil dia lagi

Pentadbiran canselori menjadi kemelut
Pendaftar disisih malas nak sebut
Penasihat Undang-undang tidak diikut
Senet dipenuhi dengan pak turut

Keadaan di fakulti lagi kalut
Dekan diganti dengan pengikut
Masing-masing nak jaga kepentingan perut
Bak kerbau ditarik semua ikut

Kepimpinan tentera habis disingkir
Tumpangan dan kontrak akan diakhir
Implikasi pengajaran tidak difikir
Alasan yang diberi karut dan pandir

Subjek teras identiti universiti
Undang-undang sejarah tentera dan strategi
Tetapi sekarang telah diganti
Dengan keusahawanan dan berbagai lagi

Sewenang di"downgrade" Jabatan Strategi
Susahlah nak berkembang serta tadbiri
Bayangkan UPNM dalam keadaan begini
Bak restoran mamak tapi tak ada kari

Pengajaran terganggu pelajar gusari
Hantar petisyen kepada menteri
Kelembai betina naik panas hati
Diugutnya mereka ke malam hari

Pengajian maritim tak tentu hala
Kepentingan pelajar tidak dikira
Pensyarah pelaut diganti jurutera
Kerana nak singkir pensyarah tentera

Di Fakulti Pertahanan lagi sakan
Pensyarah jualan jadi pakar pertahanan
Dilantik pula menjadi dekan
Bukankah ini kes Tanjung Rambutan?

Kerjasama Kementah susah nak jalan
Ada saja halangan dan juga alasan
Apa guna ada universiti pertahanan
Kalau setakat nak ajar keusahawanan?

Banyak lagi perkara tersirat
Tetapi ini cukuplah disurat
Bukan untuk ditelan bulat-bulat
Tapi diedarkan untuk disiasat

disalin semula drpd harakahdaily
www.tips-fb.com

Sunday, December 16, 2012

BACA bukan sekadar baca..!!




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah taala kerana dengan izinNya aku berjumpa dengan satu peluang HEBAT dan sekarang bergelar sebagai usahawan muda. Selama ini aku mencari-cari bukan sahaja satu PELUANG untuk menjana pendapatan sahaja, tetapi satu peluang yang mampu memberikan aku pelbagai tawaran berupa ILMU PENGETAHUAN, PENGALAMAN, dan yang paling HEBAT MENTOR yang sangat-sangat HEBAT. Untuk pengetahuan semua pada hari ini aku telah menjadikan seorang BEKAS PENGURUS MAYBANK sebagai MENTOR aku dalam satu perniagaan HEBAT..!!

Beliau merupakan seorang yang hebat kerana telah berjaya menulis dan menerbutkan sebuah buku sulung tulisan beliau berjudul BACA..!! Alhamdulillah walaupun beliau jarang berada dekat dengan aku namun buku tulisan beliau menjadi teman aku buat masa ini dan segala tulisan beliau amat berguna dan boleh dijadikan panduan untuk aku terus mengikut jejak langkah beliau. Beliau sangat memainkan peranan dalam mendorong insan2 biasa menjadi insan luar biasa seperti beliau sekarang. Tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa beliau sekali lagi untuk mendekati dengan lebih rapat insan Hebat ini. Walaupun  beliau merupakan seorang pengurus sebelum ini namun hidup beliau dihimpit masalah kewangan dan masa. Beliau jarang dapat bersama anak2 suatu ketika dahulu semasa bergelar pengurus bank. Namun berkat usaha beliau selama ini beliau telah berjaya mengecap dan menikmati kembali satu nikmat yang telah hilang daripada beliau selama ini iaitu nikmat bersama anak-anak dan nikmat bergelar seorang bapa. Ingin ketahui apa yang telah menyebabkan beliau berjaya merubah hidup beliau sehingga beliau meletakkan jawatan beliau sebagai pengurus bank?? Klik di sini untuk info lanjut atau hubungi 0194473419
www.tips-fb.com

7 Inisiatif Bela Veteran Tentera..!!!

muka depan akhbar BH esok...
www.tips-fb.com

Friday, December 14, 2012

AES diperlengkap dengan sistem amaran SMS..!!


Sistem AES akan diperlengkapkan dengan sistem amaran AES sebagaimana dipetik dari Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata pihaknya menerima pelbagai cadangan relevan mengenai sistem penguatkuasaan automatik AES.

Harapnya kalau dah ada sistem SMS dalam pelaksanaan AES caj SMS tu adalah PERCUMA la. Jangan caj SMS sampai  2 3 ringgit pulak sudah la. Mana nak kena bayar kompaun atau kena naik ke mahkamah, mana nak kena bayar bil telefon, makan minum anak bini lagi, rakyat Malaysia ni bukan semua berada dalam status kewangan stabil, terutamanya penjawat awam. Buktinya pada post akan datang. Nantikan.


Mengalami masalah kewangan?? sila klik link di bawah.




www.tips-fb.com

Thursday, December 13, 2012

Live Streaming AFF SUZUKI CUP 2012. Malaysia VS thailand..!!

Salam penulisan.
Tepat jam 8.00 malam ini (waktu Malaysia) bermulalah perjuangan Pasukan HARIMAU MALAYA menentang pasukan gajah. Perlawanan malam ini yang berlangsung di Bangkok merupakan penentuan kepada kedua-dua pasukan sama ada layak atau tidak untuk terus mara ke peringkat akhir kejohanan dwitahunan ini. Pasukan yang berjaya mara akan bertemu dengan skuad singa di pentas akhir Piala AFF Suzuki 2012 ini.

Walaupun menerima layanan yang tidak begitu ramah daripada tuan rumah, namun skuad kendalian Datuk K Rajagopal sudah tentu menjadikan perkara tersebut sebagai pemangkin semangat mereka untuk memenangi perlawanan malam ini. Datuk K Rajagopal telah menggunakan sebaik mungkin masa untuk sesi latihan di  Stadium Dhebhasadin. 

Pada ketika ini pasukan Gajah memiliki kelebihan satu jaringan di tempat lawan setelh keputusan pada separuh akhir pertama menunjukkan mereka berjaya mengikat Harimau dengan kedudukan 1-1.

Diharapkan dengan sokongan dan kekuatan pasukan Harimau Malaya, kejayaan bakal dicipta pada malam ini untuk melayakkan pasukan Harimau melangkah ke peringkat akhir bertemu Singapura.




JANGAN GENTAR! Itu amanat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal kepada barisan pemain Harimau Malaya menjelang pertembungan getir menentang Thailand bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2012, malam ini.
Atas kertas, skuad kebangsaan berdepan misi mencabar untuk menggapai tiket ke final dalam usaha mempertahankan kejuaraan dimenangi di Jakarta, dua tahun lalu selepas sekadar seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan bahaya kerana Thailand yang dikendalikan Winfried Schafer hanya memerlukan keputusan seri 0-0 untuk mara ke final buat kali keenam dengan mengambil kira format gol di tempat lawan.
Namun tidak mustahil untuk anak buah Rajagobal mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan itu di Stadium Supachalasai yang bakal dipenuhi 20,000 penyokong kerana kemenangan 1-0 sudah cukup buat melangkah ke final.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain. Kami tidak perlu gentar kerana kami mempunyai pengalaman berdepan situasi seperti ini sebelum ini. Pemain saya akan menunjukkan karektor sebenar pada perlawanan ini, kami mahu menang dan melangkah ke final,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.
Biarpun persiapannya terjejas berikutan layanan buruk tuan rumah yang menyediakan padang latihan seperti sawah padi kelmarin, Rajagobal tetap positif mampu merancang strategi ampuh untuk menyingkirkan juara tiga kali, Thailand dari kejohanan dwitahunan ini.

Tempoh sejam latihan rasmi Harimau Malaya di Stadium Dhebhasadin, semalam digunakan sebaik-baiknya oleh pengendali berusia 56 tahun itu memperkemaskan taktikal dan menilai pemain.
“Kami menjangkakan persiapan berjalan lancar apabila tiba di Bangkok tapi sebaliknya yang berlaku, mana-mana jurulatih pasti kecewa dengan perkara ini. “Kami akan melakukan apa yang perlu dalam latihan hari ini (semalam) bagi persiapan menentang Thailand,” katanya yang membuat sentuhan magis ketika membimbing Harimau Malaya menjulang kejuaraan pada 2010.






www.tips-fb.com

Penampakan wajah manusia bercahaya dalam masjid..!!

Berikut merupakan snapshot sedutan video yang dirakam oleh CCTV sebuah Masjid yang menampakkan seorang manusia dengn wajah bercahaya.






















Ini merupakan sebuah video yang kian tersebar di laman2 sesawang kini. Kesahihan video ini x dapat disahkan. Masing2 mempunya mata dan akal tersendiri. Tonton dan nilai sendiri sejauh mana kebenarannya.




video
www.tips-fb.com

ATM 'sound' Farid Kamil isu pakaian cacamarba mcm bubur caca.. !!





AKTOR popular Farid Kamil bakal diberi surat teguran daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila dia memakai uniform pasukan keselamatan tanpa kebenaran serta pakaian yang dipakainya pula cacamarba pada majlis resepsi perkahwinannya dengan Diana Danielle.

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, menurut Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampur-adukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar."

Oleh yang demikian, pihaknya akan menghantar surat teguran kepada aktor tersebut supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak melambangkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

"Seluar dan topi yang dipakai Farid adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah pangkat mejar jeneral Tentera Darat. Lencana penerbangan di bahu kanan pula melambangkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya lagi.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Farid mungkin bakal berdepan tindakan undang-undang kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsinya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya baru-baru ini.
-dipetik dri amirsuez-
www.tips-fb.com

:..PROSEDUR SAMAN AES DI MAHKAMAH..:

PROSEDUR SAMAN AES DI MAHKAMAH



1) Setiap Orang Kena Saman [OKS] yang menerima saman mempunyai dua (2) pilihan iaitu :-
a. Membayar tawaran kompaun yang dinyatakan; atau
b. Tidak membayar kompaun.

2) Jika membayar kompaun, maka saman tersebut dianggap selesai dan OKS tak perlu hadir ke Mahkamah.

3) Jika kompaun tidak dibayar, maka OKS hendaklah hadir ke Mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam Saman. KEGAGALAN HADIR pada tarikh yang ditetapkan, Mahkamah boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP terhadap OKS.

4) Apabila Orang Kena Saman (OKS) hadir ke Mahkamah, jurubahasa Mahkamah akan membacakan pertuduhan mengikut kesalahan yang didakwa, contohnya :-



"Bahawa kamu pada 23/09/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong [SKVE] dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor ABC 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku salah?

5) OKS mempunyai dua (2) pilihan iaitu:-
a. Mengaku salah; atau
b. Tidak mengaku salah.

6) Jika OKS mengaku salah, maka Mahkamah akan memberikan peluang kepada OKS untuk membuat rayuan hukuman dan kemudian barulah Mahkamah akan menjatuhkan hukuman.
• Hukuman di bawah Saman AES ialah denda minima RM300 dan maksima RM2000

7) Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan suatu tarikh sebutan untuk membolehkan pihak Pendakwa [JPJ] menyerahkan segala dokumen-dokumen yang akan digunakan di Mahkamah untuk membuktikan OKS melakukan kesalahan. Dokumen-dokumen dan bukti-bukti termasuk gambar, video dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk membuktikan kesalahan OKS. Selepas semua dokumen diserahkan barulah Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Selagi kes tidak dibicarakan, OKS atau kenderaan OKS tidak boleh disenaraihitam. Jika OKS diwakili peguam, semua dokumen akan diserahkan kepada peguam dan peguam boleh memohon kepada Mahkamah agar kehadiran OKS pada tarikh sebutan selepas itu dikecualikan.

8) Proses perbicaraan kes Saman AES adalah sama seperti kes-kes trafik yang lain iaitu pihak Pendakwaan [JPJ] hendaklah memanggil saksi-saksi dan mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan kesalahan yang didakwa. Jika gagal, tuduhan boleh dibuang dan OKS dilepas dan dibebaskan. Jika berjaya membuktikan kesalahan, OKS akan dipanggil membela diri.

9) Jika di akhir kes, diputuskan oleh Mahkamah bahawa OKS bersalah, maka hukuman akan dijatuhkan dan hukumannya masih tertakluk kepada denda minima RM300 dan maksima RM2000. Tiada sebarang kos lain yang akan dikenakan.

KEMPEN ANTI SAMAN EKOR [KASE] dengan kerjasama JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia menyediakan khidmat guaman percuma kepada semua OKS.

Hubungi KASE melalui email : kempenantisamanekor@gmail.com untuk bantuan guaman dan berikan maklumat-maklumat berikut :-

a) Nama penuh;
b) Nombor telefon untuk dihubungi;
c) Salinan saman AES atau tarikh ke Mahkamah & lokasi Mahkamah.

Disediakan oleh Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
05 Disember 2012.
21 Muharam 1434

www.tips-fb.com

Wednesday, December 12, 2012

Cerita Disebalik Rahsia Kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


Baca ni, jika lebih ramai orang Melayu dan orang Islam tahu bagaimana berniaga menjadi usahawan berjaya, kita akan mempunyai kekuatan ekonomi kita sendiri! 



Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
BERNAS milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?
--> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!
IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!
Bank Muamalat milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!
Uni Asia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!
Puspakom milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!
MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!
Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!

Tahniah Tan Sri..!!

Ingin menuju kejayaan dan mahu selangkah kehadapan untuk menjadi jutawan atau sekurang-kurangnya mencapai kebebasan kewangan??
Sila klik diSINI: Selangkah Menjadi Jutawan


www.tips-fb.com

Tarikh Pembayaran BONUS kakitangan KERAJAAN..!!

Salam sejahtera dan salam penulisan...

mesti ramai kakitangan kerajaan tertanya-tanya tentang bilakah tarikh sebenar pembayaran BONUS yang telah diumumkan PM pada pembentangan BAJET 2013 lalu kan... maklumlah gaji sebelum ni di awal bulan mungkin sudah ramai mengalami masalah kekeringan kan.. hehe


Tarikh Bayaran Bonus 2012 (Disember)  Pembayaran Bonus 2013 (Januari)

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.


Bayaran Bonus Disember 2012 : 18 Disember 2012 (Minimum RM500) + gaji Bulan Disember 2012 

Pembayaran Bonus Januari 2013 : 23 Januari 2012 (Minimum RM500) + gaji bulan Januari 2013

keratan akhbar mengenai pmbayaran BONUS kakitangan awam

SEDANG MENCARI PELUANG PERNIAGAAN?? SUDAH BANYAK KALI MENUBA TETAPI MENEMUI JALAN BUNTU?? INGIN MEMILIKI KEBEBASAN KEWANGAN DAN MASA?? TERTEKAN DENGAN KERJAYA MASA KINI?? 
KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN JALAN PENYELESAIAN
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...